Khutbah Jumaat Masjid Saiyyidina Osman 25-11-11: Tranformasi Hijrah


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Marilah kita bersama sama meningkatkan taqwa dan keimanan kepada Allah swt dengan melakukan segala amal yang baik yang diperintahkan dan ditetapkan olehnya serta meninggalkan segala larangannya. Semoga amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak.

Mimbar hari ini akan membicarakan berkenaan dengan tranformasi hijrah. Bersesuaian dengan sambutan Tahun Hijrah  pada tahun ini. Peristiwa hijrah mempunyai pengertian yang amat besar di dalam Islam Peristiwa itu menjadi bukti di atas kehebatan dan keagungan Islam.

Dengan hijrah mampu membuatkan perpecahan kepada perpaduan, kegelapan kepada cahaya dan kebencian kepada kecintaan. Kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi hasil dari jerit payah para Muhajirin bersama sama Rasulullah saw yang tercinta dengan sambutan yang baik dan pegangan yang tinggi terhadap Allah yang mencipta dunia ini.

Sirah juga turut membuktikan bahawa peristiwa ini bukan satu perjuangan yang bersifat peribadi untuk menyelamatkan diri tetapi ia merupakan satu tindakan berstrategi bagi memastikan keselamatan dan kemenangan bersama yang akan diperolehi kemudiannya. Baginda telah Berjaya mentranformasikan pemikitan bangsa arab yang bersifat assobiah terhadap bangsa dan sukunya sendiri kepada sikap bersatu padu sebagaimana yang berlaku kepada kaum Muhajirin dan Ansar. Sikap inilah yang perlu di contohi dan berada didalam jiwa setiap diri individu muslim pada hari ini.


Allah swt telah memberi pengiktirafan kepada 2 suku bangsa ini dalam firmannya yang bermaksud Dan orang orang yang beriman kepada Allah dan berjihat kepada jalan Allah untuk membela Islam dan orang orang Ansar yang memberi kedamaian dan pertolongan kepada orang orang Islam yang berhijrah itu, merekalah orang orang yang beriman yang sebenar sebenarnya, mereka akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang tinggi

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Saya ingin mengajak tuan tuan sama sama merenungi dan menghayati peristiwa Hijrah yang berlaku 1400 tahun yang lalu. Tiada guna berbagai konferen dan sambutan yang dilakukan untuk meraikan sambutan maal hijrah jika keruntuhan rumah tangga, kebejatan akhlak dan pembuangan bayi dimenangi oleh umat Islam sedangkan fakta yang lampau jelas menunjukkan keagongan umat Islam yang dicapai dengan pengajaran dan nilai nilai yang mulia yang cukup hebat.

Kalau tidak masakan umat Islam di Madinah berjaya hidup aman damai di bawah pemerintahan Rasulullah swt. Lebih jelas lagi mereka amat menghormati kepimpinan Rasulullah dan umat Islam dan menghormati hak masing masing melalui Piagam Madinah yang dimeterai bersama sama.

Sedangkan hari ini kita menghadapi scenario yang cukup berbeza, walaupun kita selamat dari suasana peperangan, hidup dalam keadaan aman sejahtera, namun hakikatnya kita sedang menghadapi serangan pemikiran yang menjijikkan.

Untuk menjawab persoalan ini, adakah setiap tahun peristiwa hijrah  meninggalkan kita ada menyebabkan tercabutnya nilai nilai murni Islam dari setiap jiwa umat Islam lantas diganti dengan fahaman barat yang merosakkan lagi merosakkan. Tidakkah kita sedahari bahawa Rasulullah saw telah mengingatkan kita dari sabdanya yang bermaksud Nescaya kamu akan ikut jejak langkah mereka yakni Yahudi dan Nasrani sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam botol. Lantaran itu sahabat bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani ya Rasulullah. Baginda menjawab siapa lagi kalau bukan mereka.

Jesteru itu berhijrahlah dengan pegangan akidah yang kuat agar kita mampu menghadapi cabaran dan ujian yang datangnya samada dari kaum Yahudi, Nasrani, golongan munafik, iblis atau dari nafsu kita sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Umat Islam tidak akan di hormati selagi mana mereka tidak mampu menjadi pembela Islam sebagaimana yang menunjukkan kewibawaan agama Allah dengan jujur dan ikhlas melalui amalan. Pemikiran inilah yang dinamakan tranformasi. Berhijrahlah kita dengan nilai nilai Islam yang sebenar, walaupun dimulakan dengan keluarga sendiri, isteri isteri, keluarda hari ini perlu dukuatkan dengan asas akidah yang jelas.

Ibubapa perlu menjadikan Rasulullah sebagai panduan bagi mengurus rumah tangga yang cemerlang. Hari ini kita melihat institusi keluarga amat goyah dan bisa runtuh disebabkan perkara remeh temeh dalam kehidupan. Ibubapa yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kepada anak anak gagal memainkan peranan akibat kesibukan bekerja bagi mengejar kemewehan untuk keluarga. Sedangkan anak anak terpinggir dari kasih sayang yang tidak dihargai dalam taman syurga keluarga sehingga anak anak mencari hiburan lain untuk bermanja.

Tidak salah usaha untuk mencari kemewahan hidup di dunia asalkan akhirat tidak dilupakan. Hakikatnya Islam tidak terbatas kepada keperluan akhirat semata mata tetapi ia merangkumi kehidupan duniawi sepertimana yang disebutkan oleh Allah swt melalui firmannya yang bermaksud Tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan kepada kamu dengan mengumpulkan pahala kebahagian di hari akhirat dan janganlah engkau melupakan untuk mengumpulkan bahagian mu yang merupakan kekayaan dunia dan berbuat baiklah kepada hamba hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu dengan memberi nikmatnya yang melimpah limpah dan janganlah engkau melakukan kerosakan di atas muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang berbuat kerosakan.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah
Saya menyeru diri saya dan sidang Jumaat sekelian untuk menjadikan sambutan tahun baru Hijrah ini sebagai satu langkah bijak dengan melakukan muhasabah terhadap apa yang telah kita lakukan. Saiyyidina Omar pernah menyatakan Hisablah diri kamu sebelum kamu di Hisabkan. Adakah kita telah berjaya menjadi muslim yang baik untuk diri sendiri keluarga serta masyarakat.
Hari ini kita menghadapi cabaran yang berbagai seperti dunia tanpa sempadan, keperbagaian ekonomi, teknologi maklumat  kuasa ekonomi kekuatan teknologi dan banyak lagi seua ini memerlukan kita sebagai generasi umat Islam yang bersedia dari segi mental fizikal dan spiritual dan melangkah menuju ke alaf baru.

Penghayatan kepada pengajaran dari peristiwa hijrah yang bersesuaian dengan kehidupan sekarang amat diperlukan. Umat Islam perlu kepada kekuatan dan keyakinan, kematangan, kecekalan, kesungguhan dan kesatuan. Inilah unsur unsur yang perlu dimiliki yang akan dibentuk kepada generasi umat Islam sekarang bagi meneruskan perjuangan risalah Islam. Unsur unser ini jugalah menjadi pegangan kepada Rasulullah saw dan para sahabat dalam mencapai kegemilangan di masa lampau

Jesteru itu, bertindak dan berhijrahlah kearah yang lebih baik bagi memastikan tahun tahun yang akan dihadapi menjadi lebih bermakna.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah
Sebagai kesimpulan yang dapat diambil dari khutbah pada hari ini.

  •  Peristiwa hijrah mempunyai nilai yang cukup besar untuk dihayati oleh umat Islam berpaksikan akidah Islam yang benar
  •  Umat Islam tidak akan dihormati selagimana akaran Islam tidak diamalkan dalam kehidupan.
  • Bermuhasabah dan baiki diri perlu dilakukan bagi memastikan tahun baru yang bakal dihadapi dapat di manafaat dengan sebaik mungkin
Firman Allah swt yang bermaksud Dan sesiapa yang berhijrah kepada jalan Allah untuk membela dan menegakkan Islam nescaya ia akan dapati mukabumi ini tempat yang makmur dan rezeki yang banyak dan sesiapa yang keluar dari rumah ini dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasulnya dan kemudian dia mati dalam perjalanan maka sesungguhnya telah ada pahala hijrah disisi Allah dan ingatlah bahawa Allah maha Pengampun lagi maha mengasihani.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week