Kursus Motivasi: Di Manakah Kekuatan Manusia?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dan Dialah Allah yang mencipta malam dan malam itu silih berganti gantian dan dialah yang menjadikan cakrawala, bintang bintang, matahari bulan yang berada di langit. Semuanya bergerak di atas paksinya. Bila kita melihat sebahagian dari kekuasaan Allah yang menciptakan malam dengan sistemnya yang begitu sempurna, tiadalah matahari berlanggar dengan bulan atau bulan itu mendahului matahari kerana semuanya makhluk kecuali manusia dan jin adalah patuh dan taat kepada Allah. Bulan dan matahari adalah sebahagian dari makhluk Allah dan dia bergerak mengikut  apa yang diperintahkan oleh Allah. Maka ia (yakni matahari dan bintang itu) telah memberi kehidupan kepada manusia, sebagaimana ia diarahkan oleh Allah. Maka begitulah perumpamaannya manusia, jika ia patuh, taat dan tunduk kepada kekuasaan Allah, maka ia akan sempurna sepertinya  matahari, cahaya bulan. Tetapi manusia, oleh kerana diberikan pilihan maka ia sentiasa bertembung di antara taat dan durhaka, di antara iman dan kefasikkan.

Maka saudara saudariku marilah kita merenung sejenak daripada kehidupan itu betapa Allah menciptakan alam ini daripada isi dan semuanya adalah untuk manusia yang dijadikan khalifah di mukabumi ini. Marilah kita melihat bagaimana apabila allah mencipta alam ini, Allah menciptakan buku panduannya iatu Al Quran supaya manusia bisa dan mampu hidup mengikut apa yang telah dikehendaki oleh Tuhannya.

Dimanakah kekuatan manusia, manusia sentiasa mencari kekuatan super sehingga dia sanggum membela jin untuk mencari kuasa kuasa magik. Mereka sanggup mengamalkan ilmu ilmu hitam supaya mereka menjadi kebal .

Mahasuci Allah yang menciptakan manusia dan program program yang Allah masukkan kedalam dada dan otak manusia bahawasanya Superman itu yang direka dan diilhamkan daripada inspirasi manusia bahawasanya dalam diri manusia itu sangat inginkan kekuatan dan begitu juga di Jupun ada Ultraman, lalu diberikan kekuatan kekuatannya dan di Malaysia ada Cicakman, Keluangman. Persoalannya dimanakah kekuatan manusia? Kesinambungan dari naluri manusia yang mana Allah menciptakan, di mana kekuatan manusia kerana apa yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah bersifat universal. Maka sebab itulah dari tamadun mana, profesor dan ahli psychology mereka menyimpulkan bahawa kekuatan manusia itu, walaupun kekuatan otak itu mempunyai jutaan trilion neuron tetapi otak itu hanya menyumbang 8% sahaja kepada pencapaian manusia. 

Sebelum tahun 1990 kita telah digemburkan dengan kemajuan intelectual sehingga manusia lupa kekuatan di dalam dirinya adalah berada di dalam hati dan nalurinya. seorang profesor dari Britain yang bernama Daniel Brumen akhirnya membuktikan pada tahun 1990 bahawasanya kekuatan manusia itu berada di dalam hati dan naluri. Daripada hasil kajian yang telah dilaksanakan bahawasanya 84% kekuatan manusia adalah berada pada motivasi yang kekuatan motivasi itu berada dalam dadanya, berada di dalam hatinya maka disinilah kita akan cuba lakukan suatu transformasi untuk mencari kekuatan kita untuk mengubah diri kita dengan menggunakan satu anugerah yang Allah berikan kepada orang orang yang beriman, iaitu yang berada di dalam hati kita. 


Ustaz Mohd Azhar Abdullah: Transformasi Peribadi Cemerlang, Kerja Berdaya Saing & Kreativiti


Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week