Khutbah Jumaat Masjid Mukim Binjai 16 -12-2011: Keluarga Angkat Dari Pandangan Islam

Ikhwanil muslimin,
Dalam masyarakat kita di Malaysia ini telah menjadi satu budaya dengan sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain bukan dari segi kewangan atau tenaga sahaja tetapi juga dalam institusi kekeluargaan. Aspek yang disebut pada kali ini akan dibincangkan dalam khutbah pada kali ini khususnya kerana dalam masyarakat sekarang ini lahir berbagai bagai istilah seperti keluarga angkat, ayah angkat, ibu angkat, anak angkat dan lain lain lagi yang seumpamanya.

Ikhwanil muslimin,
Sebagai addin, Islam datang dengan penuh kasih sayang dan kesejahteraan untuk dikecapi oleh setiap umat manusia. Oleh itu sebut sahaja istilah yang tidak bercanggah dengan syarak maka ia boleh diterima pakai dalam masyarakat. Namun sebaliknya jika ada yang bercanggah dengan hokum syarak maka ia wajib dijauhi dan dibenteras dari terus berleluasa dalam sesebuah masyarakat.

Oleh itu istilah keluarga angkat, ibu angkat, ayah angkat dan sebagainya, walaupun tidak mempunyai istilah khusus dalam ajaran Islam tetapi ia tidak lah menyebabkan ianya tidak boleh dilaksanakan andainya yang dimaksudkan itu adalah satu hubungan yang dibina atas dasar kasih sayang yang berteraskan keikhlasan sesama manusia yang pada asalnya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Bagaimanapun dalam sejarah umat manusia yang mempunyai bermacam macam sifat semulajadinya, terdapat segelintir dari mereka yang telah mementingkan hubungan sesama manusia dari hubungannya dengan Allah swt. Akibat dari sikap sebegini, maka lahirlah berbagai bagai masalah yang melanda sehingga kadang kadang susah dan sulit untuk diselesaikan. Umpamanya   bersekedudukan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram yang telah disandarkan pada istilah angkat yang mana mereka sendiri telah menghalalkannya. Padahal ia tetap haram di sisi Islam.

Dalam sejarah Islam dan untuk dijadikan iktibar bagi kita semua telah ditakdirkan yang mana Nabi Muhammad saw telah mempunyai seorang anak angkat yang telah diambil oleh isterinya Siti Khadijah ra iaitu bernama Zaid ibni Harith. Nabi sendiri sebagggaaai seorang manusia yang diberi naluri kasih sayang dan tidak sempat pula bermesra dengan anak lelaki sendiri kerana telah meninggal dunia semasa kecil. Oleh itu Baginda saw sangat sayang kepada Zaid sehingga dibawa ke mana sahaja sehingga di kenal oleh orang ramai dengan nama Zaid bin Muhammad atau hibbu rasulullah, kesayangan Rasulullah.

Bagaimanapun Allah swt telah berfirman yang maksudnya Diperintahkan kepada sekelian makhluk kerana Allah tidak sekali kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rangka dadanya dan Dia tidak menjadikan isteri isteri yang dalam dihal itu sebagai ingkar, dan Dia juga tidak menjadikan anak anak angkat kamu sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara perkara yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja dan ingatlah Allah menerangkan jalan yang benar dan Dialah jua yang memimpin jalan yang betul.

Dari ayat di atas terbukti sudah bahawa menyatakan anak orang lain sebagai anak sendiri hanyalah ucapan di lidah sahaja dan bukannya dari lubuk hati yang sebenar. Dari sini timbullah hukum tidak dibolehkan untuk mengambil anak orang lain dan di bin atau di binti kan kepada orang yang lain pula. Meskipun dibolehkan dari segi undang undang misyalnya. Ini kerana Allah swt menyebut di akhir ayat tadi yang bererti yang Dia akan menunjukkan jalan, yang membawa maksud jalan yang sebenarnya adalah syariat Allah swt.

Ikhwanil muslimin
Sekiranya ada dikalangan sidang Jumaat yang memelihara anak orang lain menurut undang undang maka ianya tidak salah tetapi jangan sesekali menukar nama ayah mereka kepada nama kita, kerana ini jelas difirmankan oleh Allah swt sebagaimana sambungan ayat yang telah dibaca tadi yang bermaksud Panggillah anak angkat ini dengan berbinkan kepada bapa bapa mereka sendiri kerana ia lebih adil di sisi Allah, dalam pada itu jika kamu tidak mengetahui bapa bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara saudara kamu yang seagama dan sebagai maula kamu. Dan kamu tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap dalam melakukannya. Tetapi yang dikira berdosa itu adalah perbuatan yang disengajakan oleh hati yang melakukannya dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

Demikian juga lah kisah Zaid yang selama ini dipanggil Zaid bin Muhammad. Setelah turunnya ayat ini maka datanglah ketentuan supaya dia dipanggil kembali dengan nama Zaid bin Harith yang sejarah hidupnya telah gugur syahid semasa perang. Dengan demikian juga walaupun berapa tinggi nilai kasih sayang dan hutang budi, namun kebenaran dan keadilan tidak sekali kali boleh diubah dengan lisan sebagaimana yang dimaksudkan dengan Itulah yang lebih adil disisi Allah.

Oleh itu gunakanlah berbagai istilah seperti surat sumpah, surat akuan berkanun dan sebagainya namun jika ianya dibuat mengikut hawa nafsu maka tidaklah akan menjadi alasan di akhirat kelak. Jika sekali pun degil tidaklah kelihatan dimana salahnya mengambil anak angkat ini dengan nama ayah angkatnya namun Islam dalam menjaga nasaf atau keturunan . Jika perkara ini terjadi ia akan menyebabkan perkelahian seperti dalam pembahagian pusaka setelah berlakunya kematian si ayah . Apa lagi jika mempunyai harta yang banyak dan mempunyai pewaris yang ramai . Di sini terletaknya keindahan hukum Islam iaitu aspek pencegahan di anggap menjadi keutamaan dan yang terpenting sebelum sesuatu perkara itu terjadi.

Jikalau ada di antara para hadirin yang baru mengetahui diri sendiri adalah anak angkat pada sesebuah keluarga maka jangan pula bersikap tidak menghormati ibu dan ayah yang sebenar sekiranya masih ada kerana telah menyerahkan anaknya untuk dipelihara oleh orang lain, dan ibu bapa angkat pula janganlah menyembunyikan identiti sebenar bahawa anak tersebut adalah anak angkat. Dan pihak anak angkat pula anggaplah ia satu ujian dan bersyukurlah kepada Allah dan bersyukur di atas jasa jasa kedua dua ibu bapa dan ibu bapa angkat mereka.

Penyampaian yang tidak jelas
** kepada sekelian makhluk
** dihal itu sebagai ingkar 

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week