Wayang Kulit



Pengenalan 
Jenis wayang kulit ini dahulunya  dikenali sebagai Wayang Kulit Siam  kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isi Cerita 
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.

Patung-Patung

Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain.

Alat Muzik
Alat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji  mong dan canang.

Bahasa
Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan pengaruh Patani.


PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT 
Dalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung wayang kulit yang ingin dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai kreativiti dan kepintaran dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiap watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin dipersembahkan. Antara proses untuk membuat patung wayang kulit ialah :

1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan.
Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga bersih.


2)   Kulit ditebuk dengan menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang yang ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang dihasilkan mempunyai identiti estatika yang tersendiri.


3) Buluh, tali dan pewarna
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan pada patung
tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat air. Kerja-kerja
mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan kesabaran yang jitu.

Watak watak utama Wayang Kulit Kelantan adalah:

  • Pak Dogol, Wak Long, Wak Yoh, Said dan Samad adalah sebagai pengasuh kepada raja
  • Maharaja Serama (Seri Rama), Sita Dewi, Raja Muda Laksamana
  • Raden Lakjuna
  • Hanuman Kera Putih, Hanuman Tenggara, Hanuman Ikan, Hanuman Sepoi Angin
  • Orang Tua Sagawiro, Tok Mah Siko, Mah Babu Syanan
  • Bentara Guru, Dewa Sialan Tunggal @ Dewa Sayang Tinggal @ Pak Dogol
  • Annila, Angada
Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week