Kuliah Maghrib 11-11-11: Kerasulan Muhammad SAW


Hadirin hadirat yang di muliakan Allah swt sekelian
Allah swt mengumpulkan orang orang yang beriman untuk duduk duduk seketika sambil menunggu peluang untuk solat Isyak kerana dengan duduk duduk menunggu selepas satu solat untuk bersolat dikira pahala seperti sedang bersolat. Di samping itu kita juga mengambil kesempatan untuk mendengar dan menghayati ayat - ayat Allah swt. Allah swt mengatur urus kehidupan manusia di dunia ini melalui baginda Rasulullah saw. Beginda Rasulullah telah menjalani hidup dengan para sahabat dengan suasana yang sungguh istemewa.Baginda menjinakkan hati sahabat sahabat dengan tingkah lakunya dan wahyu wahyu dan petunjuk dari Allah swt.

Peribadi Rasulullah telah dibentuk dan diasuh untuk menyempurnakan akhlak Firman Allah swt yang bermaksud Maka disebabkan dengan rahmat daripada Allah swt, dimana Allah swt menjadikan kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka iaitu orang orang yang berada di sekelilingnya. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentu lah mereka akan menjauhkan diri darimu. 


Terdapat usaha usaha dari Yahudi dan Nasrani yang cuba mengubah isi kandungan Al Quran untuk menggambarkan perkara yang sebalikkya terhadap keperibadian Rasulullah. Namun kesemua in telah dapat di patahkan dengan bantuan Allah swt. Mereka juga membuat Al Quran Palsu yang dipanggil The Truth Al Quran yang mana terdapat 80 surah yang mana telah di edar ke negara Arab seperti Kuwait.

Baginda adalah seorang yang berlemah lembut, pemurah dan tidak pernah berkasar dan secara umum telah di ketahui umum oleh umat yang terdahulu. Contoh diberi dari perangai seorang Badwi yang menarik serban Baginda dari belakang dan meminta serban itu. Baginda lantas memberikan serban itu tanpa memarahinya. Atas sifat Baginda tersebut, orang Badwi itu telah memeluk agama Islam.

Baginda Rasulullah saw adalah seorang Raja, raja di dunia dan di akhirat. Orang yang sangat besar dan hebat berbanding dengan mana mana raja yang sebelum dan selepasnya di dunia ini.

Kisah kehebatan Nabi Sulaiman ketika menghadapi Ratu Balkis yang menyembah matahari juga dihuraikan.
Ingatan Ratu Balkis kepada menterinya Sekiranya Sulaiman itu adalah Rasul Allah maka tidak akan kekuatan yang dapat mengalahkannya. Kerasulan adalah berbeza dengan Kerajaan.

Seruan Azan dari Saidina Bilal semasa memasuki kota Mekah telah menunjukkan tanda kerasulan kerana Manusia datang dari segenap penjuru untuk menunaikan solat. Kerasulan adalah lebih besar dari kerajaan. Seruan Marilah Sembahyang adalah lebih besar dari seruan seruan lain.

Allah swt memerintahkan Nabi supaya memaafkan mereka dan memohon keampunan dari pihak mereka dan bermusyawarahlah dalam urusan kamu dan seterusnya bertawakkallah kepada Allah swt.

Di akhir zaman ini tiada wahyu tetapi musyawarah boleh menjadi satu cara untuk mendapatkan sesuatu keputusan. Adab mesyuarat dengan melantik seseorang untuk menjadi pengerusi atau pemutus.Syor yang paling baik dan terbaik dibuat untuk jemaah dan bukan untuk diri sendiri. Ahli menyuarat hendaklah berselawat ke atas nabi tatkala sesuatu syor dikemukakan, supaya majlis tadi adalah majlis zikkrillah. Jangan anggap syor yang kita kemukakan adalah yang terbaik dari orang lain. Jangan burukkan syor saudara kita. Hendaklah menjaga hati saudara saudara kita.

Wallahhualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week