Pemandangan Yang Memberikan Pahala

Kita akan dapat pahala apabila
1. Memandang Kaabah
2. Memandang wajah ibu dengan penuh kasih sayang
3. Memandang laut dengan perasaan kagum dengan ciptaan Allah swt.

Wallahualam

Kuliah maghrib: Sebab-sebab Amal Ibadat Ditolak

  • Awal Muharram bermakna kita melangkah ke tahun baru dan tinggalkan umur yang dah banyak untuk sampai ke Alam Kubur.
  • Kita perlu musahabah diri.
  • Setiap kelahiran manusia adalah untuk mati.
  • Destinasi perjalanan kita adalah ke Alam Kubur.
  • Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merenung dirinya, dan terus beramal untuk hari kemudian.
  • Kehidupan dunia hanyalah mainan sama lah dengan hujan lebat yang dikagumi oleh petani. Pokok yg semakin membesar dan kemudiannya hancur ditelan zaman.
  • Peperiksaan yg sebenar adalah di Alam Kubur dan hisab di Padang mashyar.
  • Orang yang bodoh adalah yang ikut hawa nafsunya namun menaruh impian kepada syurga Allah.
  • Renungilah dan musabahahlah diri setiap masa, malam, minggu, bulan dan setiap tahun.

Amal ibadat ditolak Allah adalah:
1. Beramal atas dasar jahil, ikut ikutan. Oleh itu kita kena belajar agama secara berterusan

2. Tidak ikhlas.
Sabda nabi orang yang tak ikhlas di mana akhirnya di humbang ke dalam neraka.
- Orang yang bersedekah bukan kerana Allah, tetapi untuk dapat pujian dari manusia.
- Orang yang berjuang sampai mati syahid untuk dipuji manusia mengatakannya berani Dan hebat.
- Orang yang belajar dan mengajar ilmu, hafaz Al Quran untuk dikata orang sebagai alim atau hafiz.

3. Amalan yang tidak diterima dan tidak ditolak ialah disebabkan kita bermusuh dengan sahabat sahabat dan tidak berdamai lagi.
- Pada setiap isnin dan khamis dibentang amal ibadat kita kepada Allah. Maka akan di angkat amalan org yg beriman dan tidak syirik melainkan org yg bersengketa dgn saudara atau sahabatnya.
- Hendaklah kamu ini menjadi satu ummah, bangsa Islam.
- Pertalian dengan Allah dan juga pertalian dengan manusia kena selari.

4. Amal ibadat kita lebur kerana ada dengki didalam hati terhadap sesama manusia samada dalam kehidupan atau perniagaan. Hasag dengki akan memakan segala pahala dan amal ibadat kita.

5. Mengumpat, keji, maki hamun. Tiada pertalian dengan manusia akan bankrap di akhirat kelak kerana pahala yang kita kumpul akan dituntut oleh mereka yang kita umpat, maki, pukul dan lain lain.

Kelebihan orang yang memaafkan kawan
- mahligai yang indah di dalam syurga adalah harga untuk sesiapa yang memaafkan saudaranya.

Wallahualam


Perutusan Perdana Menteri Sempena Awal Muharam

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saudara dan saudari sekalian,

Hari ini, kita sedang menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

Begitulah juga kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara, maka bangsa kita akan ketinggalan. Sebab itulah kita berhijrah dengan melaksanakan Agenda Transformasi Negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.

Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar. Bagi tahun ini, sejak Januari sehingga September, kadar pertumbuhan purata dicatatkan negara ialah 5.1 peratus manakala kadar pertumbuhan bagi suku ketiga tahun ini ialah sekitar 5.8 peratus.

Samada di peringkat Asia mahupun dunia, kita juga konsisten menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Agenda penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara selama ini telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan ini adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global.

Sesungguhnya roh dan perjalanan hijrah Rasulullah SAW begitu strategik hingga tercapainya al-falah dan tertegaknya Daulah Islamiah kerana ianya didukungi oleh kepaduan iman dan takwa. Kejayaan hijrah ini juga telah mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu sehingga ke hari ini. 

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 100 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

Mengakhiri perutusan, saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat Islam Malaysia walau di mana jua berada. Marilah kita menyambutnya dalam suasana penuh kesyukuran dan keharmonian melalui kepelbagaian bangsa demi “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang menjadi tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.

Wabillahit-Taufiik wal-Hidayah, Wassalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuh.


Wassalam

Kedai Rakyat 1 Malaysia

KR1M memang sesuai untuk rakyat yang berpendapatan rendah.
Berbagai barangan keperluan harian terdapat di sini.
Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah.
Kualiti barangan yang ditawarkan adalah bergantung atas penilaian masing masing.
Pada saya kualiti barangannya adalah lebih dari produk yang di impot dari negara Thailand.
Jadi terpulang kepada kemampuan kita untuk memilih yang berjenama atau produk 1 Malaysia ini.
Kuasa membeli adalah ditangan kita.

Kuliah maghrib: Rukun rukun bacaan dalam solat

Ada 5
1. Takbiratul ihram
2. al fatihah
3. Tahiyyat
4. Selawat ke atas nabi
5. Memberi Salam

Sekiranya bacaan bacaan ini tidak betul maka batal lah solat itu

Beberapa urusan sunat sebelum takbir perlu dibuat antaranya:
1. Perkara yg di lakukan oleh imam Dan makmum selepas iqamah Dan doa
2. Imam mengambil tempat Dan sunat menyebut betulkan saf Dan luruskan saf.
3. Baca Qul aauu zubirabbin nas dan
Baca doa
4. Istihdar - Datangkan unsur unsur niat ke dalam hati. Contoh, aku nak sembahyang fardhu isyak

Takbiratul ihram
Allahuakhbar. Selepas dibaca takbir maka Diharamkan perkara perkara yang dahulunya halal ( urusan bukan dalam solat )
Hikmah atau fadhilat
Menghadirkan makna kebesaran dan keagongan Allah yang maha besar Dan maha luas kekuasaannya.
Hadirkan kesediakan kepada hamba yang sedang sembahyang untuk berkhidmat kepada Allah.
(solat mengubah akhlak manusia kepada baik Dan lebih baik)
Tenangkan pemikiran dan dirikan solat dengan khusyuk sehingga kan kita sendiri merasakan apa yang kita buat ( solat ) itu adalah yang terbaik maka insyaallah Allah akan menerima solat kita.

Lawan pada hikmah adalah mudharat.
Setiap Allah suruh Ada hikmah
Setiap Allah larang Ada mudharat.

Masjid, surau dan madrasah

Satu masjid, satu surau dan satu madrasah berada dalam lingkungan kawasan satu kilometer di kawasan perumahan bandar Tun Abdul Razak.
Kepadatan penduduk yang tinggi dikawasan ini menyebabkan kepada keperluan tempat beribadat ini.
Masjid yang berada berdekatan dengan sekolah agama wilayah persekutuan di penuhi dengan makmum semasa solat jumaat tadi. Surau yang berdekatan ini menempatkan pelajar pelajar tahfiz alquran, manakala madrasah ini digunakan oleh penduduk di flat Sri Kota untuk menunaikan solat 5 waktu berjemaah disamping aktiviti keagamaan yang lain.
Bersebelahan dengan flat ini terdapat stesen LRT untuk kemudahan penduduk berulang alik ke tempat kerja dan juga urusan lain.
Kedai rakyat 1 Malaysia tempat rakyat berpendapatan rendah berbelanja juga berdekatan dengan kawasan perumahan ini.

Khutbah Jumaat Masjid Saiyyidina Osman 25-11-11: Tranformasi Hijrah


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Marilah kita bersama sama meningkatkan taqwa dan keimanan kepada Allah swt dengan melakukan segala amal yang baik yang diperintahkan dan ditetapkan olehnya serta meninggalkan segala larangannya. Semoga amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Mimbar hari ini akan membicarakan berkenaan dengan tranformasi hijrah. Bersesuaian dengan sambutan Tahun Hijrah  pada tahun ini. Peristiwa hijrah mempunyai pengertian yang amat besar di dalam Islam Peristiwa itu menjadi bukti di atas kehebatan dan keagungan Islam.

Dengan hijrah mampu membuatkan perpecahan kepada perpaduan, kegelapan kepada cahaya dan kebencian kepada kecintaan. Kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi hasil dari jerit payah para Muhajirin bersama sama Rasulullah saw yang tercinta dengan sambutan yang baik dan pegangan yang tinggi terhadap Allah yang mencipta dunia ini.

Sirah juga turut membuktikan bahawa peristiwa ini bukan satu perjuangan yang bersifat peribadi untuk menyelamatkan diri tetapi ia merupakan satu tindakan berstrategi bagi memastikan keselamatan dan kemenangan bersama yang akan diperolehi kemudiannya. Baginda telah Berjaya mentranformasikan pemikitan bangsa arab yang bersifat assobiah terhadap bangsa dan sukunya sendiri kepada sikap bersatu padu sebagaimana yang berlaku kepada kaum Muhajirin dan Ansar. Sikap inilah yang perlu di contohi dan berada didalam jiwa setiap diri individu muslim pada hari ini.


Allah swt telah memberi pengiktirafan kepada 2 suku bangsa ini dalam firmannya yang bermaksud Dan orang orang yang beriman kepada Allah dan berjihat kepada jalan Allah untuk membela Islam dan orang orang Ansar yang memberi kedamaian dan pertolongan kepada orang orang Islam yang berhijrah itu, merekalah orang orang yang beriman yang sebenar sebenarnya, mereka akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang tinggi

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Saya ingin mengajak tuan tuan sama sama merenungi dan menghayati peristiwa Hijrah yang berlaku 1400 tahun yang lalu. Tiada guna berbagai konferen dan sambutan yang dilakukan untuk meraikan sambutan maal hijrah jika keruntuhan rumah tangga, kebejatan akhlak dan pembuangan bayi dimenangi oleh umat Islam sedangkan fakta yang lampau jelas menunjukkan keagongan umat Islam yang dicapai dengan pengajaran dan nilai nilai yang mulia yang cukup hebat.

Kalau tidak masakan umat Islam di Madinah berjaya hidup aman damai di bawah pemerintahan Rasulullah swt. Lebih jelas lagi mereka amat menghormati kepimpinan Rasulullah dan umat Islam dan menghormati hak masing masing melalui Piagam Madinah yang dimeterai bersama sama.

Sedangkan hari ini kita menghadapi scenario yang cukup berbeza, walaupun kita selamat dari suasana peperangan, hidup dalam keadaan aman sejahtera, namun hakikatnya kita sedang menghadapi serangan pemikiran yang menjijikkan.

Untuk menjawab persoalan ini, adakah setiap tahun peristiwa hijrah  meninggalkan kita ada menyebabkan tercabutnya nilai nilai murni Islam dari setiap jiwa umat Islam lantas diganti dengan fahaman barat yang merosakkan lagi merosakkan. Tidakkah kita sedahari bahawa Rasulullah saw telah mengingatkan kita dari sabdanya yang bermaksud Nescaya kamu akan ikut jejak langkah mereka yakni Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam botol. Lantaran itu sahabat bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ya Rasulullah. Baginda menjawab siapa lagi kalau bukan mereka.

Jesteru itu berhijrahlah dengan pegangan akidah yang kuat agar kita mampu menghadapi cabaran dan ujian yang datangnya samada dari kaum Yahudi, Nasrani, golongan munafik, iblis atau dari nafsu kita sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Umat Islam tidak akan di hormati selagi mana mereka tidak mampu menjadi pembela Islam sebagaimana yang menunjukkan kewibawaan agama Allah dengan jujur dan ikhlas melalui amalan. Pemikiran inilah yang dinamakan tranformasi. Berhijrahlah kita dengan nilai nilai Islam yang sebenar, walaupun dimulakan dengan keluarga sendiri, isteri isteri, keluarda hari ini perlu dukuatkan dengan asas akidah yang jelas.

Ibubapa perlu menjadikan Rasulullah sebagai panduan bagi mengurus rumah tangga yang cemerlang. Hari ini kita melihat institusi keluarga amat goyah dan bisa runtuh disebabkan perkara remeh temeh dalam kehidupan. Ibubapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kepada anak anak gagal memainkan peranan akibat kesibukan bekerja bagi mengejar kemewehan untuk keluarga. Sedangkan anak anak terpinggir dari kasih sayang yang tidak dihargai dalam taman syurga keluarga sehingga anak anak mencari hiburan lain untuk bermanja.

Tidak salah usaha untuk mencari kemewahan hidup di dunia asalkan akhirat tidak dilupakan. Hakikatnya Islam tidak terbatas kepada keperluan akhirat semata mata tetapi ia merangkumi kehidupan duniawi sepertimana yang disebutkan oleh Allah swt melalui firmannya yang bermaksud Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan kepada kamu dengan mengumpulkan pahala kebahagian di hari akhirat dan janganlah engkau melupakan untuk mengumpulkan bahagian mu yang merupakan kekayaan dunia dan berbuat baiklah kepada hamba hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu dengan memberi nikmatnya yang melimpah limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di atas muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang berbuat kerosakan.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah
Saya menyeru diri saya dan sidang Jumaat sekelian untuk menjadikan sambutan tahun baru Hijrah ini sebagai satu langkah bijak dengan melakukan muhasabah terhadap apa yang telah kita lakukan. Saiyyidina Omar pernah menyatakan Hisablah diri kamu sebelum kamu di Hisabkan. Adakah kita telah berjaya menjadi muslim yang baik untuk diri sendiri keluarga serta masyarakat.
Hari ini kita menghadapi cabaran yang berbagai seperti dunia tanpa sempadan, keperbagaian ekonomi, teknologi maklumat  kuasa ekonomi kekuatan teknologi dan banyak lagi seua ini memerlukan kita sebagai generasi umat Islam yang bersedia dari segi mental fizikal dan spiritual dan melangkah menuju ke alaf baru.

Penghayatan kepada pengajaran dari peristiwa hijrah yang bersesuaian dengan kehidupan sekarang amat diperlukan. Umat Islam perlu kepada kekuatan dan keyakinan, kematangan, kecekalan, kesungguhan dan kesatuan. Inilah unsur unsur yang perlu dimiliki yang akan dibentuk kepada generasi umat Islam sekarang bagi meneruskan perjuangan risalah Islam. Unsur unser ini jugalah menjadi pegangan kepada Rasulullah saw dan para sahabat dalam mencapai kegemilangan di masa lampau

Jesteru itu, bertindak dan berhijrahlah kearah yang lebih baik bagi memastikan tahun tahun yang akan dihadapi menjadi lebih bermakna.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah
Sebagai kesimpulan yang dapat diambil dari khutbah pada hari ini.

  •  Peristiwa hijrah mempunyai nilai yang cukup besar untuk dihayati oleh umat Islam berpaksikan akidah Islam yang benar
  •  Umat Islam tidak akan dihormati selagimana akaran Islam tidak diamalkan dalam kehidupan.
  • Bermuhasabah dan baiki diri perlu dilakukan bagi memastikan tahun baru yang bakal dihadapi dapat di manafaat dengan sebaik mungkin
Firman Allah swt yang bermaksud Dan sesiapa yang berhijrah kepada jalan Allah untuk membela dan menegakkan Islam nescaya ia akan dapati mukabumi ini tempat yang makmur dan rezeki yang banyak dan sesiapa yang keluar dari rumah ini dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasulnya dan kemudian dia mati dalam perjalanan maka sesungguhnya telah ada pahala hijrah disisi Allah dan ingatlah bahawa Allah maha Pengampun lagi maha mengasihani.

Wassalam

Musim Bah Mula Melanda

  1. Hujan telah mula turun dengan lebatnya sejak 2 hari lepas. 
  2. Hujan renyai renyai dan kadang kala menjadi lebat telah menyebabkan jalan depan rumah saya di penuhi dengan air. 
  3. Keadaan diburukkan lagi dengan sistem perparitan di kawasan ini yang teruk tersumbat.
  4. Longkang yang tidak diselenggarakan telah di penuhi dengan sampah sarap dan ia menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke sungai yang berdekatan.

Akhirnya Media Indonesia Akui Kehebatan Harimau Muda

 Suasana sedih di kem Indonesia selepas tewas kepada Malaysia
  Pemain Malaysia meraikan kemenangan setelah berjaya mempertahankan pingat emas 
dengan menewaskan Indonesia

Sebahagian kecil penyokong Malaysia yang setia menyaksikan 
perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA diantara Malaysia menentang Indonesia 
di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Malaysia memenangi pingat emas
  1. Biarpun pahit untuk ditelan, namun kekalahan pasukan Garuda kepada Harimau Malaya harus dijadikan iktibar supaya jangan terlalu merendahkan keupayaan pasukan lawan. 
  2. Mereka tidak bersedia untuk berlatih mengambil tendangan penalti kerana terlalu yakin mampu mengalahkan Pasukan Malaysia pada waktu sebenar perlawanan.
  3. Saya berkata kepada anak saya ketika pemain Indonesia yang terakhir sedang bersedia untuk mengambil sepakan penalti. " Dia ni sepak tak masuk gol, sebab tadi dia main jahat, tak ada semangat kesukanan langsung".
  4. Pada pandangan saya kemenangan pasukan Malaysia ini disebabkan oleh penyatuan hati hati mereka, kesabaran dan semangat juang tinggi yang telah dapat menidakkan keegoan pasukan lawan.
  5. Benarlah kata kata Allah swt yakni sentiasa bersama sama dengan orang orang yang sabar.
Sila ikuti kupasan lanjut di Indonesia akur

Foto di petik dari Utusan Malaysia

Wassalam

Kata kata Semangat


  1. Kata kata semangat dari Ong Kee Swee yang membakar semangat pemain Harimau Muda sebelum perlawanan akhir dengan pasukan Indonesia.
  2. Alhamdulillah akhirnya pemain pemain Malaysia dapat merealisasikannya dengan kejayaan. Walaupun kita menang dengan tendangan penalties, namun ia telah dapat membenam ego pemain pemain Indonesia. 
  3. Tahniah juga kepada para pengadil pada perlawanan tersebut yang telah menjalankan tugas mengawal perlawanan tanpa prejudis.
  4. Walaupun penyokong Indonesia merendahkan keupayaan pasukan Malaysia dan negara Malaysia umumnya, namun pujian harus diberikan kerana tiada mercun, bunga api dan pancaran laser yang boleh menggangu perlawanan itu.

Wassalam


Persembahan Pasca Bengkel Pemantapan

  1. Puan Nurfataha dan En Zulkifli Roslan sedang mempersembahkan hasil dari perbincangan kumpulan mereka semasa bengkel pemantapan. 
  2. Persembahan yang mantap dari mereka, namun harapan kami dari golongan staf supaya apa yang telah dipersembahkan itu dapat direalisasikan. 
  3. Kita menyokong hasrat Ketua Jabatan untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan di Jabatan Radiologi HUSM.

Penyelenggaraan Jalan Simpang Empat Pasir Tumbuh

  1. Penyelenggaraan jalan di lampu isyarat Pasir tumbuh sedang giat dijalankan. Kerja kerja ini telah menyebabkan aliran traffic yang melalui simpang ini amat perlahan.
  2. Mujurlah minggu ni saya cuti, jadi dapat lah saya menghindarkan diri dari kesesakan ini.
Wassalam

Alhamdulillah syukur, Harimau Muda Menang Lagi

  1. Syukur Alhamdulillah, pasukan bolasepak Harimau muda telah mengalahkan pasukan Garuda Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA.
  2.  Kemenangan yang menyumbangkan pingat Emas ke 59 untuk kontingen Malaysia pada temasya kali ini. Lebih manis lagi kemenangan itu telah melenyapkan keegoan pasukan dan peminat pasukan Indonesia. 
  3. Cuma yang saya mushkilkan kenapa penyokong Indonesia begitu membenci sekali pasukan Malaysia. Dimanakah semangat kesukanan mereka?
  4. Dimanakah semangat rumpun melayu dalam jiwa mereka?
  5. Apakah salah kita? Sedangkan lebih sejuta dari rakyat mereka sedang menikmati kehidupan yang aman damai mencari rezeki di negara kita ini

Sila ikuti Ulasan lanjut di link dibawah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 18-11-2011: Akidah Umat Islam Dan Penyelewengan


Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat.

Ikhwanul muslimin
Agama Islam datang ketika penyatuan kepada Allah swt melanda seluruh penjuru alam. Ajaran Islam membawa sinar yang menyelenyapkan segala penyelewengan bangsa arab di zaman jahiliah. Namun jika diperhatikan pada masa ini sinar Islam seakan tenggelam apabila akidah umat Islam semakain lemah. Ramai dikalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun reality kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang Islam.

Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah saw ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman akan dikerumuni seperti makanan yang dikerumuni oleh pelahap pelahap. Lalu ada sahabat bertanya bagaimanakah keadaan umat Islam pada waktu itu. Baginda menjawab Umat Islam ramai tetapi ibarat buih yang berada di lautan. Rapuhnya akidah mereka terhadap Allah swt.
Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam? Berdasarkan kepada pemerhatian antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang terlalukan cintakan dunia dan takutkan kematian serta kelemahan iman mereka dan kemiskinan kehidupan.

Kesan kepada kemiskinan ini boleh membawa kepada kualiti hidup yang lemah mudah terjebah kepada kegiatan social dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Hampil sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran Riwayai Abu Naim.

Asas segala akidah adalah beriman kepada Allah swt iaitu kepercayaan kepada ke Esaannya dan kepercayan terhadap kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah swt secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara perkara yang boleh membawa kepada syirik samada secara iqtikad atau tingkah laku.

Islamlah Agama yang di iktiraf di sisi Allah swt iaitu agama yang menjamin umat islam supaya mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah swt yalam surah Al Imran ayat 19 yang bermaksud Sesungguhnya Agama yang benar dan di redhai di sisi Allah swt ialah Agama Islam dan orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera akan hitungnya dan hisabnya.

Firman nya lagi dalam surah Al Imran ayat 85 yang bermaksud Dan Barang siapa yang mencari Agama selain dari agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak akan tergolong di kalangan orang orang rugi.

Ikhwanul muslimin
Dalam era kemajuan dan globalisasi masakini telah mendedahkan umat Islam kepada perbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Berbagai fahaman ideologi moden dan anasir anasir negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya songsang seperti seks bebas, sukan judi dan sebagainya.

Kepincangan hidup berkeluarga juga menyelubungi umat Islam, ada dikalangan anak anak kita yang sanggup menghina ibu bapanya bahkan lebih malang lagi sanggup menderhaka kepada mereka. Berdasarkan pemerhatian juga, gejala ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara diantaranya kepincangan dan lemahnya keimanan anggota keluarga terutamanya ibubapa sebagai ketua keluarga, sedangkan ibubapa yang paling utama dalam mendidik anak anak kepada penghayatan ajaran dan akidah Islam.

Mutakhir ini juga kita sering mendengar berita penyelewengan akidah umat Islam yang melanda masyarakat. Berbagai kumpulan ajaran sesat telah wujud dengan tujuan menjauhkan umat Islam daripada mengamalkan ajaran Al Quran dan Al sunnah. Kelemahan akidah turut mendedahkan mereka kepada pelbagai amalan kurafat seperti bertenung nasib, sihir, ilmu guna guna dan sebagainya. Semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemulian dan darjat manusia. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat kelak yang menanti golongan yang engkar.

Firman Allah swt dalam surah Al Maidah ayat 82 yang bermaksud Sesungguhnya terkafirlah orang yang berkata bahawasanya  Allah itu  Al masih ibni Mariam padahal Al Masih sendiri berkata Wahai bani Israel sembahlah Allah Tuhan ku dan Tuhan kamu bahawasanya sesiapa yang bersekutukan Allah maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang orang yang berlaku zalim

Ikwanul Muslimin
Sebagai umat Islam kita perlu sedar dan bangkit mempertahankan akidah Islam kerana ianya asas kekuatan dalam mendekati musuh musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam dan seluruh penganutnya. Dalam hal ini umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Khutbah ingin mengingatkan supaya tubuh badan kita di ibaratkan seperti botol kosong. Jika kita tidak memenuhi botol itu dengan amal soleh maka botol itu sesungguhnya akan dipenuhi dengan nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kira melupai Allah swt.

Pengaruh syaitan dalam diri manusia inilah yang menyebabkan menusia mengalami penyakit rohani yakni akhlak serta akidah. Di samping itu umat Islam perlulah juga membina kekuatan dari sudut ilmu teknologi politik dan sebagainya. Kita juga mestilah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang di perolehi adalah benar dan tepat.

Sebagai ibubapa kita hendaklah berperanan dalam mendidik anak anak dengan ajaran Islam yang sebenar agar menjadi generasi yang diredhai oleh Allah swt yang berusaha menjauhi keluarga dari neraka Allah swt.
Firman Allah swt yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahang bakarnya  adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat malaikat yang keras dan kasar dan tidak menderhaka kepada allah swt dan akan mematuhi segala apa yang diperintahkan kepada mereka.

Ikwanul muslimin

Saya ingin mengambil kesempatan menyeru sidang jumaat dan seluruh umat Islam sekelian marilah kita sama sama mendokong segala usaha demi memperkasakan kedudukan umat Islam samada dari segi perpaduan ekonomi dan akidah. Marilah kita sama sama menegakkan ketaqwaan kita kepada Allah swt meletakkan semua kehidupan dengan mengembalikan diri kepada Allah swt yang menjaga akidah kita daripada terpesong jauh dari landasan yang digariskan oleh Allah swt. 


Wassalam

Bolasepak Sukan SEA: Akhirnya Pasukan Harimau Muda Mencalar Ego Indonesia

PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menangkap kemas bola hantaran lawan 
pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. 
Malaysia mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah 1-0.

Puas hati aku tengok pasukan bola sepak Sukan SEA Indon kalah dengan Malaysia 0-1 sekejap tadi. Geram benar aku dengan keangkuhan dan kesombongan puak-puak Indon ini. Dahlah tak hormat Negaraku, lepas tu setiap kali atlet kita main (tak kira apa sukan) semua di booo...

Nah kau padan muka. Malam ni lebih 80,000 mat-mat Indon dan minah-minah di Stadium Gelora Bung Karno dan beratus juta rakyat yang tengok TV terkedu bila Syahrul Izwari score gol malam ni. Tak kisahlah walaupun Malaysia tak boleh tambah jaringan biarpun banyak peluang tapi 1-0 dah cukup nak mengajar Indonesia supaya lain kali jangan kurang ajar!

Najib dan Rosmah bersama delegasi lain mengangkat tangan bersorak gembira 
selepas pasukan Malaysia menjaringkan gol pada perlawanan yang berlangsung 
di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. – Bernama

Ulasan lanjut di mesintaipburuk dan di utusan.com.my

Ulasan di Twitter:

Tahniah Rimau Malaya!Jgn dema kata kita pake bomoh udah ler yop ;) yfrog.com/nzd8dfoj
RT : tahniah baham garuda...yahoooo..kitalah juara sukan SEA
WAFIE ADHA

Kuat lagi datuk... aurmmmmmmmmmmmmm Hebat. RT : Auuuummmmmmm!!!
Khairy Jamaluddin

That "What's up?" moment when PM meets President at the ASEAN summit tomorrow morning.
Www.Kelate.Net

HARIMAU BEKENG l Jaringan tunggal pemain Kelahiran Kelantan Shahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-18 sudah cukup...
Hishammuddin Hussein

Auuuummmmmmm!!!
Khairy Jamaluddin

Tahniah ! Now go and win the gold!
Nik Fauriza

Rasa saya shahru azuari : Fahmi d man!”
Bila menang disokong, bila kalah dipekong

Wassalam

Doa Pembukaan: Dr Hj Ramli Saad

Alfatihah

Ya Allah
Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekelian alam ini
Restuilah perhimpunan kami pada pagi ini
Jadikanlah penghimpunan ini penuh dengan barakah
Curahi ilmu yang akan kami perolehi ini dengan nur hidayah Mu Ya Allah
Berilah kesedaran jiwa kami dengan membuka mata hati kami
Tinggikanlah semangat kami untuk menjalankan amanah tugas kami
Kekalkanlah semangat kami
Lindungilah keselamatan kami
Penuhilah hati hati kami ini dengan silaturrahim kasih sayang dan kecintaan kepada Mu Ya Allah
Perhatian kami adalah menyembah Mu Ya Allah
Kami bertawakkal hanya kepada Mu Ya Allah
Dan sesungguhnya keputusan hidup kami adalah hak Mu Ya Allah untuk menentukannya
Ampunilah kami atas kesilapan kami sebelum ini
Terimalah doa kami ini Ya Allah

Ya Allah
Jika ilmu yang kami cari ini masih di atas langit, Kau perturunkanlah
Jika ia berada di dalam bumi, Kau keluarkanlah
Jika ia susah, maka Kau permudahkanlah
Jika mana mana ilmu yang akan kami terima ini adalah berunsur haram tanpa kami sedari, maka Kau sucikanlah.
Berikanlah kami perlindungan seperti apa yang Kau berikan nikmat sebelum ini
Limpahkanlah kepada kami apa yang Kau limpahkan kepada hamba hamba Mu yang soleh

Ya Allah kami ini hak Mu
Kami hidup dan mati kerana Mu
Kami kerja ialah kerana Mu
Segalanya adalah atas kehendak Mu semata mata
Kami sekadar berusaha ikhlas
Ya Allah berikanlah kami dan keluarga kami kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
Amin Amin Ya Rabbil Alamin

Dr Hj Ramli Saad

Wallahualam

Kuliah Subuh 12-11-11: Sifat Dan Akhlak Rasulullah SAW dan Para Sahabat


Syukur kita kepada Allah swt kerana dengan limpah izinnya kita dapat berjumpa sekali lagi selepas kita menunaikan satu kefardhuan besar iaitu solat subuh secara berjemaah. Kita berada dalam suasana bersembahyang dan kita dikira sedang sibuk bersembahyang dan malaikat mendoakan kita. Wahai Allah berilah rahmat kepadanya dan berilah keampunan kepadanya. Mudah mudahan kita semua termasuk kedalam orang orang yang beruntung.

Sifat dan akhlak Rasulullah saw yakni dengan sikap yang lemah lemah lembut, pemurah, tiada hati yang pemarah, tiada perasaan yang bengis yang mana sahabat sahabat yang berada di sekelingnya mempunyai yara hormat dan kasih sayang. Mereka menjadikan Rasulullah saw kekasih yakni orang yang paling mereka kasih. Saiyidina Umar ra datang memberitahu Rasulullah saw, Wahai Rasulullah saw tidak ada orang yang saya kasih selepas diri saya, maka tuan lah oyang yang saya kasih. Rasulullah saw berkata, Tak cukup wahai Umar . Selepas itu Umar ra berkata Daripada saat ini tidak ada lagi orang yang saya paling kasihi kecuali tuan dan saya rela mengorbankan diri saya seluruhanya, dan apa apa yang menjadi milik saya adalah milik tuan. Rasulullah saw berkata Itulah keimanan.

Kamu tidak akan mencapai darjah taqwa, makam yang paling tinggi, yakni orang yang benar atau siddik sehingga kamu boleh menafkahkan segala harta yang kamu kasihi. Maka datanglah semua sahabat sahabat Nabi saw membawa harta harta mereka. Apa apa yang mereka sayangi sehingga ada para sahabat yang membawa geran tanah, kebun yang paling dia sayangi.Rasulullah bersabda bahagikanlah kepada seluruh ahli keluarga kamu. Ada yang membawa unta merah, Rasulullah berkata, kamu gunakannya sehingga ada keperluan.

Kepergian ke Mekah untuk menunaikan haji adalah fisabillah.

Sekiranya kamu tolong Allah, Allah akan menolong kamu

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajak manusia kepada keimanan. Iman perlu digilap setiap masa.

Oleh kerana sifat korban yang berada di dalam diri para sahabat ra mereka telah menyerahkan diri mereka kepada mesyuarat Rasulullah sehingga mereka menjadi anak panah kepada busur panah Rasulullah saw. Mereka mengikut arahan ke mana mereka dihantar ke seluruh pelusuk dunia. Ada yang kembali, ada yang menetap di sana dan ada juga yang gugur syahid.

Rasulullah saw juga membentuk para sahabat dengan keimanan sebagai contoh dalam peperangan Tabuk, bila Rasulullah saw meminta para sahabat mengumpulkan harta untuk persiapan dalam perjalanan perang. Saiyidina Umar ra datang dengan membawa separuh dari keseluruhan hartanya. Rasulullah menyatakan kekagumannya kepada Umar. Ada para sahabat yang bekerja dengan orang yahudi untuk keperluan hariannya, namun untuk tujuan perang ini beliau telah berjumpa dengan pemilik kebun orang yahudi untuk mendapat upah. Beberapa hari bekerja beliau telah mendapat upah setangkai buah kurma sebagai upah. Dia membawa kepada Rasulullah saw Wahai Rasulullah saw, inilah harta saya. Rasulullah memberikan sebahagian dari setangkai buah kurma tadi kepadanya dan sebahagian lagi diletakkan di atas sekali dari timbunan harta yang didermakan.

Sebelum kedatangan Saiyidina Abu Bakar, Rasulullah saw didatangi oleh malaikat Jibrail as dengan memakai baju guni gandum seperti apa yang dipakai oleh Abu Bakar. Kata Jibrail, Aku membawa salam dari Allah kepada Abu Bakar. Dan Allah bertanya kepada Abu Bakar, Adakah kamu redha akan Allah?  Kemudiannya datanglah Saiyidina Abu Bakar membawa seluruh hartanya. Maka Rasulullah bertanya kepada Abu Bakar Apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu? Abu Bakar menjawab Allah dan Rasul adalah mencukupi untuk keluarga saya. Apabila Abu Bakar tahu Allah swt mengirim salam padanya, dia terkejut dan jatuh terguling kegembiraan di atas tanah. Baginya apa yang dia miliki ini, apa kesusahaan yang dialaminya adalah tak cukup lagi untuk Allah swt menanyakan soalan apakah dia reda dengan Allah swt? Kerana baginya pengorbanannya adalah sangat sedikit berbanding dengan rahmat Allah swt yang telah diterimanya.

Ramai dikalangan sahabat sahabat Nabi yang mendapat salam dari Allah.

Dalam perjalanan ke Tabuk, masalah kekurangan makanan menimpa Umat Islam sehingga makanan terpaksa di catu bagi mengelakkan unta dari disembelih. Buah tamar sebanyak 3 biji diberikan kepada setiap sahabat setiap hari, kemudian dikurangkan kepada 2 biji dan seterusnya kepada 1 biji untuk setiap hari. Pada satu hari seorang sahabat terlepas pandang untuk diberi 1 biji buah tamar. Pada petang hari Rasulullah saw datang kepadanya untuk menyerahkan 1 biji buah tamar yang terlupa di beri pagi tadi. Sahabat tadi terkejut dan merasa pelik. Dia bertanya kepada Rasulullah bagaimana Rasulullah mengetahui, jawab Rasulullah Allah swt telah datangkan peringatan supaya memberikan 1 biji  buah tamar itu. Allah swt telah menyebut nama sahabat tadi. Maka berguling guling kesukaan sahabat tadi di atas tanah.  Sahabat tadi berdoa Wahai Allah sebagaimana Engkau tidak lupakan aku tadi, janganlah Engkau lupakan aku di akhirat nanti di Padang Mahsyar ketika manusia semua kelaparan.

Jika Allah swt menolong kamu maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu yakni tidak memberikan pertolongan kepada kamu siapakah lagi yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Sesudah itu hendaklah kepada Allah sahajalah orang orang mukmin bertawakkal.

Dan tidak mungkin seorang Nabi itu melakukan kianat kepada harta dan rampasan perang, Barang siapa yang kianat dalaam urusan rampasan perang itu maka pada hari kiamat dia akan membawa apa yang dikianatinya itu kemudian tiap tiap diri akan diberi pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Dalam urusan pekerjaan harian kita atau dalam mesyuarat, kita hendaklah jauhkan diri dari berbuat kianat.

Satu kisah dalam satu peperangan seorang sahabat telah meminta dari Panglima Perang untuk berperang melawan 100,000 tentera musuh dengan hanya membawa 6 orang sahaja. Panglima Perang tersebut menyuruh membawa 60 orang untuk mengelakkan dari perasaan riak. Mereka berada dalam pertolongan Allah swt dalam setiap keadaan.

Ayat ayat perang
Ya Malikayau Middin
Ya Halimu Ya Alimu Ya Aliyu Ya Azim




Penceramah Ustaz Hj Sabri Abdullah
Imam Masjid Kubang Kerian

Wallahualam

Pemantapan KPI & KIP Jabatan Radiologi

  1. Penceramah adalah Prof Dr Ahmad Sukari Halim
  2. Ceramah selama satu jam setengah itu bermula pada Jam 9.00 malam

 En Ahmad Fakharuddin mengetuai peserta memasuki dewan

 5 biji aje!! mana cukup

Pengerusi bersama Dr Yusri dan Pn Rohani

 Prof Dr Ahmad Sukari



 En Khalid, Nik K, Wan Naz dan Dr Hadif

up up and away

Ketua Jabatan menyampaikan cenderahati kepada penceramah

* Sebahagian dari foto adalah ehsan dari jurufoto Jabatan Rodiologi

Wassalam

Kuliah Maghrib 11-11-11: Kerasulan Muhammad SAW


Hadirin hadirat yang di muliakan Allah swt sekelian
Allah swt mengumpulkan orang orang yang beriman untuk duduk duduk seketika sambil menunggu peluang untuk solat Isyak kerana dengan duduk duduk menunggu selepas satu solat untuk bersolat dikira pahala seperti sedang bersolat. Di samping itu kita juga mengambil kesempatan untuk mendengar dan menghayati ayat - ayat Allah swt. Allah swt mengatur urus kehidupan manusia di dunia ini melalui baginda Rasulullah saw. Beginda Rasulullah telah menjalani hidup dengan para sahabat dengan suasana yang sungguh istemewa.Baginda menjinakkan hati sahabat sahabat dengan tingkah lakunya dan wahyu wahyu dan petunjuk dari Allah swt.

Peribadi Rasulullah telah dibentuk dan diasuh untuk menyempurnakan akhlak Firman Allah swt yang bermaksud Maka disebabkan dengan rahmat daripada Allah swt, dimana Allah swt menjadikan kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka iaitu orang orang yang berada di sekelilingnya. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentu lah mereka akan menjauhkan diri darimu. 


Terdapat usaha usaha dari Yahudi dan Nasrani yang cuba mengubah isi kandungan Al Quran untuk menggambarkan perkara yang sebalikkya terhadap keperibadian Rasulullah. Namun kesemua in telah dapat di patahkan dengan bantuan Allah swt. Mereka juga membuat Al Quran Palsu yang dipanggil The Truth Al Quran yang mana terdapat 80 surah yang mana telah di edar ke negara Arab seperti Kuwait.

Baginda adalah seorang yang berlemah lembut, pemurah dan tidak pernah berkasar dan secara umum telah di ketahui umum oleh umat yang terdahulu. Contoh diberi dari perangai seorang Badwi yang menarik serban Baginda dari belakang dan meminta serban itu. Baginda lantas memberikan serban itu tanpa memarahinya. Atas sifat Baginda tersebut, orang Badwi itu telah memeluk agama Islam.

Baginda Rasulullah saw adalah seorang Raja, raja di dunia dan di akhirat. Orang yang sangat besar dan hebat berbanding dengan mana mana raja yang sebelum dan selepasnya di dunia ini.

Kisah kehebatan Nabi Sulaiman ketika menghadapi Ratu Balkis yang menyembah matahari juga dihuraikan.
Ingatan Ratu Balkis kepada menterinya Sekiranya Sulaiman itu adalah Rasul Allah maka tidak akan kekuatan yang dapat mengalahkannya. Kerasulan adalah berbeza dengan Kerajaan.

Seruan Azan dari Saidina Bilal semasa memasuki kota Mekah telah menunjukkan tanda kerasulan kerana Manusia datang dari segenap penjuru untuk menunaikan solat. Kerasulan adalah lebih besar dari kerajaan. Seruan Marilah Sembahyang adalah lebih besar dari seruan seruan lain.

Allah swt memerintahkan Nabi supaya memaafkan mereka dan memohon keampunan dari pihak mereka dan bermusyawarahlah dalam urusan kamu dan seterusnya bertawakkallah kepada Allah swt.

Di akhir zaman ini tiada wahyu tetapi musyawarah boleh menjadi satu cara untuk mendapatkan sesuatu keputusan. Adab mesyuarat dengan melantik seseorang untuk menjadi pengerusi atau pemutus.Syor yang paling baik dan terbaik dibuat untuk jemaah dan bukan untuk diri sendiri. Ahli menyuarat hendaklah berselawat ke atas nabi tatkala sesuatu syor dikemukakan, supaya majlis tadi adalah majlis zikkrillah. Jangan anggap syor yang kita kemukakan adalah yang terbaik dari orang lain. Jangan burukkan syor saudara kita. Hendaklah menjaga hati saudara saudara kita.

Wallahhualam

Suasana Bukit Keluang Resort, Perjalanan dan Aktiviti Di Pantai

 Jalan yang bersih dan dijaga dengan rapi


 Mana peserta peserta lain ni? kita dah nak ke pantai ni


 Kaunter reception 


 apa lagi ada masa terluang sms la....




 Pantai Bukit Keluang

 Antara dua juru gambar professional yang bertugas





  1. Aktiviti membina plan lantai Jabatan Radiologi telah diadakan.
  2. Fasilitatornya adalah Dr Rohsila
  3. Empat kumpulan telah berantap dan juaranya tak lain tak bukan.....Kumpulan Innovasi dan Penjanaan











* Sebahagian foto adalah ehsan dari jurufoto Jabatan Radiologi

Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week