Amal Maaruf dan Nahi Mungkar

Menyuruh buat baik dan mencegah dari berbuat kejahatan adalah puncak yang paling tinggi dalam agama.

Perkara ini amat penting kerana ia adalah fardhu kifayah

Oleh itu nabi nabi telah diutuskan untuk menyampaikan tuntutan ini dan kemudiannya ia telah  menjadi tanggungjawab kepada:
- sahabat sahabat
- tabie tabie
- ulamak ulamak
- orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Manusia yang paling utama di sisi Allah swt ialah
1. Orang yang bertaqwa kepada Allah swt
2. Orang yang paling erat hubungan dengan keluarganya.
3. Orang yang suka suruh buat baik dan larang dari buat kejahatan.

Al Quran adalah menjadi petunjuk kepada orang orang yang bertaqwa dan dan orang orang yang beriman kepada perkara perkara yang ghaib tentang adanya syurga, neraka, azab kubur, titian sirat, malaikat, jin, iblis dan lain lain.

Mereka mendirikan solat wajib serta sunat dan membelanjakan rezekinya kepada jalan Allah swt.

Sekiranya perkara ini dicuaikan samada dalam bentuk ilmu pengatahuan ataupun amalan, maka kesesatan akan bermaharajalela dan kejahilan akan meningkat.

Manusia akan mengikut hawa nafsu mereka seumpama binatang. Ketika itu untuk mencari seorang yang benar benar beriman kepada Allah swt adalah amat sukar sekali.

Pohonlah perlindungan daripada Allah swt supaya pekerjaan ini (amal makruf nahi mungkar) tidak terlepas dari ilmu dan amalan kita semasa di dunia akhir zaman ini.

perkara ini adalah wajib kepada setiap orang yang beriman kepada Allah swt.

Perkara kejahatan adalah perbuatan yang bercanggah dengan amalan syarak

Perkara kebaikan adalah taat kepada segala perintah Allah swt.

Serulah manusia ke arah kebaikan dan larang mereka dari melakukan kejahatan.
Mereka itulah orang orang yang berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Wallahhualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week