Harta Dan Faedahnya - sambungan

Mencela, tamak dan qanaah yakni bersyukur dengan apa yang ada 

Orang yang fakir termasuk diri kita haruslah bersifat qanaah dan sentiasa redha dengan pemberian Allah swt 

Jangan bersifat tamak kepada harta benda orang lain atau menginginkan sesuatu yang ada didalam tangan mereka.

Jangan berhati loba untuk mencari harta dengan mencari jalan untuk mendapatkannya tanpa mengira baik buruk cara yang dibuat sehingga terjerumus ke dalam  akhlak dan budi pekerti yang buruk dan seterusnya melakukan kemungkaran yang ditegah oleh agama.

Memang manusia itu sebenarnya dibentuk dengan sifat tamak dan amat kurang sifat qanaahnya.

Sebaik baik manusia adalah orang yang dapat memberi menafaat kepada orang lain

Andai kata anak Adam diberi dengan dua lembah yang dipenuhi emas nescaya dia akan meminta yang ketiga, tidak puas dengan apa yang ada 

Orang yang nak berjaya
1. Cerdik
2. Cikgu kena pandai 
3. Kena rajin dan usaha 
4. Lama masa

Buang tamak haloba dengan 5 cara:

1. Biasakan diri dengan berjimat cermat dalam segala perkara. Sederhana dalam perbelanjaan adalah pokok untuk sifat qanaah.

Orang yang berlebihan dan banyak membazir adalah tidak mampu untuk bersifat qanaah.

Tidak akan melarat bagi orang yang berjimat cermat.

Tiga perkara yang akan menyelamatkan manusia di dunia ini.
1. Takutkan Allah secara rahsia atau terang terangan.
2. Berjimat cermat semasa kaya atau miskin.
3. Berlaku adil dalam masa kita redha ataupun semasa marah.

Pesanan Rasulullah kepada Muaz
1. Bertaqwa kepada Allah swt
2. Bertutur kata yang benar 
3. Menunaikan amanah 
4. Menepati janji
5. Mensedekahkan makanan
6. Merendah diri

Berjimat cermat dengan perjalanan yang baik dan petunjuk yang lurus adalah sebahagian dari 20 sifat kenabian.

2. Yakin dengan sepenuhnya bahawasanya rezeki yang telah ditentukan oleh Allah swt akan tetap diperolehi.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan












Ayat 38,39,40,41

Dan matahari bergerak ditempat peredaran yang tetap seperti yang telah ditetapkan oleh Alllah yang Maha Perkasa dan yang Maha Mengetahui.
- perlu berfikir untuk mengetahui kekuasaan Alllah supaya kita bertambah yakin 
- Allah swt mencipta dan mentadbir alam ini.
- ia adalah ketetapan dengan sifat Allah yang Maha Perkasa

Mengikut tafsir Al Azhar
- 93 juta kilometer jarak bumi dengan matahari 
- berat matahari adalah 100 juta kali ganda berat bumi 

Banyak manafaat yang kita dapat dari matahari yang diciptakan oleh Allah swt.

Allah swt lah yang menjadikan siang hari untuk kehidupan kita mencari rezeki.

Allah jadikan malam hari sebagai penutup untuk kita beristirehat.

Allah swt telah muliakan anak anak Adam kerana semua kejadiaan alam ini adalah untuk menafaatkan anak anak Adam.

Satu ilmu dari ayat ini, matahari bergerak hanya di tempatnya sahaja. Ia hanya berpusing dan tidak beredar.

Dan bulan pula Allah swt tetapkan baginya berputar dan bergerak di atas satu garisan yang telah ditetapkan dan tidak pernah terkeluar dari garisan itu.

Buktinya:
Berlakunya perubahan pada rupabentuk bulan menunjukkan bulan bergerak ikut satu garisan

Perjalanannya akan kembali ke bentuk asal selepas satu bulan

Matahari tidak dapat mengatasi perjalanan bulan dalam tempoh setahun
Perjalanan matahari 365
Perjalanan bulan 355

Malam tidak boleh mendahului siang

Semua peredaran planet planet yang diciptakan adalah mengikut ketetapan Allah swt. Dan semuanya terapung apung di awang awangan 

Ayat 41
Dan tanda bagi mereka, sesungguhnya Allah telah membawa keturunan mereka di dalam kapal yang penuh muatan.
- kapal Nabi Nuh
Manusia 80 orang beserta binatang binatang setiap pasang.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 












Jamuan Makan Di Jabatan Radiologi

Persediaan untuk kenduri kesyukuran di Jabatan Radiologi dibuat dengan kerjasama staf






Harta Dan Faedahnya- sambungan

Faedah akhirat 
1 - belanja untuk hal peribadatan dan menuntut ilmu
2 - belanjakan untuk orang lain seperti sedekah
- memberi hadiah kepada seseorang atau masyarakat 
- mengupah kerana perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang.
3 - belanjakan harta untuk kemudahan orang ramai seperti membina masjid, buat jambatan, buat rumah tumpangan, sekolah, hospital dan sebagainya. 
- Ianya dikira sebagai harta wakaf dan dikira sebagai amal kebajikan yang kekal di mana faedahnya berjalan terus hingga selepas kita mati. 
- Ia akan menimbulkan keberkatan dan pahala yang besar.

Bencana Harta kekayaan
1. Berhubung dengan urusan agama
- menarik pemiliknya ke arah kemaksiatan
- menarik untuk mengikut hawa nafsu hingga berlebih lebihan tanpa dapat dikawal lagi hingga suka bercakap bohong dan seterusnya melanggar batas susila dan kesopanan
- oleh kerana harta terlalu banyak hingga melalaikan dirinya daripada mengingati Allah swt. Keadaan ini adalah amat merugikan 

2. Berhubung dengan urusan dunia
- takut akan habis hartanya 
- rasa sedih bila hartanya tidak bertambah
- susah nak bayar hutang
- bekerja bertungkus lumus untuk menambah harta
- berdengki dengan rakan kongsi / rakan sekerja.
- dan lain lain lagi

Keindahan harta kekayaan itu ialah dengan mengumpulkan dari sumber yang halal dan membelanjakan ke arah kebajikan dengan mengikut lunas lunas syarak.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 











Israq Mikraj

Penceramah: 
Tn Haji Abdul Kadir
Pengerusi Halakah Negeri Kelantan 



Mahasuci Allah yang memperjalankan hambanya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa untuk memperlihatkan kekuasaan Allah swt.

Hendaklah kita bersyukur dengan nikmat  agama Islam yang dikurniakan Allah kepada kita.

Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada Rasulullah seperti mana dia kasih 
kepada dirinya dan keluarganya.

Orang yang mengimarahkan masjid itu adalah tanda mereka beriman dengan Allah swt.

Perjalanan ini berlaku tidak mengikut adat.
Jarak perjalanan adalah sejauh 1200 kilometer.

Tiga matlamat utama
1 - uji keimanan orang islam ketika itu
2 - amanah solat
3 - memperlihatkan gambaran yang akan berlaku kepada umat Nabi saw

Wallahhualan 










Harta Dan Faedahnya

Harta sesudah mati akan dibahagikan kepada waris waris, namun ia tetap disoal kepada si mati akan dimana ianya diperolehi dan kemana ianya dibelanjakan.

Faedah harta kekayaan
A. dunia seperti mana yang telah kita ketahui.
B. akhirat ada tiga perkara
   1 - belanjakan harta dalam perkara beribadat kepada Allah swt seperti menunaikan haji dan umrah, menuntut ilmu pengetahuan, memperkuatkan tenaga untuk memudahkan beribadat.

   2 - membelanjakan kepada orang lain iaitu: 
 - sedekah (seperti mana yang telah kita ketahui)
 - menjaga nama dan kedudukan (dilakukan denganmembelanjakan harta kepada orang yang berpangkat dan terhormat dalam masyarakat seperti menjemput untuk kenduri, memberi hadiah dan bantuan dengan niat kerana Allah. Perbuatan ini akan menyebabkan ramai sahabat dengan menyambung hubungan silaturrahim dan ianya akan digolongkan dikalangan orang yang murah hati)
 - melindungi kehormatan diri dari bencana. (Memberi wang kepada penyair, memberi wang kepada orang yang kurang akal, memberi upah kepada seseorang untuk menghindar diri dari dikianati oleh orang lain)
 - membayar khidmat kepada orang lain.
(Membayar khidmat khadam)

Bersambung
   3 - 







Needles Pricks

Ceramah langkah langkah penjagaan semasa berlaku "needle pricked" oleh wakil UKJEH Sn Noriah 





Penerangan terperinci tentang langkah berjaga jaga untuk mengelakkan kemalangan tercucuk jarum semasa bertugas.


Maksiat batin

1. Suka kepada makanan.
2. banyak bercakap perkara yang tidak berfaedah dan sia sia.
3. Banyak sifat marah mengikut nafsu syaitan.
4. Suka berdengki akan kejayaan orang lain.
5. Kedekut dan amat sayangkan harta
6. Kasihkan kemegahan dan pangkat, hingga sanggup menipu dan tidak berani untuk menegakkan kebenaran
7. Kasihkan dunia hingga melupakan akhirat.
8. Suka Membesar diri dengan sifat takarbur. Sifat takarbur ini hanya sifat Allah swt.
9. Sifat ujud yakni kagum dengan diri sendiri.
10. Riak 

Ceramah Israq Mikraj


Ceramah Israq Mikraj oleh Ustaz Adli di Jabatan Radiologi Hospital HUSM




Malam 27 Rejab pada tahun yang dinamakan tahun dukacita kerana kematian isterinya Siti Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib dan juga penentangan masyarakat Taif terhadap dakwah Rasulullah.

Israq bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam satu malam sahaja. Sedangkan jarak perjalanan adalah sebulan pergi dan sebulan balik.

Perjalanan Nabi adalah dengan perantaraan Buraq 

Perjalanan Mikraj adalah dari Masjidil Aqsa ke sidratul muntaha

Wallahualam 







Juru X Ray Baru Di Jabatan Radiologi

Alhamdulillah, 3 orang Juru x Ray telah pun mula bertugas di Jabatan Radiologi HUSM.



Selamat bertugas

Peperiksaan MMED Radiologi Mei 2015


Kepada semua Mmed Radiologi yang sedang dan akan mengambil Peperiksaan pada bulan ini diucapkan selamat berjaya. Segala doa, usaha dan penat lelah anda, InsyaAllah akan dimakbulkan.


Selamat berjaya 

Sambungan Harta yang Terpuji Dan yang Tercela

Yang kita makan akan hilang menjadi najis.
Yang kita pakai akan menjadi buruk dan lusuh.
Yang kita bersedekah akan terus kekal berterusan.

Satu musibah yang belum pernah didengar oleh orang orang yang terdahulu dan kini adalah mengenai soal jawab harta apabila kita sudah mati.

Semua harta kekayaan kita akan dipindah milik dan menjadi hak orang lain sedangkan dia akan tetap ditanya mengenai harta kekayaan itu semasa di dalam kubur.

Harta kekayaan hendaklah baik dan halal 

Orang yang fakir, miskin dan zuhud akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari orang orang yang kaya dan berharta.

Setiap pemberian dan ciptaan Allah swt mempunyai hikmat yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh makhluknya. 

Sebaik baik harta yang baik itu dan dikurniakan kepada orang yang baik baik adalah satu kurnian yang amat berkat.

Jangan kita hukumkan harta itu tercela atau terpuji, melainkan kita tahu dengan sebenar benarnya hakikat harta kekayaan itu samada ia baik dari satu segi dan buruk dari satu segi yang lain.

Jika harta yang diperolehi dari sumber yang buruk, maka tergulunglah dia dalam perkara yang tercela dan dimurkai oleh Allah swt.

Harta boleh jadi baik dan buruk maka kita hendaklah menjauhi dari sumber sumber harta yang haram dan hendaklah mencari harta hanya dari sumber sumber yang halal.

Belanja harta untuk perkara perkara  peribadatan kepada Allah seperti pergi haji atau menuntut ilmu pengetahuan yang berguna dan lain lain.


 Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan








Adab ke masjid

1. Sunat ambik wudhuk di rumah 
2. Solat sunat wudhuk di rumah dahulu

Kemudian baru lah ke masjid 
3. Niat beriktikah di dalam masjid
4. Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk di dalam masjid
5. Selepas azan, solat sunat
6.  Solat berjemaah di masjid

Solat berjemaah itu lebih baik dari solat seorang diri sebanyak 27 kali.

Sesiapa yang solat fardhu 40 hari bersama imam, Allah akan selamatkannya dari sifat munafik dan juga selamat dari api neraka.

Sesiapa yang solat isyak berjemaah seumpama beribadat sepanjang malam, solat subuh berjemaah seumpama beribadat semalaman.

Jangan sesekali tinggal solat berjemaah.
Hendaklah sentiasa bersungguh sungguh 

Bila hendak ke masjid hendaklah berjalan dalam keadaan tenang dan jangan tergesa gesa

Hendaklah berniat sebelum menuruni tangga dengan niat untuk ke masjid dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah swt.

Banyakkan berdoa semasa di dalam solat.

Bila nak memasuki masjid dahulukan langkah kaki kanan. Berselawat dan kemudian berdoa.

Dilarang berjual beli di dalam masjid

Jangan mengangkat suara di dalam masjid

Allah akan mengampun dosa dosa yang terdahulu bagi mereka yang beriktikah di dalam masjid dengan penuh keyakinan



Bila nak memasuki rumah hendaklah baca qulhuallah 3 x dan berdoa untuk keselamatan rumah dan ahli keluarga kita.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan



Ayat 31,32, 33,34,35

Tidakkah mereka menyaksikan berapa ramai telah kami musnahkan selama berkurun kurun kerana telah mendustakan rasul rasul terdahulu 
Khas dirujukan kepada kaum quraish.
Adakah Mereka melihat dwngan ilmu, yang umat tersahulu dibinasakan oleh Allah swt.
Dalam dua  musim orang quraish melakukan perjalanan dalam keadaan gembira tanpa rasa rungsing untuk berniaga keluar negara  kerana bangsa quraish dihormati oleh orang orang luar walaupun oleh perompak perompak dijalanan. Perjalanan mereka adalah selamat. 

Mereka telah melalui dan melihat perkampungan atau negeri yang telah dihancurkan oleh Allah swt seperti kaum Aad dan samud juga firaun di negeri mesir. 

Dan mereka semuanya pasti alan dihimpunkan disisi Allah swt dan tanda bagi mereka supaya kita berfikir dan insaf serta beriman dan teguh akidah.

Tanda tanda kekuasaan Allah adalah ada bumi  yang telah mati tetapi kemudiannya hidup kembali seperti tumbuh tumbuhan setelah datangnya hujan. Keran Allah berkuasa mengeluarkan biji benih dan daripadanya mereka makan.

Dijadikan padanya itu dijadikan taman taman dengan buah buah seperti kurma dan anggur serta banyaknya mata air. yang digunakan untuk mengairi tanam tanaman.
Ini lah kurnian Allah  untuk dijadikan mekanan dan minuman yang mana ianya tidak pernah difikirkan oleh manusia












Mencela pemikiran Dan harta kekayaan

Dunia ini bukan sekadar harta semata mata.
Pada harta terdapat berbagai bencana dan hiburan

Orang yang tiada harta adalah disifatkan sebagai orang fakir.
- Sifat mencukupi dengan rezeki yang Allah kurniakan adalah sifat yang terpuji.
- sifat yang sentiasa tidak mencukupi dengan pemberian Allah swt adalah sifat yang tercela dan dimurkai Allah swt.

Orang yang memiliki harta kekayaan disifatkan sebagai orang kaya 

Orang yang miskin dan kaya ini akan diuji oleh Allah swt.

Orang yang tamak dan haloba adalah dikatakan sifat yang tercela dan dimurkai Allah swt


Sifat sifat bagi orang yang berharta 
1. bakhil dan menggenggam hartanya 
- sikap yang tercela

2 - membelanjakan hartanya kepada perkara kebajikan
- sikap yang terpuji 

3. Membelanjakan harta secara membazir
- sifat tercela kerana boros 
- dikatakan sebagai saudara syaitan

4. Membelanjakan harta secara bersederhana dan berhemah 
-sifat yang terpuji.

Wahai orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaan mu dan anak anak dari mengingati Allah swt.
Barang sesiapa yang melakukan demikian maka mereka tergolong di kalangan orang yang rugi. 

Sesungguhnya harta kekayaan dan anak anak kamu adalah fitnah ( cubaan ) dan disisi Allah terdapat pahala yang besar dan janganlah kita tertipu dan lalai dengan nikmat kedua duanya.

Manusia suka bertindak melampaui batas dan tidak pernah cukup dengan apa yang telah diperolehi adalah sifat sifat yang dimurkai oleh Allah swt.

Bagi orang yang memperhambakan dirinya kepada harta adalah seumpama dia telah syirik kepada Allah swt kerana telah putus sifat perhambaannya kepada Allah swt.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 








Bahana Harta Dunia

Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan untuk perbanyakkan harta sehingga akan nikmat pemberian Allah swt

Telah celaka bagi hamba dinar dan dirham, mereka tidak akan bahagia, bila terlampau banyak hingga tak terkira menyebabkan kesukaran dan kedegilan untuk mengeluarkan zakat. 

Orang yang sangat mencintai wang ringgit samalah seperti mereka menyembahnya atau menjadi hamba kepadanya, sekiranya dia memutuskan kehambaan kepada Allah swt dengan tidak menunaikan kewajipannya. 

Syirik yang tersembunyi yakni tidak ketara dan juga syirik yang nyata.

Berkata anak Adam "hartaku hartaku hartaku". Tiadalah itu hartamu selain dari yang dimakan lalu dihabiskan, atau apa yang dipakai hingga lusuh, atau harta yang sebenarnya adalah dengan bersedekah secara berterusan adalah harta kamu yang kekal hingga ke akhirat kelak. 

Seorang sahabat Nabi yang tidak takut lapar, sakit dan mati. Ini adalah kerana bila lapar dia ingat kepada orang miskin, bila sakit ia adalah ujian dari Allah swt dan bila mati maka dia boleh berjumpa Allah swt.

Telah rosak binasalah orang yang mengumpul harta kekayaan kecuali orang yang membelanjakannya kepada hamba hamba Allah yang berhajat kepadanya.

Amat sedikit orang yang berharta tapi berterima kasih dan bersyukur kepada Allah swt.

Harta itu laksana kala jengking, kiranya kita tidak pandai menjaganya maka janganlah disimpannya. 
Cara menjaganya adalah ambil dari tempat yang halal dan membelanjakannya ke tempat hak dan benar.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 











Ayat 28 Dan 29

Dan tidaklah kami akan menurunkan ke atas  kaum yang telah membunuh salah seorang dari penduduk kampung Attakhiyyah yang telah beriman dengan 3 orang utusan  nabi Isa. Dia telah cuba membawa penduduk kampung tersebut kepada ajaran Allah, namun orang itu telah dibunuh. 
Allah tak perlu menghantar bala tentera dari langit, untuk mengazabkan kaum itu adalah amat mudah bagi Allah swt memandailah dengan satu pekikan yang amat dahsyat.
Pekikan ini bukanlah dari malaikat, tetapi adalah gempa bumi dan di ikuti dengan letusan gunung berapi yang seterusnya akan menyebabkan mereka tidak dapat bernafas.

Allah maha berkuasa atas segala galanya untuk mendatangkan bala dan ujian terhadap makhluk ciptaannya.
Pahala sabar adalah paling tinggi sekali dari pemberian Allah swt yang tidak terhitung banyaknya.

Allah tidak akan mengazabkan sesuatu kaum itu sehinggalah Allah swt mendatangkan utusan kepada kaum tersebut.


Tentera Abrahah telah dihancurkan dengan kalangan burung yang dihantar oleh Allah swt. Apabila melihat kehancuran tenteranya, Abrahah telah sempat lari balik ke Yaman dan mati di negaranya sendiri. Kematiannya di negaranya sendiri adalah untuk dijadikan peringatan kepada sekelian rakyatnya.

Sentiasa lah kita berdoa kepada Allah swt untuk dijauhkan dari segala bala bencana.

Sedar dan insaflah akan kelemahan dan kekurangan diri kita.

Besarlah penyesalan yang telah dirasai oleh hamba hambanya kerana telah memperolok olokkan Rasul yang telah dihantar kepada mereka. Oleh itu segala bala yang menimpa tadi tidak dapat dilawan  dan apabila mereka mati mereka akan menyesalinya. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.










Dunia Yang Tercela

Dunia dan akhirat adalah dua perkara yang mengikut gerak geri hati.
- yang dekat dan berlaku sekarang ini adalah dunia yakni sebelum kita mati adalah sesuatu yang sedang kita cekapi, jangkamasa umur adalah 60 - 70 tahun. 
- segala sesuatu yang akan dirasakan sesudah mati adalah Akhirat. 

Tidak semua yang kita rasai dan nikmati di dunia adalah tercela



1.  Hak milik yang kita miliki akan terus dibawa ke akhirat. Faedah nya akan ikut bersama sesudah mati iaitu Ilmu pengetahuan yang bermunafaat, sedekah jariah dan amalan amalan yang soleh.

2. Milik yang tidak boleh dibawa ke akhirat. Seperti bersenang senang, mudah melakukan sesuatu ke arah maksiat, berlebih lebihan pada perkara yang harus seperti terlalu mengejar kesenangan dunia, membazir. Urusan dunia yang dilakukan ini adalah urusan dunia yang tercela.

3. Milik yang terletak pertengahan antara kedua tadi. Seperti makan untuk hidup bagi memenuhi keperluan dunia bagi memudahkannya untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. 
Pemilikan ini adalah dengan tujuan untuk merealisasikan hak milik yang pertama tadi. Ia bukanlah bertujuan untuk menuju ke arah dunia yang tercela.

Jika untuk memenuhi keinginan hawa nafsu sahaja maka ianya dikira untuk dunia semata mata

Kehidupan dunia ini adalah permainan, senda gurauan, perhiasan, bermegah megah dan mengumpul kekayaan.

Dihiasi bagi manusia itu dengan 7 keinginan iaitu: pangkat, cinta wanita, cinta anak pinak, kekayaan yang melimpah ruah, kenderaan yang tangkas, binatang ternakan yang banyak dan sawah ladang yang luas.

Jika tujuan bukan kerana Allah itulah hanya di dunia, jika dimaksudkan kerana untuk mendapat keredhaan Allah maka ianya akan mendapat ganjaran di akhirat nanti.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.



Kecelaan Dunia

Kecelaan dunia dan banyak akibat tentang kecelakaannya banyak diceritakan di dalam Al quran.

Menggalakkan kepentingan akhirat  melebihi kepentingan dunia kerana telah diketahui yang dunia ini adalah sementara dan Akhirat sahaja lah yang kekal abadi.

Perutusan semua Nabi daripada Adam hingga ke Muhammad saw adalah untuk memberitahu manusia untuk memperbanyakkan ibadat untuk akhirat.

Mencintai dunia itu adalah pokok segala kesalahan kerana ia akan menyebabkan kita takut akan kematian.

Sesungguhnya dunia itu indah dan menawan hati, manusia adalah penghuninya, dan Allah swt sentiasa memerhati tingkah laku makhluk ciptaannya. Hendaklah kita sentiasa patuh dan taat kepada perintahNya.


Dunia dinikmati sebelum mati manakala akhirat yang kekal abadi akan dikecapi selepas mati berdasarkan amalan yang telah dilakukan di dunia. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 







Penawar bagi hasad dengki: sambungan

1. Ilmu pengetahuan 
- merbahaya 
- menentang qadak qadar Allah swt
- musnahkan amalan kebajikan kita hingga menjadi seorang yang muflis. Segala amalan kebajikan kita diserahkan kepadanya dan segala dosa nya akan ditanggung oleh kita.
Kita menjadi musuh kepada diri kita sendiri dan musuh kita di dunia akan menjadi amat beruntung di akhirat kelak.
Kita akan menjadi amat tercela disisi Allah swt dan juga makhluk lain. Juga akan menjadi celaka di dunia dan juga di akhirat. Padahal nikmat yang kita dengki itu tetap berkekalan pada orang tersebut. 

Apabila kita berfikir dengan waras dengan hati yang bersih tentu lah akan terpandang akan api kemusnahan pada sifat hasad dengki ini.

2. Cara memyembuhkan sifat hasad dengki ini adalah dengan melakukan amalan makruf yang berlawanan dengan kemahuan nafsu hasad dengki ini.
- bersifat tawadduk dan merendah diri terhadap orang yang kita dengki itu.
- mungucapkan kepujian dan kesyukuran  ke atas nikmat yang diperolehinya.
- menampakkan kesenangan, keilhlasan dan kegembiraan atas nikmat yang diperolehinya.

Dengan perbuatan sedemikian hati yang dengki dan sakit itu akan pulih semula dan timbul pula rasa persefahaman dan kasih sayang yang kukuh.

Walaupun ianya berat untuk dilakukan pada kali pertama namun hasilnya adalah  menggembirakan bagi kedua dua belah pihak. 


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.










Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week