Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 11-11-11: Akidah Dan Keimanan


Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sekelian

Pada hari Jumaat yang diberkati ini saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian, marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan bersungguh sungguh melaksanakan suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat nanti.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi sekelian.

Agama Islam datang ketika ketentuan Allah swt melanda seluruh alam, agama Islam membawa sinar yang melenyapkan segala penyelewengan, segala fahaman bangsa arab di zaman jahiliah, namun jika diperhatikan pada masa ini sinar islam seakan tenggelam apabila akidah umat Islam semakin lemah. Ramai dikalangan umat Islam yang mengaku sebagai orang Islam, namun realiti kehidupan mereka tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang Islam. Hendaknya sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah saw ketika mana ditanya oleh sahabat tentang keadaan umat Islam di akhir zaman. Umat Islam di akhir zaman akan dikerumuni seperti makanan oleh pelahap pelahap lalu ada sahabat bertanya Bagaimanakah keadaan umat Islam pada waktu itu? Rasulullah saw menjawab Umat Islam ramai tetapi ibarat buih yang berada di lautan. Rapuhnya akidah mereka terhadap Allah swt. Persoalan besar timbul, kenapa perkara ini berlaku kepada umat Islam? Berdasarkan kepada pemerhatian antara perkara yang menyebabkan berlakunya ialah sifat umat Islam sendiri yang terlalu cintakan dunia dan takutkan kematian serta kelemahan iman mereka dan kerungsingan hidup mereka. Kesan daripada kerungsingan inilah boleh membawa kualiti hidup yang lemah, mudah terjebak dalam kekayaan sosial dan boleh membawa kekufuran sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud Hampir sahaja kekufuran itu membawa kepada kekufuran.

Saudara kaum muslimin yang di rahmati allah sekelian

Asas segala akidah ialah beriman kepada Allah swt iaitu kepercayaan kepada keesaan dan kepercayaan kepada risalah Rasullah saw. Islam amat mengambil berat dan menyeru kepada mentauhidkan Allah swt secara ilmu dan amal serta menjelaskan perkara perkara yang membawa kepada syirik samada secara iktikad atau tingkah laku yakni perbuatan. Islam lah agama yang diiktiraf disisi Allah swt iaitu agama yang menjamin  umat Islam kepada kebahagaian di dunia dan juga di akhirat. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al Imran ayat 19 yang bermaksud Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah swt ialah Islam dan orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan kitab itu tidak berselisihkecuali selepas sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka dan ingatlah sesiapa yang kufur dan ingkar akan ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan dan hisabnya.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud Dan sesiapa yang memilih agama selain dari agama Islam maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak tergolong daripada orang orang rugi

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week