Kehidupan Ibarat Peperiksaan


Bagaimanakah caranya kita hendak menyusun kehidupan supaya menjadi tenang, supaya kita menemui suatu jalan , bahawasanya kehidupan itu adalah ujian atau peperiksaan dalam tempoh 63 tahun umur yang diberikan. Oleh kerana hidup ini seumpama peperiksaan, maka ujian yang Allah berikan adalah mengikut kadar keimanan seseorang. Mahasuci Allah, Allah tidak pernah menfitnah hambanya di luar dari kemampuan iman seseorang, kerana Allah tidak menzalimi hambanya. 

Apabila datang seorang yang berjubah putih, lalu dia melagakan lutut kepada lutut Rasulullah, maka dia bertanya kepada Rasulullah walaupun di perhatikan oleh sahabat Rasulullah. Dia bertanya Apakah dia Islam?, Islam itu 5 perkara, dijawab Rasulullah satu persatu. Lalu dia bertanya lagi Apakah itu Iman, Iman itu 6 perkara lantas di jawab Rasulullah satu persatu. Dia bertanya lagi apakah itu insan? ia adalah kaum yang mengabdikan diri seolah seolah merasai Allah melihatnya, seandainya kau tak mampu melihat Allah dari mata hati dan merasainya, maka hendaklah sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa memerhati dan mengintai mu. Kemudiaan dia bertanya mengenai tanda tanda kiamat, lalu Rasulullah menghuraikan satu persatu. Dan soalan terakhir dia bertanya untuk membuktikan yang nabi ini seorang yang pembohong ataupun yang bercakap benar. Dia bertanya Bilakah berlakunya hari kiamat? lalu Rasulullah berkata Orang yang bertanya itu lebih faham dan lebih tahu dari orang yang di tanya. Omar bertanya siapakah pemuda itu ya Rasulullah. lantas Rasulullah menjawab yang orang itu adalah Malaikat Jibrail yang datang dengan menyerupai seperti manusia yang datang untuk mengajar kamu tentang erti Agama. 

Semua kehidupan ini, kerja, rumah ,hobi, apa saja adalah semuanya berpaksikan kepada Allah yang kita letak nama Allah itu dalam hati dan fikiran kita. sehingga setiap nadi kita yang bergerak kita mengingati Allah dan tidak berdegup jantung kita itu melainkan kita mengingati nama Allah. 

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week