Umat Islam di Malaysia Di Jajah Menerusi Sumber Makanan

Lembu yang bakal dikorbankan ini di impot dari Thailand
  1. Mungkin ramai yang tidak sedar tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini terutama sekali yang membabitkan penguasaan kartel-kartel pengimport makanan ke Malaysia. 
  2. Malaysia tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup di dalam negara dan terpaksa membeli makanan dari luar untuk menampung keperluan asasi itu.
  3. Dan kalaupun mampu serta cukup untuk penghasilan dalam negeri, akan ada satu pihak yang menjadi kuasa pendesak untuk memastikan, negara memerlukan komoditi import dan merekalah penguasa import berkenaan menerusi penguasaan pasaran, pengedaran dan penetapan harga.
  4. Tahukah anda, keseluruhan pengimport daging ke negara ini dikuasai oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan bukan Islam? Tahukah anda berapa nilai sebenar pengimportan daging halal ke negara ini? Dan tahukah anda bagaimana kartel-kartel ini memastikan penguasaaan empayar mereka tidak terjejas?
  5. Malaysia secara amnya merupakan sebuah negara yang lengkap serba-serbi. Sebagai sebuah negara yang subur, mempunyai hujan yang mencukupi, cuaca yang baik dan mempunyai sumber yang lebih dari mencukupi, tidak seharusnya Malaysia menjadi pengimport makanan terbesar bagi rakyat yang berjumlah 27 juta orang.
  6. Seringkali dipersalahkan tentang kepenggunaan tanah yang tidak cekap. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana pasaran telah 'ditutup' dan dihalang oleh kartel-kartel berkenaan untuk memastikan, mereka boleh terus mengimport dan mendominasi harga pasaran.
  7. Pengusaha-pengusaha tempatan amat sukar menjual penghasilan mereka kerana hampir keseluruhan rangkaian pengedar, pemborong dan orang tengah enggan memberikan kerjasama dan tidak mahu memecahkan monopoli mereka selama ini.
Ulasan selanjutnya di theflyingkick

Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week