Musim Kenduri Kahwin Datang Lagi

Sepanjang 2 minggu di musim cuti sekolah ini, banyak jemputan kenduri kahwin diterima. Di Jabatan Radiologi sahaja sebanyak 7 jemputan diterima melibatkan staf dan anak staf yang akan melangsungkan perkahwinan.

Jemputan dari jiran jiran juga diterima antaranya jiran di depan rumah.

Untuk tiga hari ini kereta aku terpaksa diletakkan di luar rumah kerana 3 buah khemah telah didirikan di depan rumah.

Tahniah kepada mereka semua, semoga dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan tersebut.

Wassalam


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week