Audit 5S

Pada petang 17 Julai 2012 audit 5S telah dibuat ke atas Jabatan Radiologi.

Pengauditan dibuat berdasarkan kepada 5 perinsip asas 5S iaitu susun, sisih, sapu, seragam dan sentiasa amal.

Dua orang juru audit telah datang pada petang itu.

Jabatan Radiologi pula di wakili oleh Pn Rohani, Pn Nor Fataha, En Azahadi, Pn Aslinda, Cik Tasnim dan En Zakaria.

Tahniah kepada PIC tandas pesakit kerana kawasan jagaannya telah mendapat anugerah bintang.

Walaupun di kawasan lain ada mendapat teguran namun secara keseluruhannya Jabatan Radiologi telah mengalami perubahan yang sangat baik.

Perubahan dari sikap cakna, kesungguhan, semangat setiakawan telah mengubah suasana di Jabatan Radiologi.

Saya sangat berbangga dan teruja dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh AJK 5S ini.
Kesungguhan yang telah anda tunjukkan telah dapat meningkatkan prestasi Jabatan Radiologi secara keseluruhannya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week