Tafsir Surah As Sajadah Ayat 23 dan Ayat 24

A023 

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
(As-Sajdah 32:23)..

Allah menceritakan tentang Nabi Musa as diturunkan al kitab yakni kitab Taurat dan janganlah kamu ragu ragu bahawa suatu masa nanti kamu ( Nabi Muhammad saw ) akan berjumpa dengan Nabi Musa as

Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan persamaan antara perjuangan Nabi Muhammad dan Nabi Musa dari segi tentangan samada dari pengikut sendiri dan juga dari orang kafir, semasa menyebarkan Agama Allah swt. Allah swt menceritakan kisah Nabi Musa ini bertujuan untuk memberi dorongan kepada Nabi Muhammad. 

Nabi muhammad berjumpa dengan Nabi Musa semasa Israk Mikraj. Solat 5 dari 50 Waktu adalah pengurangan yang dicadangkan oleh Nabi Musa untuk diminta dari Allah swt. Pengalaman dari pengikut Nabi Musa yang tak mampu (ingkar) untuk melaksanakan perintah Allah swt.

Kelebihan solat 5 Waktu pahalanya bersamaan dengan 50 waktu

Kitab Taurat ada syariat Nabi Musa seperti apabila bertaubat dari melakukan dosa besar kena bunuh diri.
Manakala bagi syariat Nabi Muhammad melalui Al Quran apabila melakukan dosa besar kita dikendaki bertaubat, menyesal dan berazam tidak akan melakukannya lagi.Insyaallah Allah akan menerima taubat kita.


A024 
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
(As-Sajdah 32:24)

Dijadikan pemimpin dari puak bani Israel yang memimpin rakyat mereka berdasarkan petunjuk yang diperintahkan oleh Allah swt.

Begitu juga dikalangan umat Nabi muhammad dikurniakan pemimpin pemimpin dikalangan sahabat sahabat Nabi dan seterusnya.

Cara memimpin mengikut petunjuk Allah swt dan dengan penuh kesabaran dan adalah mereka benar benar yakin dengan Ayat ayat Allah swt.

Pemimpin adalah memegang amanah yang sangat berat. Perlu pimpin mengikut amanat Allah swt.

Ajaran Islam tidak melantik orang yang memohon untuk dijadikan pemimpin.

Pemimpin dilantik mengikut kelayakan dan diputuskan dalam mesyuarat 

Islam tidak melantik orang yang berusaha untuk menjadi pemimpin.

Walaubagaimanapun di dalam Al Quran diceritakan nabi nabi terdahulu yang memohon daripada Allah swt untuk menjadi pemimpin. Di antaranya adalah:

1. Nabi Yusuf memohon dengan Allah agar raja yang memerintah mesir semasa itu memberinya tugas untuk menjaga sistem kewangan negara. 

2. Nabi Sulaiman juga memohon dari Allah sebuah kerajaan untuk diperintahnya dan tiada kerajaan lagi di dunia ini yang dapat menandingi kerajaannya itu.




Wallahualam 
* tulisan ini adalah mengikut kefahaman say dan tidak boleh dijadikan rujukan.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week