Kursus Motivasi: Kejayaan Di Hari Akhirat



Bayangkan apabila Allah mengatakan satu hari di akhirat itu seumpamanya seribu tahun di dunia. Ahli metametik mengira bahawasanya kehidupan itu tidak lebih kalau kita hidup di dunia ini adalah 1 jam 30 minit sahaja. Bayangkan dari usia yang kita hidup dengan umur yang di berikan itu, kita merasakan umur dah begitu panjang dari bayi kepada dewasa dan seterusnya tua, tetapi seandainya kita hidup selama 70 tahun adalah bersamaan kehidupan di akhirat selama  1 jam 30 minit.

Apa yang dapat kita siapkan dalam masa 1 jam 30 minit? Tanya dalam diri kita secara jujur. Sedangkan untuk kita membina harta untuk kita belajar dan lulus di dalam peperiksaan, kita mencari harta dan mencari kehidupan memakan masa berbulan bulan dan bertahun tahun . Tetapi untuk satu perjalanan yang abadi yang tidak adalagi kesudahan kerana di Akhirat itu tidak ada malam siang, tiada matahari, tiada bulan, kerana matahari dan bulan itu adalah alam yang diciptakan di dunia untuk proses peredaran masa.

Dalam teori di Akhirat kelak tidak ada lagi masa , kita akan berumur 33 tahun dan tidak ada lagi padi yang masak kecuali semua apa yang kita kehendaki tidak lagi melalui proses perubahan masa. Apakah yang kita hendak siapkan alam masa 1 jam? Kalau kita berumur 70 tahun, Dalam umur 70 tahun, sembahyang, kalau 15 minit yang kita ambil apabila dikira ia tidak lebih dari 5 tahun. Bayangkan solat yang kita dirikan dari ketika di lahirkan namun hanya 5 tahun. Bayangkan betapa murkanya Allah pada mereka yang mempersiakan usia sebab itulah soalan yang pertama yang akan di tanya oleh Allah yang bermaksud Tidak bergerak kaki seorang itu di depan Allah sehingga Allah melepasinya dengan 4 persoalan:

  • Daripada umurnya apakah ia telah  habiskan'
  • Daripada hartanya dari mana dia dapat dan kemana dia belanjakan
  • Dari kesihatannya apakan yang dia menafaatkan
  • Daripada mudanya kemanakah dia habiskan



Manusia itu kata Allah ada 3 golongan:
  1. Golongan pertama, manusia ingin menjadi malaikat, lalu ia meninggalkan kehidupan di dunia. Apabila Rasulullah saw menceritakan betapa dahsyatnya hari kiamat kepada 3 orang lelaki , maka mereka tidak ingin berkahwin, satu orang tidak mahu tidur, satu orang tidak mahu makan. Lantas Rasulullah saw memanggil ke tiga tiga mereka itu " Betulkah telah sampai kepadaku berita perihal kamu" maka mereka berkata "Ya Rasulullah" Maka rasulullah berkata " Aku adalah orang bertaqwa di kalangan kamu tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku tidur dan aku bertahajjud, dan aku berkahwin. Maka kehidupan orang yang mencari kehidupan akhirat, lalu ia meninggalkan kehidupan di dunia, maku dia menyerupai cara hidup malaikat dan ia adalah bukan manusia yang terbaik.
  2. Golongan yang ke 2 adalah mereka yang laksana seperti binatang ternakan. Mereka hanya hidup untuk nafsu dan mereka abaikan akhirat. Mereka bekerja sampai lupa sembahyang, mereka bekerja sampai mentakhirkan sembahyang, mereka memakan rasuah, mengambil harta harta yang subahat. mereka mencari kehidupan sampai bekerja siang dan malam hingga tiada masa untuk ke masjid atau pun mempuanyai masa untuk belajar mendekatkan diri kepada Allah atau pun mengenal Allah , kerana ia merasakan umur itu di dalam genggamannya. Ia telah terpedaya dengan kehidupannya. Makan minumya serta urusan kerjanya mempunyai jadual yang teratur tetapi sembahyangnya tidak teratur. Orang yang mengumpulkan kekayaan mencari kesenanyan dan melupakan akhirat Allah mengatakah ianya tak ubah seperti lembu dan juga unta. 
  3. Golongan yang ke 3 adalah mereka yang hidup di dalam dunia ini dan membangunkan dunianya dan ia hidup untuk akhiratnya. Tujuan dia bekerja di dunia kerana ia mendapatkan suatu keyakinan bahawasanya dia akan hidup suatu hari nanti dan tidak akan mati lagi. Kerana selepas kematian itu adalah suatu perpindahan yang sebenarnya suatu kehidupan. Mati itu bukan mati tetapi mati itu sebenarnya ialah perpindahan dari suatu alam kepada suatu alam yang di namakan akhirat. Maka itulah suatu alam yang tidak ada lagi mati iaitu alam yang dihidupkan oleh Allah iaitu tuhan yang Maha Hidup. Maka ia bekerja untuk makan di akhirat, ia bekerja untuk menerima upah di akhirat, tentunya berbeza jauh dengan orang yang tidak menyakini tentang hidup untuk Maha Yang Hidup iaitulah Allah Al Haiyun Qayyun.  Marilah kita menyusun semula persepsi ini, kehidupan kita supaya memahami, supaya kita sentiasa diperingatkan dari landasan kita menuju kehidupan yang namanya ialah Akhirat. 
Menanglah, successlah, beruntunglah
orang orang yang sucikan dirinya dengan zikir dan solat
kecuali orang orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia
lalu ia lalai dari zikir kepadanya
subhanallah 
orang orang yang beriman hidupnya tidak untuk hidup
hidupnya untuk Maha Hidup
hidupnya bukan untuk mati 
tetapi mati itu jesteru untuk hidup
hidupnya untuk Maha Hidup

Ia tidak takut mati
Ia tidak cari mati
dan ia tidak melupakan mati
tetapi jesteru ia bukan mati
mengapa? kerna mati bukanlah akhir bagi kehidupan 
tetapi awal bagi kehidupan sebenarnya
Kerana mati satu satunya pintu untuk berjumpa dengannya
Kebahgian bagi kekasih
saat sat atau detik berjumpa dengannya
saat berjumpa itulah kebahagian
bagi orang orang yang mencintai Allah

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah orang mukmin yang paling baik, maka Rasulullah berkata ia adalah orang yang Haibah saksiah keperibadian akhlaknya. Lelaki itu tidak puas hati kepada Rasulullah lalu bertanya Siapakah orang yang paling intelect?, Apakah intelect itu ia mempunyai sijil yang atau ijazah, master atau PHD yang telah menulis ratusan buku. Tidak, Rasulullah berkata orang yang cerdik/intelect  itu adalah orang yang paling banyak mengingati mati. dan orang yang paling banyak bersiap siaga untuk menghadapi mati.

Maka orang orang di kalangan kita semua adalah orang orang yang sangat cerdik kerana diberikan ilmu dan kepandaian oleh Allah maka tahap ke-intelectual kita adalah berbeza beza dengan yang lain. Tetapi sebahagian besar daripata kita terpedaya dengan kehidupan yang memewahkan kita. sehingga kita selalu melambat dan selalu bertangguh di dalam perkara persiapan mati.



Ustaz Mohd Azhar Abdullah: Transformasi Peribadi Cemerlang, Kerja Berdaya Saing & Kreativiti

 Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week