Penawar Untuk Menyelenyapkan Penyakit Dengki
Penyakit ini boleh disembuhkan dengan ilmu pengetahuan
- kita tahu akan dosa pahala
Dengki itu merbahaya dari segi dunia dan akhirat
- tiada faedah kerana tidak terjejas pun orang yang kita dengki itu
- kita menentang qadak dan qadar Allah swt
- kita mengingkari keadilan Allah swt, walaupun semuanya itu ada hikmah hikmah yang tersembunyi
Perlakuan ini adalah jenayah dalam bidang tauhid dan syariah
Nikmat yang ada pada orang yang kita dengki itu tidak akan hilang atau berkurang dengan sikap hasad dengki kita tersebut. Malah orang itu akan mendapat kemafaat dari segi urusan keagamaan dan keduniaan.
Perlu kita jauhi sifat ini dan meredhai segala pemberian dan ketetapan yang telah Allah swt tentukan.
Perlu kita yakin dengan sebenar benarnya yang hasad dengki ini akan mencetuskan azab siksa yang amat dashat di Akhirat kelak.
Bila kita mendedahkan diri kita ke atas kemurkaan Allah swt atas sebab sebab yang kita tahu tiada faedah dan tujuan akan menyebabkan kita menuju kearah siksaan yang akan ditanggung di Akhirat kelak.
Hasad dengki itu membinasakan kebajikan sebagai mana api membakar kayu.
Setiap kata kata celaan dari kita itu akan menjadi hadiah kepada orang yang kita dengki itu. - segala kebajikan yang kita lakukan akan menjadikan hak kepada orang yang kita dengki itu.
Sehinggalah di hari kiamat nanti, kita akan menemuinya, segala amalan kebajikan kita telah diserahkan kepadanya dan tinggalah kita sebagai seorang yang muflis.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.
0 comments:
Post a Comment