Ayat 12
Sesungguhnya kami menghidupkan orang telah mati dan kami menulis semua yang telah kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata.
Sambungan dari ayat yang ke 11, golongan mereka yang takut dan bimbang akan Allah akan sentiasa mengerjakan amalan soleh, Allah swt memberi panduan dengan keampunan dan pahala untuk menyakinkan mereka yang bersusah payah ini
Allah menghidupkan orang yang telah mati dengan tujuan untuk menghargai semua usaha yang mereka telah usahakan sebelum mereka mati.
Raqib dan Atib akan sentiasa menulis segala sesuatu yang telah kita lakukan samasa hidup di dunia ini.
Amalan yang dilakukan oleh kerana taat dan patuh kepada Allah swt.
Kita tak rasa rugi keatas apa yang telah lakukan kerana yakin dengan balasan pahala dari Allah swt di akhirat kelak.
Bagi mereka segala pahala ke atas apa yang telah kerjakan, walaupun pekerjaan mereka itu tidak mencapai kejayaan. Ini kerana mereka telah berusaha dengan sedaya upaya ke arah itu. Allah swt memberi pahala ke atas apa yang telah usahakan dan bukannya keatas kejayaan yang telah kita capai.
Niat untuk nak mencari keredhaan Allah swt sebelum membuat sesuatu pekerjaan.
Amalan Nabi Muhammad saw adalah Puasa sunat isnin kerana hari lahirnya dan khamis dimana amalan di angkat kepada Allah swt. Amalan ini akan diletakkan kedalam Luh Mahfuz.
Kesan kesan dari usaha kita
1. Ganjaran kejayaan kerja yang dibuat
2. Ganjaran pahala atas usaha kita
Asal usul ayat ini diturunkan
Bani Salamah yang ditempatkan jauh dari masjid nabawi. Mereka cari tanah kosong dekat masjid nabi. Nabi menasihati mereka, mereka bertuah kerana rumah mereka jauh dari masjid Dan datang ke masjid. Kerana setiap langkah mereka ke masjid ada kesan yang akan ditulis oleh malaikat. Setiap langkah mereka ada pahala dan kesan tapak kaki mereka juga diberi pahala.
Setiap satu amalan ini akan diletakkan di dalam kitab iman iaitu di Luh Mahfuz
Perbanyakkan tempat sujud semasa berada di masjid. Kesan dari tempat tempat sujud ini akan ditulis oleh malaikat.
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan
0 comments:
Post a Comment