Kecelaan Dunia
Kecelaan dunia dan banyak akibat tentang kecelakaannya banyak diceritakan di dalam Al quran.
Menggalakkan kepentingan akhirat melebihi kepentingan dunia kerana telah diketahui yang dunia ini adalah sementara dan Akhirat sahaja lah yang kekal abadi.
Perutusan semua Nabi daripada Adam hingga ke Muhammad saw adalah untuk memberitahu manusia untuk memperbanyakkan ibadat untuk akhirat.
Mencintai dunia itu adalah pokok segala kesalahan kerana ia akan menyebabkan kita takut akan kematian.
Sesungguhnya dunia itu indah dan menawan hati, manusia adalah penghuninya, dan Allah swt sentiasa memerhati tingkah laku makhluk ciptaannya. Hendaklah kita sentiasa patuh dan taat kepada perintahNya.
Dunia dinikmati sebelum mati manakala akhirat yang kekal abadi akan dikecapi selepas mati berdasarkan amalan yang telah dilakukan di dunia.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment