Dunia Yang Tercela

Dunia dan akhirat adalah dua perkara yang mengikut gerak geri hati.
- yang dekat dan berlaku sekarang ini adalah dunia yakni sebelum kita mati adalah sesuatu yang sedang kita cekapi, jangkamasa umur adalah 60 - 70 tahun. 
- segala sesuatu yang akan dirasakan sesudah mati adalah Akhirat. 

Tidak semua yang kita rasai dan nikmati di dunia adalah tercela



1.  Hak milik yang kita miliki akan terus dibawa ke akhirat. Faedah nya akan ikut bersama sesudah mati iaitu Ilmu pengetahuan yang bermunafaat, sedekah jariah dan amalan amalan yang soleh.

2. Milik yang tidak boleh dibawa ke akhirat. Seperti bersenang senang, mudah melakukan sesuatu ke arah maksiat, berlebih lebihan pada perkara yang harus seperti terlalu mengejar kesenangan dunia, membazir. Urusan dunia yang dilakukan ini adalah urusan dunia yang tercela.

3. Milik yang terletak pertengahan antara kedua tadi. Seperti makan untuk hidup bagi memenuhi keperluan dunia bagi memudahkannya untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. 
Pemilikan ini adalah dengan tujuan untuk merealisasikan hak milik yang pertama tadi. Ia bukanlah bertujuan untuk menuju ke arah dunia yang tercela.

Jika untuk memenuhi keinginan hawa nafsu sahaja maka ianya dikira untuk dunia semata mata

Kehidupan dunia ini adalah permainan, senda gurauan, perhiasan, bermegah megah dan mengumpul kekayaan.

Dihiasi bagi manusia itu dengan 7 keinginan iaitu: pangkat, cinta wanita, cinta anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah, kenderaan yang tangkas, binatang ternakan yang banyak dan sawah ladang yang luas.

Jika tujuan bukan kerana Allah itulah hanya di dunia, jika dimaksudkan kerana untuk mendapat keredhaan Allah maka ianya akan mendapat ganjaran di akhirat nanti.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.



0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week