Tafsir Surah As Sajadah: Ayat 25 dan 26

A025 
(Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan kamu. Allah menggunakan kalimah Rab untuk menyedarkan manusia hakikat kejadian kita dan seluruh alam semesta ini yang dijadikan oleh Allah swt. Allah swt jualah yang memberikan kamu rezeki dan segala macam nikmat di dunia ini dan Dialah juga yang akan memisahkan kamu pada hari kiamat nanti.

Tujuan diturunkan ayat ini adalah supaya timbul keyakinan pada makhluk tentang hari akhirat. Allah berkuasa untuk membuat alam lain dan juga selain dari alam dunia ini. Manusia tak mampu mencipta alam sepertimana yang dibuat oleh Allah swt.

Ayat ini juga menunjukkan tanda tanda kekuasaan Allah yang maha pencipta.

Sesungguhnya alam dunia ini akan hancur lebur suatu masa nanti.

Dunia ini tiada nilai bagi Allah swt. Sekiranya alam ini bernilai bagi Allah swt nescaya orang yang engkar kepada perintah Allah swt yakni orang kafir tidak akan mendapat minum walaupun setitik air pun

Alam akhirat adalah alam yang di sayangi oleh Allah kerana ia tidak akan dimusnahkan dan hanya dikhaskan untuk orang orang yang beriman.

Orang orang kafir tidak akan mendapat apa apa nikmat walau sedikit pun dari Allah di hari akhirat kelak.

Dua rekaat Solat sunat subuh adalah lebih bernilai di sisi Allah dari apa yang ada di antara langit dan bumi dan juga seluruh isi kandungan dunia ini.

Syarat untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan melakukan amalan soleh dan jangan sekali sekali menyengutukan Allah

Allah swt memisahkan antara golongan golongan manusia, mereka diasingkan mengikut golongan tertentu.

Tiga golongan besar manusia ialah
1. Golongan Manusia yang benar benar beriman
2. Golongan kafir
3. Golongan yang diluar beriman tetapi hakikatnya tidak beriman ( munafik )

Pada perkara yang mereka selisihkan ketika mereka berada di dunia.

Ia berdasarkan kepada perselisihan fahaman fahaman mereka

Dua perkara yang Nabi tinggalkan untuk dijadikan panduan semasa hudup di dunia ini ialah kitab Allah dan sunnah Rasul, ia menjauhkan manusia dari kesesatan.

Ayat 26

A026 
Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

Allah swt memberi ingatan tentang umat terdahulu yang telah di timpa bala oleh Allah swt. Ia adalah untuk memberi pengajaran kepada kita yang masih hidup. Kesan kesan tinggalan masih ada pada hari ini.
Tinggalan itu merupakan tanda tanda kekuasaan Allah untuk dijadikan pengajaran kepada kita.

 


Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week