Ayat ke 7,8,9,10
Ayat ke 7
Leher mereka ada ikatan di leher mereka hingga ke dagu, pandangan mereka hanya ke satu tempat sahaja.
Mereka tolak ajaran nabi Muhammad kerana bertentangan dengan apa yang mereka ikuti selama ini. Iaitu tidak sama dengan apa yang diajar oleh datok nenek mereka dahulu. Walaupun ajaran nabi Muhammad ini adalah yang baik dan boleh diterima oleh akal fikiran.
Apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad tadi pada tanggapan mereka akan mengancam kedudukan mereka.
Perlu fikir secara mendalam untuk mendapat dan mencapai sesuatu perkara yang kita cari dalam kehidupan ini.
Ayat ke 8
Kami jadikan diantara dua tangan mereka di depan Dan dibelakang mereka ada dinding lalu ditutup pandangan sehingga mereka tidak dapat melihat akan kebenaran.
Mereka tolak apa yang telah dibawa oleh nabi Muhammad. Mereka tidak dapat menerima kebenaran ini
Ayat 9
Walaupun diberi peringatan pun mereka tetap juga tidak melihat kebenaran dan mereka tetap tidak beriman.
Tugas nabi Muhammad sebagai pendakwah tetap juga diteruskan. Dia cekal dan tabah untuk menghadapi segala rintangan.
Ayat 10
Sesungguhnya kamu hanya akan memberi peringatan kepada orang yang menerima peringatan dari kamu itu dan takut kepada Allah yang maha pemurah walau pun dia tidak melihatnya. Maka berilah khabar gembira dengan keampunan dan pahala.
"Peringatan" digunakan adalah bermaksud perkara yang dibawa oleh Rasulullah ini telah mereka ketahui sebelum ini.
Oleh kerana mereka tidak mengetahui, Allah mengutus rasul kepada mereka untuk memberi peringatan kepada mereka kepada jalan kebenaran.
Keampunan disebutkan dahulu daripada pahala kerana manusia ini tidak boleh lari dari membuat kesalahan dan dosa. Pahala hanya Allah berikan setelah diri kita mendapat keampunan dari Allah swt
Tulisan adalah ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment