Kuliah Maghrib 15 Februari 2012

Ibnu Abbas digelar sebagai seorang alim yang soleh, orang yang alim dalam semua ilmu al quran. Beliau telah meriwayatkan 1660 hadis. Beliau meriwayatkan bahawa telah berwuduk Rasulullah saw sekali basuhan pada muka, tangan, kepala dan kaki ( wajib basuh dgn sekali basuhan) pada masa kekurangan air.

Iman Nawawi berkata telah sepakat sekelian ulamak mazhab Shafie . Wajib basuh sekali dan sunat basuh 3 kali.

Iman Bukhari berkara Nabi basuh anggota wuduk sebanyak 2 kali basuhan.

Uthman Ibni Affan  adalah antara sahabat nabi yang awal masuk Islam. Beliau memeluk agama Islam setelah diajak oleh Abu Bakar . Beliau adalah antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Beliau digelar orang yang memiliki dua cahaya. Ini adalah kerana beliau berkahwin dengan 2 orang anak perempuan Rasulullah .Beliau menjadi Khalifah pada tahun 24 hijrah. Beliau wafat akibat dibunuh oleh pemberontak.

Saiyidina Uthman meminta satu bekas air untuk berwuduk . Beliau mengalirkan air pada tangannya iaitu tiga kali pada tangan kanan dan kiri. (sunat sunat wuduk)
Kemudian dia memasukkan kedua tangan kedalam bekas itu dengan niat mencebuk air di dalam bekas air tadi.
Kemudian dia basuh muka tiga kali. (rukun wuduk)
Kemudian basuh tangan hingga siku 3 kali. (rukun wuduk)
Kemudian menyapu kepala keseluruhan kepala atau sekurang kurangnya 3 helai rambut. (rukun wuduk)
Kemudian basuh kedua kaki hingga ke buku lali sebanyak 3 kali (rukun wuduk)

Kemudian beliau berkata sesiapa berwuduk secara ini dan kemudian solat sunat wuduk maka akan diampunkan dosa dosa kita yg lalu yakni dosa dosa kecil.

Di ceritakan juga Saiyidina Ali mati ketika solat subuh dengan pisau beracun oleh golongan khawarih yakni golongan pelampau agama.

Antara sifat sifat orang munafik

1. Memusuhi kaum Ansar
2. Tidak suka mengerjakan solat Dhuha kerana diwaktu itu mereka suka tidur
3. Mereka suka melewat lewat solat Asar
4. Mereka tak suka baca surah Al Munafiqun, dan Al Kafirun


Wallahualam
Apa yang ditulis adalah mengikut fahaman saya dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week