Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 17-2-2012: Gejala Murtad

Ikhwanil muslimin
Marilah kita bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa dan hendaklah di antara kita bersama sama dengan orang orang mukmin yang menghayati ajaran agama dengan sempurna dan ikhlas serta turut berjuang menegakkan agama Allah swt. Sesungguhnya Allah bersama sama dengan mereka yang sabar di dalam perjuangan menegakkan agama.

Firman Allah swt dalam surah al Baqarah ayat 212 yang bermaksud Mereka tidak henti henti memerangi kamu sehingga mereka dapat memurtadkan, mengeluarkan kamu dari agamamu kepada kekufuran seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya lantas dia mati di dalam kekufuran maka mereka itulah orang orang yang sia sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka.Mereka akan kekal di dalamnya. 


Ikhwanil muslimin
Hari ini musuh musuh Islam terutamanya kaum Yahudi dan Nasrani Kristian dengan sikap dan dendam lamanya terhadap agama Islam dan penganutnya terus memerangi Islam dan umatnya. Al Quran nul karim banyak menjelaskan kepada kita tentang tabiat dan perangai kaum Yahudi samada Yahudi di zaman  nabi nabi Bani Israel dahulu atau Yahudi di zaman Nabi Muhammad saw. Begitu juga halnya dengan orang orang Kristian, cuma orang orang Yahudi lebih keras permusuhannya terhadap Islam.

Mereka itu adalah musuh musuh Islam yang sentiasa merancang untuk menjatuhkan dan menghapuskan Islam dengan cara mencemarkan Islam dan pemimpin pemimpinnya. Mereka kian hari kian berani membuat dakyah, fitnah dan propaganda bagi melemahkan Islam dan penganutnya. Mereka cuba memesongkan orang Islam daripada akidah dan ajaran Islam yang sebenar. Mereka mendakwa bahawa ajara Islam adalah ajaran baru yang tidak pernah di amal dan diwasiatkan oleh Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Yaakob kepada anak cucunya.

Mereka tidak memperakui adanya kitab perakuan yang ketiga iaitu Al Quran nul karim selepas ajaran Taurat dan Injil yang telah mereka rosakkan. Kerana itu mereka sentiasa berusaha dengan bersungguh sungguh untuk memesongkan ajaran kitab suci Al Quran  dan Sunnah Rasulullah saw. Kerana itu Rasulullah saw menjadi sasaran fitnah mereka pada peribadi dan ajaran Islam yang dibawanya.

Ikhwanil muslimin
Kaum Yahudi dan Kristian masing masing berkerja keras mengembangkan ajaran dan agama mereka melalui pelbagai pertubuhan dan gerakan yang mereka adakan. Antara gerakan Yahudi yang paling merbahaya terhadap Islam dan umat Islam ialah premason ke dalam beberapa rangkaian. Gerakan dan kegiatan dakyah mereka ini telah menyusut masuk ke dalam negara negara Islam tidak terkecuali negara Malaysia sampai ke kawasan pendalaman bahkan telah masuk ke rumah rumah orang Islam melalui media massa dan siaran am.

Mereka salurkan dakyah dan ajaran mereka melalui kegiatan ekonomi, sosial, pendidikan, seni kebudayaan dan sebagainya. Mereka berada di sebalik beberapa pertubuhan, persatuan, badan badan kebajikan, kelab kelab dan sebagainya.

Begitu juga halnya dengan penyebaran agama Kristian, di negara kita Malaysia sebagai contoh agama Kristian tersebar dengan pertolongan penjajahan dan gerakan Kristian yang di dokong oleh pertubuhan pertubuhan antarabangsa dan pusat pusat penyebarnya. di seluruh nusantara mereka bergiat dengan menghantar mubaligh mubaligh kristian dan membangkitkan isu isu seperti hak hak wanita, hak hak asasi manusia, kebebasan dan sebagainya.

Begitu juga bimbingan dan bantuan kepada pelajar pelajar, orang orang miskin dan susah, gerakan Kristian juga cuba mendirikan seberapa banyak gereja dan pusat pusat latihan mubaligh bagi memudahkan mereka membuat penyebaran. Kesan daripada dakyah gerakan misineri pendakyah Kristian di tahap ini semakin jelas, kita sentiasa dikejutkan dengan beberapa peristiwa di mana orang orang Islam cuba dimurtadkan oleh mereka.

Ikhwanil muslimin
dalam hal ini kita harus bertanya kepada diri kita sendiri bagaimana boleh terjadi seorang Islam yang beriman dan berada di dalam agama Islam yang benar boleh menukar agamanya kepada agama yang lain.  Timbul pada fikiran kita beberapa persoalan antaranya;

  1. Apakah benar mereka yang dikatakan murtad itu telah memeluk Islam dengan yakin, redha dan telah menghayati ajaran Islam 
  2. Apakah mereka telah benar benar mengetahui tentang ajaran Islam atau pun mereka masih jahil dan mentah pengatahuan mereka tentang Islam. 
  3. apakah mereka yang sudah dimasukkan ke dalam agama Kristian itu masuk dengan rela hati tanpa sebarang tekanan atau desakan di dalam hidup. 
Dahulu misineri pendakyah kristian pernah membuat aduan tentang kegagalan mereka memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian. Mereka berkata seorang pun tidak akan menyahut seruan mubaligh mubaligh kecuali salah satu dari dua orang seorang kanak kanak dicolek dari keluarga Islamnya kemudian dididik dengan ajaran agama kristian sedangkan kanak kanak itu sedikitpun tidak mengetahui tentang asas asas agama Islam, atau seseorang lelaki yang sangat miskin yang sangat memerlukan kepada sepotong roti.

Tetapi keadaan sekarang sudah berubah ada juga yang masuk Kristian dari kalangan yang berharta dan berilmu pengatahuan kerana gerakan Kristian telah berjaya menjauhkan orang Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar dan meletakkan mereka di dalam serba kemewahan.

Ikhwanil muslimin
Apapun persoalan yang kita rungkaikan di sini, namun kita tidak dapat lari daripada kenyataan yang telah berlaku. Sebenarnya mereka yang murtad keluar daripada Islam itu selain dari tadak beroleh kejayaan dari Allah adalah di sebabkan banyak faktor di antaranya:

  1. Disebabkan kejahilan mereka tentang agama Islam dan dalam masa yang sama mereka memperolehi banyak maklumat yang tidak benar tentang Islam tanpa ada sebarang keterangan dan pembetulan. 
  2. Pengaruh kebendaan yang melanda kehidupan umat Islam kerana itu masyarakat ingin kepada kebebasan, kemewahan, hiburan dan sebagainya. Akhirnya masuk kedalam jerat dan perangkap Kristian.
  3. Pengaruh alam sekeliling dan rakan rakan sebaya yang suka hidup berpoya poya, bebas, melepak, menganggor dan sebagainya, manakala ibubapa pula tudak dapat mengawalnya.
  4. Kurang didikan agama dan tidak menghayati ajaran Islam dengan sempurna dan tidak bergaul dengan masyarakat Islam di masjid masjid dan majlis majlis ilmu. Ada juga yang masuk Kristian kerana terpedaya dan mahu berkahwin atau bersekedudukan dengan orang yang bukan Islam.
Ikhwanil muslimin
Para ibubapa hendaklah sentiasa peka dan membuat pemantauan terhadap pergerakan anak anak samada yang berada di kampung atau yang sedang belajar di Institud Pengajian Tinggi Awam IPTA atau di Institud Pengajuan Tinggi Swasta IPTS. Anak anak hendaklah dilihat, diperhatikan disikat kelakuan dan aliran pemikiran mereka. Pastikan dengan siapakah mereka bergaul dan bersama, kemanakah mereka keluar dan apakah bahan bahan bacaan dan kegemeran mereka?.

Sekiranya ibubapa mendapati anaknya memiliki cara hidup yang agak mewah hendaklah dipastikan daripada manakah sumber kemewahan itu. Hari ini ibubapa hendaklah sentiasa berwaspada dan menjaga anak anak yang sedang belajar agar tidak terjebak dengan gerakan Kristian dan kumpulan yang merosakkan mereka melalui berbagai program seperti kursus, seminar, bengkel, tayangan  filem, persahabatan, lawatan, bantuan kewangan dan sebagainya.

Bahkan lebih dari itu ada yang terjebak didalam lembah percintaan dengan lelaki dan perempuan yang berpura pura bercinta dan hendak berkahwin dan akhirnya berkahwin atau dibawa lari daripada keluarga. Setelah berkahwin barulah sedar berkemungkinan berada di bawah seorang lelaki yang beragama Kristian atau di bawah seorang lelaki yang memperdagangkan tubuh badan manusia. 

Semuga Allah swt memberi perlindungan kepada kita dan anak anak kita semua. Anak anak hendaklah didedahkan dengan ilmu pengatahuan dan pemikiran yang betul dan sempurna melalui pengajian di sekolah, di masjid, kursus, bengkel dan sebagainya. Pastikan anak anak benar benar dapat menghayati ajaran agama Islam dengan sempurna, tidak tinggal ibadat solat 5 waktu, puasa ramadhan, membaca al Quran dan buku buku pengatahuan agama Islam, berzikir kepada Allah swt dan mengikuti kegiatan kegiatan Islam.

Ibubapa jangan cepat percaya kepada keterangan anak anak yang bermasalah, cukup apa yang berlaku di sekeliling kita menjadi pengajaran. 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud Beberapa fitnah akan berlaku seperti potongan potongan malam yang gelap gelita, di waktu pagi seorang lelaki beriman dan di waktu petang dia menukar agamanya menjadi kafir sebaliknya ada lelaki yang beriman di waktu petang dan menjadi kafir di waktu paginya. Dia menjual agamanya dengan harta benda yang sedikit.

Firman Allah swt yang bermaksud Sesiapa yang mencari agama selain dari agama Islam maka sekali kali tidaklah akan diterima agama itu daripadanya dan dia di akhirat akan masuk ke dalam golongan orang orang yang rugi 

Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week