Mencari Keberkatan Menjelang Tahun Baru

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.
Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.
Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.
Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.
Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.
Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.
Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.
Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.
Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).
Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)
“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).
Kata Nabi Isa: (maksudnya)
“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).
Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).
Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.
Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.
Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.
Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Selamat menyambut tahun baru masihi 2012. Semoga produktiviti bertambah meningkat pada tahun ini.

Wassalam

BILA USIA MENJELANG EMPAT PULUH

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.

Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!

Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh. Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.

Usia 40 Dalam Al-Quran
Jika kita kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta usia insan, Yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-Quran memberikan ingatan tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati.

Demikian Allah berfirman: (maksudnya)
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan.

Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)
Bagi yang dapat memahami bahasa Arab, dapat merasai keindahan bilah-bilah ayat di atas. Ia tersusun dengan cantik, indah dan penuh kerohanian. Ia menusuk kalbu, menusuk rohani yang lesu lantas mengheret insan ke dataran Tuhan. Ia mengingatkan tentang perjalanan insan; dari hari dia dalam kandungan ibunya, sehingga dilahirkan, sehingga matang, sehingga berusia empat puluh.

Lalu dia diajar agar berdoa untuk dirinya, untuk keturunannya dan agar dia bertaubat atas segala dosa yang dilalui sebelum menjelang empat puluh. Maka dia pun menjadi insaf yang benar-benar menyerah diri atau muslim. Dengan ayat ini, insan yang insaf tersentuh jantung hatinya, perasaannya tersentak, rohaninya sebak lalu dia terduduk insaf, taubat, ibadat dan terus membasahi perjalanan hidupnya dengan linangan airmata takwa sehingga bertemu Allah.

Keinsafan
Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut. Para mufassirin berbeza pendapat.

Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini.

Perjalanan hidup; pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami ‘apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?’. Dalam suasana keinsafan itu, dia lantas berdoa dengan penuh harap agar Allah memberikannya kurnia perasaan ‘kesyukuran’ atas segala nikmat yang diperolehi selama ini.

‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. Maka, hilanglah bongkak, hilanglah sombong, hilanglah bangga diri dan terasa kerdil atas segala yang dinikmati.

Kesombongan
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat.

Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah.

Pada usia ini, teringat pula tentang zuriat yang bakal muncul dalam kehidupan, lantas insan pun berdoa untuk zuriatnya seperti yang Allah ajar dalam ayat di atas.

Selepas itu, menginsafi perjalanan hidup selama empat puluh tahun, insan pun berkata “Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”. Bergabunglah keinsafan, taubat dan penyerahan.

Maka berdasarkan ayat dalam Surah al-Ahqaf ini, kita diajar untuk bertaubat apabila menjelang usia 40 tahun. Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H):
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).

Ganjarannya..
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)
“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).
Indahnya janji dari Yang Maha Benar. Diterima segala kebaikan, diampun kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga. Alangkah indahnya. Soalnya, mampukah diri memulakan azam baru dan beristiqamah atasnya?! Berikanlah pertolonganMu Ya Allah!

Kematangan
Usia 40 tahun adalah usia yang mengajakkan kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Usia 40 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman empat dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).
Usia 40 usia adalah tanda aras usia insan yang insaf, syukur, merendah diri, ibadah, harapan, taubat dan penyerahan.

Usia 40 adalah usia bersungguh-sungguh dalam memikul amanah, membuang kedangkalan, mengambil iktibar dari pengalaman dan bertindak dengan hikmah dan kebijaksanaan. Ya Allah! Selamat kami pada usia ini sehingga kami bertemuMu!

Aku redha dan insaf dengan usia yang sudah melangkau 40 tahun

Wassalam

Berhenti di petak kuning

Akibat berhenti di petak kuning menyebabkan jalan di ketiga tiga hala sesak tidak dapat di lalui.

Pemandu bas juga tidak sabar untuk keluar dari simpang hingga menyebabkan bas merentangi jalan.

Isu SBPA Dari Aspek Bajet 2012

Pilihan telah dibuat dan telah dihantar ke Unit Sumber Manusia. Semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik untuk jangkamasa terdekat dan akan datang. Insyaallah.

ISU pelarasan gaji penjawat awam masih lagi hangat didebatkan walaupun PM Najib mengarahkan penangguhan Skim Baru Perkhidmatan Awam(SBPA) dan mengarahkan JPA berunding dengan Ceupacs.Ceupacs yang pada mulanya garang menentang SBA ini tiba-tiba menjadi kendur namun penjawat awam yang terlibat dalam skim gaji baru SBPA walaupun diberikan taklimat oleh Bahagian Sumber Manusia kementerian atapun jabatan masing-masing tidak pun diberitahu kenaikan gaji mereka dan hanya pengurusan tertinggi serta premier sahaja yang tahu berapa banyak gaji mereka yang dinaikan oleh mereka sendiri.

Pelarasan gaji ini ada yang menyifatkannya sebagai satu `rompakan` di siang hari kerana ini jelas bertentangan dengan dasar yang ditetapkan oleh PM dalam bajet iaitu kenaikan hanya 7-13% tetapi JUSA mengambil kesempatan menaikan gaji mereka lebih daripada ituKalau begitu apa gunanya PM Najib bentang di Parlimen kalau pegawai boleh buat sesuatu yang berlawanan dengan kuasa Parlimen dan Eksekutif?Di mana kuasa PM Najib?Sia-sia sahaja penyelarasan gaji baru penjawat awam kalau keputusan Parlimen tidak diambil kira.

Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) yang kemasukan  bertaraf ijazah dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana yang kemasukannya diploma dan ke bawah hingga PMR.Golongan inilah sebenarnya yang cuba dibela oleh Perdana Menteri tapi lain yang PM Najib harapkan,lain pula jadinya.

Baca selanjutnya di sanggahtokjanggut

Wassalam

HUSM Akan Berwajah Baru

Bangunan Pentadbiran dan Bangunan "Trauma Centre serta Daycare" telah hampir siap.

Bangunan Pentadbiran akan menempatkan pejabat pengarah hospital serta pejabat pejabat pengurusan dan Pentadbiran lain.

Sementara Bangunan "Trauma Centre serta Daycare" akan menempatkan jabatan kemalangan Dan Kecemasan dan rawatan daycare untuk pesakit otopedik, pergigian dan lain lain.






Majlis Tahlil

1. Tempat di rumah kakak sulong saya.
2. Hampir semua adik beradik dan saudara rapat dapat berkumpul dan beramah mesra.
3. Yang paling saya suka adalah dapat bertemu dengan kawan kawan almarhum ayah saya yang dapat datang pada majlis tersebut.
4. Jemputan yang datang adalah dari dua mukim iaitu mukim Pulau Belanga dan Telaga Bata.
5. Kedua dua Imam dari dua dua mukim tersebut juga dijemput.






Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 23 -12-2011: Hubungan Sejenis

Ikhwanil Muslimin
Marilah kita sekelian meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dengan sentiasa mentaatinya serta menjauhi segala larangannya. Semoga kita sentiasa berbahagia di dunia ini dan di akhirat nanti.
Setiap manusia mempunyai nafsu seksual, ia adalah lumrah yang tidak dapat dinafikan dan adalah tidak normal sekiranya seseorang itu tidak mempunyai keinginan seks. Islam telah menggariskan batas batas setakat mana dia harus melalukan keinginan seks dan setakat mana diharam untuk melakukannya.

Bahagialah umat manusia yang dapat menguasai keinginan nafsu dalam batas batas yang diredhai Allah iaitu melalui perkahwinan yang sah di antara lelaki dan perempuan yang apabila cukup segala syarat-syaratnya dan rukun yang ditetapkan oleh rukun syarak.

Sebaliknya, celakalah umat manusia yang tidak dapat menguasai nafsu seksual sehingga mereka terjerumus ke dalam melakukan hubungan seks yang haram dan diharamkan oleh Allah. Melakukan kejahatan haram luar tabie lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan samada lesbian seperti bergeser sesame perempuan atau gay iaitu lelaki bergeser dengan lelaki. Ada juga lelaki yang menukar jantina untuk melakukan dosa durjana dengan lelaki lain.

Ikhwanil Muslimin
Suatu persoalan di utarakan, mengapakah masih ada sebahagian umat manusia yang memilih hubungan seks secara haram seperti yang telah disebut tadi sehingga ada Negara di dunia ini menggubal perundangan bagi membenarkan perkahwinan lelaki sesama lelaki? Jawapannya adalah kerana mereka kufur dengan nikmat Allah, kufur dengan perundangan Islam dan mereka gagal dalam menangani keinginan seksual yang betul. Lantaran itu mereka terjerumus ke lembah perbuatan yang sangat hina dan jijik itu.

Justeru marilah kita umat Islam menyematkan dalam jiwa kita perasaan benci dan marah kepada perbuatan hina dan durjana dan marilah kita sekelian memulau penulisan sebahagian penulis yang menulis berkaitan pendidikan seks yang terdapat kelibat yang terlebih banyak faktor yang merangsang ke arah hubungan seks songsang yang diharamkan seperti yang dipaparkan di dalam penulisan tersebut gambar gambar lucah pasangan pasangan sedang bercumbu cumbuan bersama samada berlainan jantina atau sesama sejenis.

Marilah kita sekelian sebarkan seluas luasnya pendidikan dari Allah swt untuk mengawal nafsu seks yang salah kerana kemurkaan Allah telah menimpa kaum tersebut sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Maka apabila datang masa perlaksanaan perintah kami kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang terbalik tertimbus segala yang ada di mukabuminya dan kami menghujaninya dengan batu batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertali arus. Batu batu itu ditandi di sisi Tuhanmu untuk membinasakan mereka dan ia pula tidak jauh dari orang orang yang zalim itu.

Pengajaran dari ayat di atas adalah:
  1.  Betapa besar kemurkaan dan azab Allah swt ke atas mereka yang melakukan jrnayah hubungan sejenis seperti yang dilakukan oleh kaum Luth
  2. Bekas tempat itu masih dikekalkan sampai ke hari ini menjadi sebuah laut mati di Palestin supaya umat manusia pada hari ini mengambil iktibar dan tidak akan melakukan perbuatan seperti yang dilakukan oleh kaum Luth
  3. Orang yang menyokong perbuatan jahat seperti isteri Nabi Luth  menyokong perbuatan jahat hubungan sesama sejenis dikenakan azab bersama sama kaum Luth yang jahat itu.

Baginda Rasulullah saw memberi amaran di dalam sebuah hadist yang bermaksud sesiapa yang mengerjakan hubungan sejenis seperti kaum Luth maka bunuhlah orang yang melakukan dan orang yang dilakukan. Ibni Abbas menerangkan hudud orang yang melakukan perbuatan itu direjamkan dengan batu dari tempat yang tinggi hingga mati kerana Allah swt merejamkan kaum Luth dengan batu dari langit.

Sabda Baginda Rasulullah saw Akan berlaku pada akhir umat ku, kaum yang berhubungan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan, maka apabila berlaku yang demikian tunggulah azab seperti yang berlaku kepada kaum Luth bahawa Allah swt akan menghujani ke atas mereka batu batu dari tanah yang dibakar.

Ikhwanil muslimin.
Marilah kita sekelian mengatasi jenayah perlakuan seks luar tabie itu supaya azab dan bala tidak akan berulang lagi. Marilah kita sama sama mengikuti mutiara nasihat berikut:
  1. Setiap kita umat Islam amat perlu di beri pendidikan agama yang secukupnya kepada anak anak supaya mereka dapat membeza di antara yang baik dan yang buruk.
  2.  Masyarakat perlu bantu membantu menangani dan memahamkan masyarakat yang perbuatan hubungan sejenis itu adalah sangat hina dan jijik di mata segenap lapisan masyarakat.
  3. Sejak kanak kanak lagi perlu di tanamkan erti maruah diri, mereka perlu sedar andainya mereka diajak melakukan perbuatan terkutuk itu adalah perbuatan yang memalukan bagi pelaku dan bagi yang dilakukan.
  4.  Hapuskan peluang dan ruang berdua duan walaupun lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan di tempat tempat dan masa yang di curigai.
  5.  Ibubapa seharusnya perlu waspada dan memberi perhatian sekiranya melihat anak mereka rapat sangat sesama jantina.
  6.  Ibubapa perlu peka dengan perubahan sikap anak anak bagi mengatasi sebarang kesulitan mereka
  7. Ingatlah perbuatan maksiat seperti yang dilakukan oleh kaum Luth itu amat dilarang dalam agama.


Wassalam

SBPA: Adakah PM Tahu Ianya Tak Menguntungkan Kumpulan Sokongan?


PENJAWAT awam  perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.
Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan tertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.
Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah  untuk mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi  dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.
Baca seterusnya di sanggahtokjanggut. 

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA?

ingat dah nak tandatangan dah,
Kena tangguh pula. Moga moga akan dapat yang lebih baik. Insyaallah

Putrajaya 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau untuk melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen, kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mengenai hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri hari ini. -

“@Khairykj: Pelaksanaan SBPA untuk penjawat awam wajar ditangguhkan. JPA perlu bincang dgn CUEPACS. Penerangan ttg SBPA juga kurang.

PUTRAJAYA 23 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA.

“Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.

"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini. - BERNAMA

Malang Tak Berbau

1. Pada pagi 22 disember 2011 saudara Mohd Arif staf Jabatan Radiologi telah terlibat dalam kemalangan kecil semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

2. Alhamdulillah beliau hanya kecederaan ringan dan sekarang sedang dirawat di Jabatan Kecemasan HUSM.



Iodine-based contrast injection protocol for CT

Presenter Dr Fadzli, MMED Radiology

Perisian ini boleh dicapai di
http://www.Isodense.com/ips.html

Pintu Berkunci Tapi?

Pintu tertutup dan dikunci tetapi kuncinya ditinggalkan di pintu.

Berbudi Bahasa

MAAF BOH, KAWE LORAK, SEX SEX KITO BELAKO

Pesakit HUSM?

1. Ke mana pesakit ini nak pergi? Nak ke kedai kopi atau nak balik rumah?
2. Pesakit ini dilihat berjalan terhuyung hayang di luar kawasan hospital dengan pakaian pesakit dalam wad
3. Bagaimana pesakit ini boleh melepasi kawalan?
4. Adakah pesakit ini berada dibawah sedar, atau dalam keadaan tidak sedar?
5. Kejadian ini dirakam pada pukul 5.30 petang 21-12-2011

Bahang SBPA Di Jabatan Radiologi

1. Mana kedudukan tangga gaji saya? Berapa kenaikan yang saya dapat?
2. Lampiran C ni sulit. Tak boleh diedarkan. Tapi sudah didedahkan kepada semua juru x ray.
3. Insyaallah semua staf yang tidak bermasalah akan gembira dengan perlaksanaan sistem ini.
4. Alhamdulillah atas kefahaman ketika ini, semua akan dapat kenaikan gaji seperti yang diharapkan.

Bersama sama Juru X Ray IPPT

1. Selama dua hari saya berpeluang bersama juru x ray IPPT di CTC
2. Seronok berada di sana
3. Suasana yang tenang jauh dari kesibukan tak seperti di HUSM
4. Senang dapat parking
5. Kedai makan pun banyak
6. Peralatan yang canggih dan serba baru.
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week