Kuliah maghrib 19 Februari 2012

Hadis 1
Bila mendapat mimpi buruk semasa tidur maka kita hendaklah meminta perlindungan dari Allah dari syaitan yang direjam.

Mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi yang menakutkan atau yang buruk itu adalah dari syaitan.

Bila kita mendapat mimpi yang menakutkan, bila kita tersedar kita hendaklah meludah ke kiri dan minta perlindungan dari Allah dari kejahatan dalam mimpi tersebut

Bila kita mendapat mimpi yang elok kita hendaklah bangun solat sunat 2 rekaat.

Mimpi adalah perkara biasa, semua manusia akan menghadapinya.

Mengigau adalah permainan tidur

Bila nak menafsir mimpi kena rujuk kepada orang orang yang pakar. Sebagai contoh seperti yang disebut di dalam al Quran iaitu Nabi yusof as apabila datang seorang yang menceritakan akan mimpinya iaitu mimpi lembu yg kurus memakan lembu yang gemuk. Nabi Yusuf menafsirkan mimpi tersebut dengan mengatakan mimpi itu bermaksud kemarau akan berlaku 7 tahun berturut turut.

Hadis 2
Sesiapa yg mengucap " lailahaillah huwahdahu la syarikalah, lahulmulkul walahul hamduyuhyi wayumitu waala kullisyaiin qadir" 100 kali dalam sehari, pahalanya adalah seperti telah memerdekakan 10 orang hamba. Diberi kepadanya 100 pahala kebaikan dan di hapuskan 100 kesalahan dan dia juga terselamat dari syaitan pada hari itu hingga ke petang.

Pengajaran dari Kalimah itu
1. Teguhkan agama tauhid
2. Tidak ada sekutu bagi Allah
3. Puji Allah adalah perkara yg kekal.
4. Mengaku Allah berkuasa ke atas segala sesuatu.

Hadis ke 3
Wassatiah, kesederhanaan Jangan ekstrem dan jangan malas. Jangan melangkah syariah.

Kedudukan sewaktu solat yang paling afdal adalah yang paling lama adalah semasa qiam ( berdiri ) tetapi yang paling dekat dengan Allah adalah ketika sujud.

Dalam pendekatan syariah, solat zohor dan subuh perlu di baca surah yang panjang.

Berkata seorang sahabat "Aku akan puasa siang hari dan qiamullai di malam hari sepanjang hidup aku".

Nabi bertanya "betulkah kamu yang berkata begitu. Kamu tak akan mampu berbuat begitu. Kamu kena puasa, berbuka, qiamullai dan kemudian tidur. Kamu boleh berpuasa 3 hari dalam sebulan".

Sahabat berkata lagi "Aku mampu buat lebih daripada itu"

Nabi bersabda " kamu boleh berpuasa sehari selepas itu berbuka 2 hari kemudian puasa pula"

Sahabat berkata lagi "Aku mampu buat lebih daripada itu"

Nabi bersabda " Kamu hendaklah berpuasa sehari kemudian berbuka sehari." ini adalah puasa Nabi daud as

Sahabat berkata lagi "Aku mampu buat lebih daripada itu lagi"

Nabi bersabda "Tidak ada ibadat yang lebih dari apa yang aku katakan tadi"

Ibadat yang selain dari yang di sabdakan oleh nabi tadi adalah bukan wassatiah dan ianya adalah melampau.

Islam adalah agama yang sederhana dan ia adalah agama seluruh umat dan agama Nabi Nabi yg terdahulu.

Nabi Ibrahim itu membawa agama Hanif lagi muslim dan dia tidak tergolong dalam golongan orang yang syirik.


wallahualam

Tulisan ini adalah berdasarkan kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan







0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week