Kuliah Maghrib 14 Mei 2012

Hak persaudaraan dan persahabatan
Dari segi harta ada 3 tahap persahabatan seperti yang telah dibincangkan diminggu dahulu. Dimana tahap yang paling tinggi adalah dengan mendahulukan sahabat kita dahulu dari kepentingan kita sendiri.

Puncak dari tingkatan ini yang paling tinggi ialah dengan melebihkan hak orang lain dahulu dari hak kita sendiri.

Sekiranya tiada ketiga tiga tahap ini dalam diri kita maka ikatan persaudaraan ini belum lagi ada antara kedua dua belah pihak.

Pergaulan itu hanyalah perhubungan yang resmi sahaja dengan tiada kesan pun yang melekat di dalam diri kedua duanya.

Maimun bin muhammad berkata barang siapa yg suka berkawan dan tidak suka melebihkan kawannya dari dirinya sendiri maka lebih baik dia berkawan dengan ahli kubur sahaja.

Ahli agama berkata apabila seseorang tidak dapat menerima atau mencapai salah satu dari 3 tingkatan tadi maka dia tidak akan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Wassalam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan


0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week