Ayat ke 7,8,9,10

Ayat ke 7
Leher mereka ada ikatan di leher mereka hingga ke dagu, pandangan mereka hanya ke satu tempat sahaja. 
Mereka tolak ajaran nabi Muhammad kerana bertentangan dengan apa yang mereka ikuti selama ini. Iaitu tidak sama dengan apa yang diajar oleh datok nenek mereka dahulu. Walaupun ajaran nabi Muhammad ini adalah yang baik dan boleh diterima oleh akal fikiran.
Apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad tadi pada tanggapan mereka akan mengancam kedudukan mereka.
Perlu fikir secara mendalam untuk mendapat dan mencapai sesuatu perkara yang kita cari dalam kehidupan ini.

Ayat ke 8
Kami jadikan diantara dua tangan mereka di depan Dan dibelakang mereka ada dinding  lalu ditutup pandangan sehingga mereka tidak dapat melihat akan kebenaran.
Mereka tolak apa yang telah dibawa oleh nabi Muhammad. Mereka tidak dapat menerima kebenaran ini


Ayat 9
Walaupun diberi peringatan pun mereka tetap juga tidak melihat kebenaran dan mereka tetap tidak beriman.
Tugas nabi Muhammad sebagai pendakwah tetap juga diteruskan. Dia cekal dan tabah untuk menghadapi segala rintangan.

Ayat 10
Sesungguhnya kamu hanya akan memberi peringatan kepada orang yang menerima peringatan dari kamu itu dan takut kepada Allah yang maha pemurah walau pun dia tidak melihatnya. Maka berilah khabar gembira dengan keampunan dan pahala.

"Peringatan" digunakan adalah bermaksud perkara yang dibawa oleh Rasulullah ini telah mereka ketahui sebelum ini. 
Oleh kerana mereka tidak mengetahui, Allah mengutus rasul kepada mereka untuk memberi peringatan kepada mereka kepada jalan kebenaran.

Keampunan disebutkan dahulu daripada pahala kerana manusia ini tidak boleh lari dari membuat kesalahan dan dosa. Pahala hanya Allah berikan setelah diri kita mendapat keampunan dari Allah swt 

Tulisan adalah ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 






Sebab sebab hasad

Punca hasad adalah:
1. Telah ada perasaan permusuhan dan kebencian yang mempengaruhi diri dan jiwa seseorang. Sentiasa ada perasaan dendam di dalam diri terhadap seseorang yang tidak disukai. 
Hanya dengan taqwa yang tinggi sahaja lah dapat mengubat perasaan hasad dengki ini. 

2. Tekanan dalam jiwa dengan sifat meninggi diri dan sentiasa menganggap dirinya adalah lebih dari orang lain.

Perlu ada sifat merendah diri dalam jiwa kita dan sentiasa mengingati bahawa hanya Allah sahaja lah yang maha berkuasa


3. Lahir dalam diri kegemaran untuk jadi ketua dan sentiasa berusaha untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam sesuatu masyarakat.

4. Ada sifat busuk hati dalam diri

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh di jadikan rujukan 





Surah Yaasin: Ayat 7-8

Al Quran diturunkan kapada kita, hendaklah kita menunaikan tanggungjawap kita terhadapnya dengan bertilawahkannya secara bersungguh sungguh- baca, fahami dan amalkan 


Ayat ke 7
Pasti Sesungguhnya telah ditunjukkan kerbenaran keatas kebanyakan mereka ( orang orang musyrikin)  namun mereka tetap tidak beriman kepada Allah swt, Walaupun di dalam hati kecil mereka membenarkan.

Islam adalah satu agama yang menitik beratkan akal fikiran.

Perumpamaan untuk kaum musyrikin ini adalah seumpama Sejenis makhluk yang tidak dapat berbuat apa apa walaupun telah mendengar seruan. 

Diturunkan ayat ayat Al quran ini adalah untuk menyelamatkan diri manusia.

Di dalam hati mereka ini ada penyakit iaitu takabbur, hasad dengki.

Penyakit hati ini perlu di buang dari diri setiap orang Islam.

Allah lihat hati dulu, kemudian barulah dikira pada amalan kita.

Kerana sifat takabbur inilah Iblis dihalau dari syurga. Hujah iblis ini tidak berdasarkan ilmu yang diberi oleh Allah swt tapi menggunakan akal fikiran dan kesombongannya. Dia membandingkan  penciptaan dari api dengan tanah. 

Kebenaran telah banyak terbukti dari ayat ayat di dalam Al Quran. 

"Demi langit yang sifat nya yang berulang ulang" adalah ayat Quran yang menceritakan tentang kitaran hujan. 

Perkataan didalam al Quran ini dijamin kebenarannya oleh Allah swt namun demikian masih ramai yang tidak beriman.

Ayat 8
Dalam hati kecil mereka percaya namun oleh kerana penyakit hati ada dalam diri mereka, mereka tolak dengan mulut mereka. Oleh itu Allah  menambahkan lagi penyakit didalam hati mereka itu

Allah membahagi bahagikan di antara mereka akan berbagai bagai tahap kehidupan di dunia ini, oleh itu hendaklah kita sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Walaupun apa jua keadaan kita di dunia ini, kita hendaklah sentiasa mengambil peluang untuk mencari kekayaan di akhirat. Samada kaya atau miskin semuanya akan menuju kepada Allah swt.

Mereka yang tolak kebenaran ini dihukum oleh Allah swt. Walaupun mereka melihat kebenaran disekeliling mereka tapi mereka menolaknya.

Untuk mencari kebenaran hendaklah kita sentiasa berusaha dengan mengamalkan segala ilmu yang telah kita pelajari walaupun ianya sangat sedikit, InsyaAllah Allah swt akan mencurahkan rahmatnya yang seterusnya kita akan berjumpa dengan kebenaran itu.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 








Menuju ke Jalan Akhirat

Sentiasa menghindari dari maksiat batin dan menambah taat batin seperti sabar, sentiasa bertaubat, pemurah dan lain lain.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Orang yang sentiasa bertaubat dan memohon keampunan dari Allah swt adalah orang yang disayangi oleh Allah swt,

Bersegeralah memohon keampunan dari Allah swt, Allah sediakan syurga yang seluas langit dan bumi. 

Sentiasa lah bertaubat kepada Allah swt pada siang hari dan jangan menunggu malam hari. Bertaubatlah pada malam hari sebelum tiba nya siang hari.

Syarat syarat sah taubat ada 3 
1. Menyesali atas maksiat yang dilakukan di dalam  hati.

2. Berazam tidak akan melakukan maksiat ini.

3. Sebelum matahari naik di sebelah barat dan juga apabila nyawa berada di halkum.

Syarat tambahan
Jika berbuat kesalahan dengan manusia hendaklah kita meminta maaf kepadanya dan jika tidak mampu hendaklah kita terus memohon ampun kepada Allah swt.

Jika kita tersengaja meninggal kan perkara fardhu hendaklah wajib qadak dan juga bertaubat kepada Allah swt dan menyesali dosa yang telah kita lakukan.


Perbanyakkan beristighfar kepada Allah swt sepanjang masa.

Allah Tuhan ku, yang menjadikan ku,  aku ni hamba Mu, aku bertaubat atas segala dosa dosa yang telah ku lakukan.

Amalkan berIstighfar sebanyak 70 kali dan perbanyakkan bersedekah dengan wang ringgit, harta dan juga senyuman.

Perbanyakkan membaca alfatihah dan bersedekah dengannya.

Paling kurang beristighfar sebanyak 20 kali sehari sama dengan mengingati mati juga sebanyak 20 kali sehari.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 












Marah, Dendam Dan Dengki|: Sambungan

Berlumba lumba mencari kesenangan kehidupan adalah tidak dilarang dan ada kalanya dituntut oleh syariah dengan syarat tidak lupa kepada tuntutan akhirat.
Semua rezeki itu dari Allah swt

Hendaklah sentiasa berlumba lumba dengan ikhlas untuk mendapat keampunan Allah swt dengan berbuat amal ibadat sebanyak yang mungkin.

Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja kita akan memasuki syurga. 


Kita boleh berhasad dengki kepada dua golongan manusia ini dengan tujuan untuk mencontohi dan mengharapkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri. Juga tiada niat di dalam hatinya supaya nikmat yang diperolehi oleh orang lain itu lenyap dan berpindah kepadanya.
 
1. Seorang yang Allah kurniakan harta yang banyak lalu dibelanjakannya ke jalan yang benar sehinggalah hartanya habis 

2. Seorang yang dikurniakan ilmu yang bermunafaat lalu mengamalkannya serta mengajarkan kepada orang lain

Sebaik baik manusia adalah yang dapat memberi manafaat kepada orang lain manakala sejahat jahat manusia adalah bila kehadirannya akan merungsingkan orang lain.


Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 






Keseronokan dalam Ibadat

Bila seseorang yang istiqamah solat di masjid setiap waktu tetapi bila dia tidak hadir pada satu hari atas sebab sebab keuzuran, maka pahala  kebaikannya solat berjemaah tetap juga diberikan Allah swt kepadanya walau pun pada hari dia tidak datang ke masjid.

Seseorang muslim yang sejati, Walaupun ditimpa musibah namun dia masih mengharapkan pahala daripada Allah swt tanpa merungut atas kesukaran yang dialaminya itu.

Apabila dia diberi kebaikan dan kenikmatan dia bersyukur kepada Allah swt. Setiap perbuatannya dengan niat kerana Allah swt akan diberi pahala.


Sesiapa yang tamak dengan harta dunia walaupun dia tahu bahawasanya mati itu sentiasa menghampirinya dan seseorang yang lalai walaupun berada dalam sedar  dan seseorang yang selalu bergelak ketawa hingga terbahak bahak akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak.

Dunia ini adalah tempat untuk kita mencari pahala dan kerahmatan untuk bekalan di akhirat kelak.

Kasihani mereka mereka yang dibumi maka kamu akan dikasihani oleh mereka mereka yang di langit.

Syurga neraka itu adalah hak Allah swt. Seseorang itu akan ke syurga atas rahmat Allah swt. 

Kesemua umat nabi Muhammad akan ke syurga kecuali mereka yang engkar.

Sesiapa yang mengikut ajaran Rasulullah akan ke syurga dan sesiapa yang engkar akan ke neraka.

Cita cita kita adalah untuk mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah swt.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 






Marah Dendam Dan Dengki: Sambungan


Membenci pada nikmat dan kesenangan yang ada pada seseorang samalah seperti memurkai qada qadar Allah swt.

Kelakuan ini adalah berdosa dan tiada alasan untuk menolaknya.

Benci dan dengki kepada kesenangan serta kebaikan seseorang muslim adalah berdosa.
Tiada sebarang mudharat pun pada kita atas kesenangan serta kebaikan seseorang muslim itu.

Bila dapat kebaikan, kesenangan, kegembiraan ada orang merasa kurang senang. Tetapi apabila dapat kesusahan dan kesukaran, ada pula orang berhembira.

Mereka tidak meletakkan sebarang perasan irihati dalam dada mereka terhadap kenikmatan dan kesenangan yang dikecapi oleh orang lain, adalah sifat muslim yang sejati. Mereka tidak pernah menyesali diri kerana kemiskinan. Mereka adalah paling rapat dengan Allah swt.


Allah telah memuji sifat mereka dan mematikan sifat hasad dengki dalam diri mereka.

Berlumba lumba mencari kesenangan dan kenikmatan dunia adalah tidak dilarang malah dituntut oleh syariah

Kita janganlah menjadi orang yang menerima zakat tetapi kita hendaklah menjadi orang yang memberi zakat.

Dalam mencari kelebihan dan kesenangan itu maka hendaklah kamu berlumba lumba.

Allah swt menerima doa yang baik baik.
Berdoalah yang baik baik untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Berlumba lumba lah kamu sekelian untuk mendapat keredhaan dan keampunan Allah swt.

Sentiasalah meminta keampunan, rezeki yang melimpah ruah dan keredhaan dari Allah swt.

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 












Menjauhi Maksiat Batin

- kita ini adalah dalam perjalanan menuju akhirat.
- nikmat dan azab akan menunggu kita di akhirat.

Hendaklah kita menjauhi maksiat batin 
yakni perkara keji, jahat dan tercela:
1. Amat gemar makan - hidupnya adalah untuk makan. Sentiasa berfikir tentang apa makanan yang akan dimakan.  
- Amalan yang baik adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

2. Sangat gemar bercakap
- percakapan yang sia sia akan menyusahkan kita di akhirat kelak.

3. Mudah marah
- marah yang ada pertimbangan akal Dan mengikut hukum adalah dibenarkan.
- Manakala marah yang membabi buta dan mengikut amalan syaitan adalah perkara yang tercela.

4. Dengki
- hasad dengki itu memakan segala kebajikan seumpama api memakan kayu.

5. Tamak, kupit dan kedekut 
- amalan mengumpul harta dan sentiasa menghitungnya. Mereka menyangka harta benda mereka itu boleh membantu mereka di waktu kesusahan.
- sifat sangat berat hati untuk menderma dan bersedekah.


6. Kasih kepada pangkat 
- menyebabkan hati menjadi keras kerana sentiasa mengharapkan sanjungan dari makhluk 

7. Kasih kepada dunia
- dunia adalah sementara yakni sebagai bekalan untuk kita ke akhirat.
- bekerja seperti akan hidup seribu tahun dan beribadat seperti akan mati esok.

8. Takkarbur- Bangga diri
- Tiada yang lebih berkuasa kecuali Allah swt sahaja.
- tidak akan masuk syurga bagi sesiapa yang mempunyai sifat takkarbur.

9. Bermegah megah 

10. Riak 


Wassalam 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan





Penyakit hati: Dengki

Hasad dengki itu akan membinasakan kebajikan sebagaimana api memakan kayu api.

Segala sifat mazmumah perlu dijauhkan 

Jangan kamu sekelian dengki mendengki, jangan putus memutuskan silaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi tetapi jadilah kamu sebagai Hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah swt.


Dosa yang pertama sekali dilakukan adalah hasad dengki iaitu apabila iblis berdengki dengan kemuliaan yang Allah swt anugerahkan kepada nabi Adam.

Untuk berjaya di dunia dan di akhirat memerlukan ilmu pengetahuan 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan 





Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week