Piala FA 2012: Ulasan Selepas Perlawanan Akhir

Kelantan telah memenangi piala FA buat pertama kali dalam sejarah. Komitmen pemain yang tinggi di samping pengurusan pasukan yang cekap dan sokongan padu dari peminat adalah antara beberapa faktor yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Walaupun piala FA telah berjaya dibawa pulang ke negeri Che Siti Wan Kembang namun cakap cakap kedai kopi telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan perlawanan malam tadi. Permainan yang lembab dan terlalu berhati hati telah ditunjukkan oleh kedua dua pasukan.

Tidak ada percubaan percubaan yang menarik yang ditonjolkan oleh kedua dua pasukan dan permainan banyak berlegar legar di tengah padang.

Seperti pada kebanyakan perlawanan akhir bola sepak, persembahan kedua dua pasukan adalah tidak seperti yang diharapkan oleh peminat peminat.

Pada pandangan saya permainan akan lebih menarik sekiranya pasukan Sime Darby dapat menjaringkan gol terlebih dahulu kerana pasukan Kelantan akan sentiasa bangkit dari ketinggalan dengan asakan asakan yang teratur, kemas dan berbisa ke pintu gol lawan.

Ramai yang mempertikaikan penalti yang diberikan pengadil sehingga ada yang mengatakan pengadil telah dirasuah. Namun pada pandangan saya walaupun insiden yang telah memberikan penalti itu agak boleh dipertikaikan tetapi kesalahan yang dilakukan oleh pertahanan pasukan Sime Darby dengan menolak penyerang Kelantan adalah jelas pada pandangan pengadil perlawanan.

Kalau insiden menolak itu dipertikaikan, insiden bola terkena tangan pemain Sime Darby juga boleh diberikan penalti oleh pengadil.

Tahniah kepada The Red Warrior. TIga lagi piala iaitu Liga Super, Piala Malaysia serta Piala AFC akan diburu oleh Pasukan Kelantan pada musim ini. Insyaallah ianya akan dapat direalisasikan.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week