Solat Gerhana Bulan

Malam ini jangan lupa gerhana penuh bulan,insyaallah bermula dekat maghrib, kemuncaknya dijangka jam 10.32 malam dan surut jam 1.30 pagi. Lakukan solat sunat gerhana

Kaifiat solat gerhana:
Pada rekaat pertama lepas baca alfatihah/surah, ruku' dan naik balik baca alfatihah/surah, ruku' kemudian teruskan macam biasa. Rekaat ke dua juga ulang macam rekaat pertama

Maknanya rekaat pertama ada dua fatihah, dua surah, dua ruku'. Begitu juga rekaat ke dua ada dua fatihah, dua surah, dua ruku'. Bacalah apa apa surah yang dihafal

Tapi lebih afdhal buat solat gerhana ini cara berjemaah. Banyak masjid akan buat. Di masjid Wilayah dan Masjid Negara, siap ada pencerapan tengok bulan dan aktiviti lain

Elok bawa anak anak dan keluarga datang ramai ramai. Bukan untuk berseronok tapi untuk mendedahkan mereka kepada kuasa ALLAH. Bacalah ayat 190-195 Ali Imran, sekali dengan maknanya

Niat solat gerhana:
Ussolli sunnatan khusuuffil qomar rok'ataini makmumn lillh hita'ala.
Sahaja aku solat gerhana bulan 2 rokaat sebagai makmum kerana ALLAH”

zulkiflinoordin

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week