Kecelaan Dunia

Kecelaan dunia dan banyak akibat tentang kecelakaannya banyak diceritakan di dalam Al quran.

Menggalakkan kepentingan akhirat  melebihi kepentingan dunia kerana telah diketahui yang dunia ini adalah sementara dan Akhirat sahaja lah yang kekal abadi.

Perutusan semua Nabi daripada Adam hingga ke Muhammad saw adalah untuk memberitahu manusia untuk memperbanyakkan ibadat untuk akhirat.

Mencintai dunia itu adalah pokok segala kesalahan kerana ia akan menyebabkan kita takut akan kematian.

Sesungguhnya dunia itu indah dan menawan hati, manusia adalah penghuninya, dan Allah swt sentiasa memerhati tingkah laku makhluk ciptaannya. Hendaklah kita sentiasa patuh dan taat kepada perintahNya.


Dunia dinikmati sebelum mati manakala akhirat yang kekal abadi akan dikecapi selepas mati berdasarkan amalan yang telah dilakukan di dunia. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 







Penawar bagi hasad dengki: sambungan

1. Ilmu pengetahuan 
- merbahaya 
- menentang qadak qadar Allah swt
- musnahkan amalan kebajikan kita hingga menjadi seorang yang muflis. Segala amalan kebajikan kita diserahkan kepadanya dan segala dosa nya akan ditanggung oleh kita.
Kita menjadi musuh kepada diri kita sendiri dan musuh kita di dunia akan menjadi amat beruntung di akhirat kelak.
Kita akan menjadi amat tercela disisi Allah swt dan juga makhluk lain. Juga akan menjadi celaka di dunia dan juga di akhirat. Padahal nikmat yang kita dengki itu tetap berkekalan pada orang tersebut. 

Apabila kita berfikir dengan waras dengan hati yang bersih tentu lah akan terpandang akan api kemusnahan pada sifat hasad dengki ini.

2. Cara memyembuhkan sifat hasad dengki ini adalah dengan melakukan amalan makruf yang berlawanan dengan kemahuan nafsu hasad dengki ini.
- bersifat tawadduk dan merendah diri terhadap orang yang kita dengki itu.
- mungucapkan kepujian dan kesyukuran  ke atas nikmat yang diperolehinya.
- menampakkan kesenangan, keilhlasan dan kegembiraan atas nikmat yang diperolehinya.

Dengan perbuatan sedemikian hati yang dengki dan sakit itu akan pulih semula dan timbul pula rasa persefahaman dan kasih sayang yang kukuh.

Walaupun ianya berat untuk dilakukan pada kali pertama namun hasilnya adalah  menggembirakan bagi kedua dua belah pihak. 


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.










Penawar Untuk Menyelenyapkan Penyakit Dengki

Penyakit ini boleh disembuhkan dengan ilmu pengetahuan
- kita tahu akan dosa pahala 

Dengki itu merbahaya dari segi dunia dan akhirat
- tiada faedah kerana tidak terjejas pun orang yang kita dengki itu
- kita menentang qadak dan qadar Allah swt
- kita mengingkari keadilan Allah swt, walaupun semuanya itu ada hikmah hikmah yang tersembunyi

Perlakuan ini adalah jenayah dalam bidang tauhid dan syariah

Nikmat yang ada pada orang yang kita dengki itu tidak akan hilang atau berkurang dengan sikap hasad dengki kita tersebut. Malah orang itu akan mendapat kemafaat dari segi urusan keagamaan dan keduniaan.

Perlu kita jauhi sifat ini dan meredhai segala pemberian dan ketetapan yang telah Allah swt tentukan.

Perlu kita yakin dengan sebenar benarnya yang hasad dengki ini akan mencetuskan azab siksa yang amat dashat di Akhirat kelak.

Bila kita mendedahkan diri kita ke atas  kemurkaan Allah swt atas sebab sebab yang kita tahu tiada faedah dan tujuan akan menyebabkan kita menuju kearah siksaan yang akan ditanggung di Akhirat kelak.

Hasad dengki itu membinasakan kebajikan sebagai mana api membakar kayu.


Setiap kata kata celaan dari kita itu akan menjadi hadiah kepada orang yang kita dengki itu. - segala kebajikan yang kita lakukan akan menjadikan hak kepada orang yang kita dengki itu.

Sehinggalah di hari kiamat nanti, kita akan menemuinya, segala amalan kebajikan kita telah diserahkan kepadanya dan tinggalah kita sebagai seorang yang muflis.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.












Ayat 12

Sesungguhnya kami menghidupkan orang telah mati dan kami menulis semua yang telah kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata.

Sambungan dari ayat yang ke 11, golongan mereka yang takut dan bimbang akan Allah akan sentiasa mengerjakan amalan soleh,  Allah swt memberi panduan dengan keampunan dan pahala untuk menyakinkan mereka yang bersusah payah ini

Allah menghidupkan orang yang telah mati dengan tujuan untuk menghargai semua usaha yang mereka telah usahakan sebelum mereka mati.

Raqib dan Atib akan sentiasa menulis segala sesuatu yang telah kita lakukan samasa hidup di dunia ini.

Amalan yang dilakukan oleh kerana taat dan patuh kepada Allah swt.

Kita tak rasa rugi keatas apa yang telah lakukan kerana yakin dengan balasan pahala dari Allah swt di akhirat kelak.


Bagi mereka segala pahala ke atas apa yang telah kerjakan, walaupun pekerjaan mereka itu tidak mencapai kejayaan. Ini kerana mereka telah berusaha dengan sedaya upaya ke arah itu. Allah swt memberi pahala ke atas apa yang telah usahakan dan bukannya keatas kejayaan yang telah kita capai.

Niat untuk nak mencari keredhaan Allah swt sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

Amalan Nabi Muhammad saw adalah Puasa sunat isnin kerana hari lahirnya dan khamis dimana amalan di angkat kepada Allah swt. Amalan ini akan diletakkan kedalam Luh Mahfuz. 

Kesan kesan dari usaha kita
1. Ganjaran kejayaan kerja yang dibuat
2. Ganjaran pahala atas usaha kita

Asal usul ayat ini diturunkan 
Bani Salamah yang ditempatkan jauh dari masjid nabawi. Mereka cari tanah kosong dekat masjid nabi. Nabi menasihati mereka, mereka bertuah kerana rumah mereka jauh dari masjid Dan datang ke masjid. Kerana setiap langkah mereka ke masjid ada kesan yang akan ditulis oleh malaikat. Setiap langkah mereka ada pahala dan kesan tapak kaki mereka juga diberi pahala.

Setiap satu amalan ini akan diletakkan di dalam kitab iman iaitu di Luh Mahfuz 

Perbanyakkan tempat sujud semasa berada di masjid. Kesan dari tempat tempat sujud ini akan ditulis oleh malaikat. 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 


Penawar Untuk Melenyapkan Penyakit Dengki Dendam Dan Marah

Proses penyembuhan hanyalah dengan memperbanyakkan ilmu pengetahuan dan amalan soleh.

Ilmu pengetahuan - mengetahui dengan penuh yakin bahawasanya hasad dengki itu membahaya untuk diri kita sendiri samada di dunia dan juga di akhirat.

Orang yang kita dengki itu tidak membahayakan dirinya di dunia dan di Akhirat malah dia mendapat faedah daripada hasad dengki kita itu

Jika kita telah maklum dengan mata hati kita kita akan menjauhi perasaan hasad dengki ini

Bila kita dengki akan keadaan seseorang bererti kita telah menentang qadak dan qadar dan kemahuan Allah swt.

Kita telah menyangkal nikmat yang telah Allah swt bahagikan kepada hamba hambanya. Kita juga telah mengingkari keadilan Allah swt yang dilaksanakan dengan kekuasaannya. Setiap satu kejadian dari Nya itu ada hikmah yang tersendiri yang kita sendiri tidak mengetahuinya.


Ilmu tauhid amat diperlukan untuk menjauhkan diri dari sifat hasad dengki ini.

Kita perlu mencintai kebajikan seperti amalan para wali wali Allah dan para Nabi Nabi.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 



Punca Hasad: Sambungan

1. Selalu bergaduh sesama manusia
2. Suka meninggi diri
3. Impian untuk jadi ketua/pemimpin 

4. Busuk hati
- keinginan dalam jiwa yang amat kedekut untuk mengorbankan tenaga dan hartanya untuk kebajikan.
- sangat bakhil untuk menderma wang ringgit dan amat berat untuk membantu orang lain.
- mereka mudah iri hati apabila mendengar ada orang lain mendapat nikmat dan rezeki lebih daripadanya.
- mereka akan merasa senang hati bila orang lain tidak tercapai cita cita nya atau berada salam keadaan kucau kacir dan sempit kehidupannya.


- sentiasa berkira kira apabila hendak memberi bantuan kepada orang lain kerana dia menganggap ia adalah satu rampasan kepada apa yang dimilikinya.
- sentiasa memandang rendah kepada keupayaan orang lain.

Sukar untuk ubati penyakit busuk hati ini sebab ianya telah berakar umbi didalam hati.  

Penyakit jiwa nya akan menjadi sangat kronik kerana telah dimakan oleh hasad dan dengki, akibat nya dia tidak boleh lagi untuk menyembunyikan sifat buruk nya itu. Semua tabir kebaikannya telah dilangkahnya.

Moga Allah menyelamatkan diri kita dari penyakit busuk hati ini dengan rahmat dan kurnianya. 

Moga kita dikurniakan Allah dengan umur  yang panjang dan amalan yang baik .

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 




Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week