Loading...

Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 18-11-2011: Akidah Umat Islam Dan Penyelewengan


Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekelian marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat.

Ikhwanul muslimin
Agama Islam datang ketika penyatuan kepada Allah swt melanda seluruh penjuru alam. Ajaran Islam membawa sinar yang menyelenyapkan segala penyelewengan bangsa arab di zaman jahiliah. Namun jika diperhatikan pada masa ini sinar Islam seakan tenggelam apabila akidah umat Islam semakain lemah. Ramai dikalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun reality kehidupan mereka langsung tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang Islam.

Benarlah sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah saw ketika mana ditanya oleh para sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman akan dikerumuni seperti makanan yang dikerumuni oleh pelahap pelahap. Lalu ada sahabat bertanya bagaimanakah keadaan umat Islam pada waktu itu. Baginda menjawab Umat Islam ramai tetapi ibarat buih yang berada di lautan. Rapuhnya akidah mereka terhadap Allah swt.
Persoalan besar timbul kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam? Berdasarkan kepada pemerhatian antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang terlalukan cintakan dunia dan takutkan kematian serta kelemahan iman mereka dan kemiskinan kehidupan.

Kesan kepada kemiskinan ini boleh membawa kepada kualiti hidup yang lemah mudah terjebah kepada kegiatan social dan boleh membawa kekufuran. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Hampil sahaja kemiskinan itu membawa kepada kekufuran Riwayai Abu Naim.

Asas segala akidah adalah beriman kepada Allah swt iaitu kepercayaan kepada ke Esaannya dan kepercayan terhadap kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah swt secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara perkara yang boleh membawa kepada syirik samada secara iqtikad atau tingkah laku.

Islamlah Agama yang di iktiraf di sisi Allah swt iaitu agama yang menjamin umat islam supaya mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah swt yalam surah Al Imran ayat 19 yang bermaksud Sesungguhnya Agama yang benar dan di redhai di sisi Allah swt ialah Agama Islam dan orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera akan hitungnya dan hisabnya.

Firman nya lagi dalam surah Al Imran ayat 85 yang bermaksud Dan Barang siapa yang mencari Agama selain dari agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak akan tergolong di kalangan orang orang rugi.

Ikhwanul muslimin
Dalam era kemajuan dan globalisasi masakini telah mendedahkan umat Islam kepada perbagai bentuk cabaran yang menguji kekuatan akidah umat Islam. Berbagai fahaman ideologi moden dan anasir anasir negatif yang mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita dihimpit dengan budaya songsang seperti seks bebas, sukan judi dan sebagainya.

Kepincangan hidup berkeluarga juga menyelubungi umat Islam, ada dikalangan anak anak kita yang sanggup menghina ibu bapanya bahkan lebih malang lagi sanggup menderhaka kepada mereka. Berdasarkan pemerhatian juga, gejala ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara diantaranya kepincangan dan lemahnya keimanan anggota keluarga terutamanya ibubapa sebagai ketua keluarga, sedangkan ibubapa yang paling utama dalam mendidik anak anak kepada penghayatan ajaran dan akidah Islam.

Mutakhir ini juga kita sering mendengar berita penyelewengan akidah umat Islam yang melanda masyarakat. Berbagai kumpulan ajaran sesat telah wujud dengan tujuan menjauhkan umat Islam daripada mengamalkan ajaran Al Quran dan Al sunnah. Kelemahan akidah turut mendedahkan mereka kepada pelbagai amalan kurafat seperti bertenung nasib, sihir, ilmu guna guna dan sebagainya. Semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemulian dan darjat manusia. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat kelak yang menanti golongan yang engkar.

Firman Allah swt dalam surah Al Maidah ayat 82 yang bermaksud Sesungguhnya terkafirlah orang yang berkata bahawasanya  Allah itu  Al masih ibni Mariam padahal Al Masih sendiri berkata Wahai bani Israel sembahlah Allah Tuhan ku dan Tuhan kamu bahawasanya sesiapa yang bersekutukan Allah maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiada seorang penolong pun bagi orang orang yang berlaku zalim

Ikwanul Muslimin
Sebagai umat Islam kita perlu sedar dan bangkit mempertahankan akidah Islam kerana ianya asas kekuatan dalam mendekati musuh musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam dan seluruh penganutnya. Dalam hal ini umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh.

Khutbah ingin mengingatkan supaya tubuh badan kita di ibaratkan seperti botol kosong. Jika kita tidak memenuhi botol itu dengan amal soleh maka botol itu sesungguhnya akan dipenuhi dengan nafsu syaitan yang akan menguasai diri kita dan mendorong kira melupai Allah swt.

Pengaruh syaitan dalam diri manusia inilah yang menyebabkan menusia mengalami penyakit rohani yakni akhlak serta akidah. Di samping itu umat Islam perlulah juga membina kekuatan dari sudut ilmu teknologi politik dan sebagainya. Kita juga mestilah sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang di perolehi adalah benar dan tepat.

Sebagai ibubapa kita hendaklah berperanan dalam mendidik anak anak dengan ajaran Islam yang sebenar agar menjadi generasi yang diredhai oleh Allah swt yang berusaha menjauhi keluarga dari neraka Allah swt.
Firman Allah swt yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahang bakarnya  adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat malaikat yang keras dan kasar dan tidak menderhaka kepada allah swt dan akan mematuhi segala apa yang diperintahkan kepada mereka.

Ikwanul muslimin

Saya ingin mengambil kesempatan menyeru sidang jumaat dan seluruh umat Islam sekelian marilah kita sama sama mendokong segala usaha demi memperkasakan kedudukan umat Islam samada dari segi perpaduan ekonomi dan akidah. Marilah kita sama sama menegakkan ketaqwaan kita kepada Allah swt meletakkan semua kehidupan dengan mengembalikan diri kepada Allah swt yang menjaga akidah kita daripada terpesong jauh dari landasan yang digariskan oleh Allah swt. 


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Loading...

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week