Doa Pembukaan: Dr Hj Ramli Saad

Alfatihah

Ya Allah
Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekelian alam ini
Restuilah perhimpunan kami pada pagi ini
Jadikanlah penghimpunan ini penuh dengan barakah
Curahi ilmu yang akan kami perolehi ini dengan nur hidayah Mu Ya Allah
Berilah kesedaran jiwa kami dengan membuka mata hati kami
Tinggikanlah semangat kami untuk menjalankan amanah tugas kami
Kekalkanlah semangat kami
Lindungilah keselamatan kami
Penuhilah hati hati kami ini dengan silaturrahim kasih sayang dan kecintaan kepada Mu Ya Allah
Perhatian kami adalah menyembah Mu Ya Allah
Kami bertawakkal hanya kepada Mu Ya Allah
Dan sesungguhnya keputusan hidup kami adalah hak Mu Ya Allah untuk menentukannya
Ampunilah kami atas kesilapan kami sebelum ini
Terimalah doa kami ini Ya Allah

Ya Allah
Jika ilmu yang kami cari ini masih di atas langit, Kau perturunkanlah
Jika ia berada di dalam bumi, Kau keluarkanlah
Jika ia susah, maka Kau permudahkanlah
Jika mana mana ilmu yang akan kami terima ini adalah berunsur haram tanpa kami sedari, maka Kau sucikanlah.
Berikanlah kami perlindungan seperti apa yang Kau berikan nikmat sebelum ini
Limpahkanlah kepada kami apa yang Kau limpahkan kepada hamba hamba Mu yang soleh

Ya Allah kami ini hak Mu
Kami hidup dan mati kerana Mu
Kami kerja ialah kerana Mu
Segalanya adalah atas kehendak Mu semata mata
Kami sekadar berusaha ikhlas
Ya Allah berikanlah kami dan keluarga kami kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
Amin Amin Ya Rabbil Alamin

Dr Hj Ramli Saad

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week