Kuliah Maghrib: 13 Februari 2012

Peringkat Shubahat

Perkara yang samar samar dan tidak jelas seperti dua keyakinan yang berlainan atas sesuatu perkara.

Perkara yang perlu di teliti
1. Keraguan pada sebab yang menghalal atau mengharamkan. Hukum dikembalikan kepada hukum yang asal. Hukum yang lama tetapi telah didapati beberapa nas yg baru, maka kena guna pakai yang baru.

              A) perkara yang telah nyata keharamannya tetapi datang dalil dan hujah baru yang kata halal.  Adalah juga shubahat dan seeloknya dijauhi.

             B) perkara yang telah jelas halal tetapi datang dalil dan hujah baru yang kata haram maka hukumnya adalah haram dan wajib dijauhinya.

             C) perkara yang telah jelas haram akan timbul sesuatu sangkaan halal dan dengan hujah yang kuat tapi masih diragukan. Kena perhatikan sebabnya. Hukumnya halal. Tapi elok dijauhkan atas dasar kewarakkan.

             D) perkara yang telah jelas halal akan tetapi timbul nas baru atau hukum syarak lain yang memberatkan kepada pengharaman maka hendaklah di tolak hukum asalnya kerana ianya adalah haram.

2. Shubahat yang timbul kerana bercampur aduk antara yang halal dan yang haram.

           A) percampuran dengan bilangan yang tertentu, contoh beberapa binatang yang di sembelih dengan bangkai. Maka halalnya adalah sangat lemah

B) percampuran yang haram sedikit dengan halal yang sangat banyak. Hukumnya adalah halal.

Wallahualam
* Apa yang ditulis adalah berdasarkan kepada pemahaman saya dan ianya tidak boleh dijadikan rujukan

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week