Tinggal Sejarah: Otai Otai Jabatan Radiologi Hospital USM

 Tuan Haji Muhammad ( Ketua Juru X-Ray) telah bersara wajib

 Tuan Haji Tarmizi (Juru Proses Kanan) telah bersara wajib


Apabila usia telah melewati masa, manusia tidak dapat memberhentikan atau mengundurkannya. Masa itu akan sentiasa terus bergerak tanpa menunggu samada kita bersedia atau tidak dalam menghadapi perubahan yang berlaku.

Setiap dari perubahan itu akan meninggalkan pengalaman pahit manis yang tidak mungkin dapat kita lupakan buat selama lamanya.

Apabila yang lama telah tiada maka yang baru pula akan memikul tanggung jawap yang diamanahkan. Corak pengurusan, penyeliaan dan tatacara kerja pasti akan berubah mengikut acuan yang baru.

Samada kita suka atau tidak dengan sesuatu perubahan, kita haruslah menghadapinya dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran positif.

Salah satu cara ialah dengan menganggap setiap perubahan itu adalah satu hikmat untuk membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Wallahhualam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week