Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 11-5-2012: Menutup Pintu Maksiat


Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dikasihi lagi dihormati sekelian
Bersempena dengan perhimpunan kita untuk menunaikan fardhu Jumaat pada hari ini, marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt  dengan bersungguh sungguh melaksanakan perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, mudah mudahan kehidupan kita beroleh kebahagian di dunia dan kesejahteraan di akhirat yang kekal abadi. Insyaallah.

Saudara kaum muslimin
Dalam kekececohan kita mendengar berita anak anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang maka penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam penzinaan adalah disebabkan kegagalan benteng dirinya untuk mengawal nafsu seks yang memuncak.

Budaya penzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes kes pelacuran, kegiatan GRO, rumah urut, kelab kelab malam, video lucah, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan . Walaupun budaya ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya agama Islam  sahaja yang mengenakan hukum yang paling berat kepada penzina iaitu dikenakan hudud. Dengan hukuman rejam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum lagi berkahwin.

Hukuman keras yang dikenakan oleh Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.

Saudara kaum muslimin
Pada hari Jumaat yang mulia ini, khutbah mengingatkan  bahawa pergaulan bebas adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seseorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya dia telah mendekati pintu penzinaan. Seseorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti dia telah mendekati penzinaan.

Begitu pula dengan mereka yang senang melayani gambar gambar porno di internet, menonton video lucah atau filem yang menghairahkan, hiburan yang melampau adalah mendorong kepada penzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan mahram, berdua duaan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan kepada dirinya.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang amat keji dan satu jalan yang jahat.

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka jahannam.

Saudara kaum muslimin.
Ketahuilah, kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas mukabumi ini. Dalam beberapa hadis disebut di akhirat kelak, Allah swt tidak menegur atau memandang ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu pintu menuju penzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menimpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu pintu menuju penzinaan  maka sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah swt kepada kita.

Saudara kaum muslimin,
Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, walaupun ia tidak terkena kepada diri kita, tetapi akan menimpa kepada anak cucu kita misalnya.

Saudara kaum muslimin
Nafsu seks adalah anugerah Allah swt kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimanapun hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah.

Hadis dari Muslim meriwayatkan bahawa Abu Dzar Al Ghafari pernah berkata Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang maaruf itu adalah sedekah dan menghalang yang mungkar juga adalah sedekah, melakukan hubungan kelamin antara suami dan isteri juga sedekah. Lalu lami bertanya kepada Rasulullah saw. Adakah apabila kami mendatangi isteri isteri kami juga mendapat pahala? Rasulullah saw bersabda Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwah kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila belakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala. 

Saudara kaum muslimin
Para sahabat ra apabila mendengar sabda Rasulullah saw agak terkejut kerana mereka tidak berfikir sebelum ini dan agak pelik juga, lantas mereka segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah saw dengan kehairanan.

Melakukan hubungan kelamin di antara suami isteri pun diberi pahala? Rasulullah saw menjelaskan dengan mudah Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan diri dari melakukan zina. Jika orang yang berzina ini menerima padah masuk neraka maka logiknya orang yang mengelakkan diri dari persetubuhan haram itu diberi pahala dan seterusnya dimasukkan ke syurga Allah.

Saudara kaum muslimin
Selari dengan mengawal pintu nafsu maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetaphan oleh Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjurus ke lembah maksiat. Berdasarkan kepada pandangan ahli ahli feqah dan hadis Rasulullah saw bahawa mereka yang berkemampuan dari segi lahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan dari ibadat yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku kepada dirinya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Wahai golongan pemuda, sesiapa yang berkemampuan untuk arbaah, maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih meredupkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu dapat menghalang dirinya dari melakukan maksiat. Riwayat Al Bhuqari dan Muslim.

Saudara kaum muslimin
Merurut pandangan Imam Nawawi golongan pemuda yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah merela yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan pada usia ini kerana ianya berada pada peringkat segala segalanya memuncak kecuali kematian. Kebiasaan pada peringkat umur ini nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan. Hasrat ingin mencuba timbul dalam berbagai perkara. Namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka ini singkat belaka.

Saudara kaum muslimin
Justeru berdasarkan kepada kehidupan ini, khutbah menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak anak di usia sebegini, memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum  perkahwinan yang ditetapkan oleh Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan Sirah Rasulullah saw bahawa sekurang kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin adalah menyembelih seekor kambing. Mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana ianya akan membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran. Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Khutbah ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekelian, apabila seseorang itu kerkemampuan membina rumah tangga, maka hendaklah ia bersegera bernikah. Perkataan an-nikah itu sendiri sebenarnya  bermaksud mengharuskan bersuka suka antara pasangan suami dan isteri dalam bentuk yang diizinkan oleh syarak.

Justeru tekanan perasaan dan keinginan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredhai oleh Allah swt.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud Apabila seseorang kamu terpaut atau berasa kagum kepada seseorang perempuan dan memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu dapat menghilangkan apa yang ada dalam diri. Riwayat Muslim

Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah swt dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata dan seterusnya dapat mengawal pintu nafsu.

Mengakhiri khutbah pada kali ini, saya menyeru kepada seluruh umat Islam sekelian termasuk diri saya sendiri terutama kepada ibu bapa, marilah kita sama sama mendidik anak anak kita dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan menutup aurat, menutup segala pintu maksiat dan kemungkaran. Sentiasa memerhati segala gerak geri anak anak samada dari segi tingkah lakunya, pergaulannya  hariannya, dengan diapa mereka berkawan? ke mana mereka pergi?  dan sebagainya.

Jadilah hidup satu keluarga sebagai satu ibadat yang sentiasa yang dirahmati oleh Allah swt. Ingatlah bahawa Islam mengharamkan penzinaan tetapi mengizinkan perkahwinan secara yang sah.

Marilah kita sama merenung firman Allah swt yang bermaksud Dan di antara tanda tanda kekuasaannya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu isteri isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dengannya dan jadikan antara kamu perasaan kasih sayang, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan dan ikutan bagi orang yang berfikir.


Wassalam



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Loading...

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week