Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 27-7-2012: Peringatan Semasa Menyambut Ramadhan

A183

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada sidang Jumaat sekelian, terutama kepada diri saya sendiri, marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt dalam erti kata yang sebenar benarnya.Kerana hidup tanpa iman dan taqwa kepada Allah adalah hidup dalam kesesatan dan diakhira dengan kesudahan yang buruk kerana syurga itu disediakan untuk orang orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Kehidupan kita di dunia ini adalah sementara sahaja, umur dan ajal kita sudah ditentukan tempohnya, hidup di dunia ini adalah sangat sekejap hanya dalam tempoh beberapa tahun sahaja. lebih kurang 70 tahun tetapi kena ingat, ramai orang yang mati muda. Hari ini kita menghantar saudara kita ke kubur, esok orang lain pula yang menghantar kita ke sana. Itulah undang undang dan aturan Allah kepada makhluknya yang pasti kita tempuhi tanpa pilihan.

Saudara kaum muslimin
Daripada Alllah swt kita datang dan kepada Allah kita kembali. Umur kita yang pendek itu kalau kita tidak gunakan sebanyak mungkin untuk mentaati Allah, sudah tentu akan membawa kepada penyesalan yang berpanjangan di akhirat nanti. Oleh itu hendaklah kita menjadi orang yang bijak mengurus diri dan menjaga masa. Sebenarnya kita masih ada peluang untuk mengisi umur kita yang berbaki dengan bertaubat kepada Allah swt merubah cara hidup dan melakukan kerja kerja besar yang berfaedah dan berlipat ganda.

Janganlah kita habiskan masa dan umur ini dengan melakukan perbuatan yang berdosa dan sia sia, bersiaplah diri dengan amalan yang cukup sebelum kita dijemput oleh Allah swt ke alam baqa'. Hendaklah kita sentiasa ingat untuk siapa kita bekerja keras siang dan malam adakah semata mata untuk ditinggalkan harta kepada waris waris kita yang kita yakin harta harta itu memberi munafaat kepada kita selepas kita mati, atau harta harta itu habis begitu sahaja

Saudara kaum muslimin
Orang yang bijak adalah orang yang memandang jauh kehadapan, ada matlamat hidup, ada pendirian,  pandai bertindak dan bekerja berdasarkan keutamaan dan kepentingan hidup yang abadi yakni hidup selepas mati.

Ramai orang yang kaya raya, orang yang berpangkat tinggi atau memiliki kuasa pergi meninggalkan dunia tanpa berbuat apa apa untuk diri, untuk anak anak dan masyarakat.

Allah swt Maha Pengasih dan Maha Penyanyang kepada hamba hambaNya. Hamba hambaNya yang beriman lalu disediakan untuk mereka beberapa waktu yang sangat istemewa dan berharga dalam setahun untuk dianugerah kepada mereka pahala amal kebajikan yang berganda ganda dan menghapuskan dosa dosa yang mereka telah lakukan apabila mereka mereka beramal dengan sempurna dan ikhlas iaitu bulan Ramadhan adalah bulan mulia dan rahmat.

Ia merupakan peluang yang sangat berharga dan bernilai bagi kaum muslimin untuk menambah bekalan di akhirat untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt. Kerana di bulan ini Allah swt menggandakan pahala amal ibadat para hambanya. Allah mengampunkan dosa dosa mereka serta melepaskan mereka dari siksa neraka. 


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Setiap amalan kebajikan yang dilakukan oleh anak Adam digandakan pahala dengan 10 kali ganda dan digandakan lagi sampai 700 kali ganda."


Alah berfirman dalam hadis qudsi  Kecuali ibadat puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu dan Aku sendiri yang akan membalas yakni menentukan ganjarannya. Ini adalah kerana hambaKu telah bertindak meninggalkan keinginan hawa nafsu dan makanannya kerana Ku

Saudara kaum muslimin

Di bulan Ramadhan kali ini telah kita amalkan dengan kerja kerja amalan soleh dan kebajukan dan berpuasa dengan keimanan, keuakinan dan keikhlasan hati serta mengharapkan pahala dan ganjaran daripada Allah swt .

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya Allah swt telah memfardhukan puasa Ramadhan ke atas kamu dan aku mensyariatkan kepada kamu sekelian agar mendirikan Ramadhan yakni dengan mendirikan sembahyang sunat terawikh dan sebagainya, oleh itu sesiapa yang berpuasa dan mendirikannya kerana iman dan mengharapkan ganjaran pahala disisi Allah swt nescara keluar dia akan dosa dosanya seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya" riwayat An Asai dan Ahmad


Saudara kaum muslimin
Kita jangan jadi orang yang jahil tentang ibadat puasa dari segi falsafah, hikmah, matlamat, kelebihan, rukun rukun dan adabnya . Sesungguhnya puasa disyariatkan dalam Islam untuk mencapai matlamat yang sangat tinggi dan murni iaitu mendidik diri kita dan jiwa manusia supaya bertaqwa dan mendekati Allah swt supaya menjadi manusia yang soleh dan sempurna akhlaknya.


Puasa adalah wasilah atau jalan untuk meraih kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Ingatlah orang yang berpuasa ialah orang yang sedang berada dalam ujian Allah swt, berada dalam proses percubaan  yang mesti menjauhi perkara perkara yag diharamkan oleh Allah swt dan daripada pantang larang serta mengisi dengan amal ibadat dan kebajikan.


Oleh itu melakukan perkara yang ditegah dan diharamkan oleh syarak di bulan Ramadhan adalah merupakan pencabulan terhadap kehormatan dan kemulian Ramadhan dan sangat bercanggah dengan matlamat dan tujuan disyariatkan puasa. Oleh kerana itu diharamkan daripada kaum muslimin sekelian untuk melakukan maksiat dan melanggarkan perintah Allah swt sebaliknya berlumba lumba untuk mengerjakan ibadat dan berakhlak mulia.


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang tidak mahu meninggalkan perkataan dusta dan dari mengamalkannya maka tidak ada keperluan bagi Allah yang meninggalkan makan dan minumnya"


Saudara kaum muslimin
Nilai puasa dilihat kepada sejauh mana kita berjaya mendidik diri kita menjadi orang yang baik, orang yang taat kepada Allah dan bertaqwa , kalaulah tujuan berpuasa untuk mendidik diri sendiri supaya menjadi hamba yang bersih, hamba yang bertaqwa kepada Allah swt, berakhlak mulia dan menjadi bekal ke akhirat, maka tidak ada makna bagi seseorang yang berpuasa melakukan maksiat dan berperangai buruk, apa lagi meninggalkan solat 5 waktu dan mengabaikan kewajipan. 


Apa erti berpuasa kalau menzalimi orang lain, tidak menjaga amanah, menipu, memakan harta haram,  dan tidak bersedia untuk membantu dan berkhidmat kepada orang orang yang memerlikan bantuan?


Apa erti berpuasa bagi seorang perempuan yang  mendedahkan auratnya dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau memakai pakaian yang menampakkan bentuk badannya yang seterusnya menimbulkan fitnah?


Apa erti puasa bagi mereka yang berkata boleh pandang pandang kepada wanita yang halal dinikahi tanpa berusaha untuk menundukkan pandangan?


Saudara kaum muslimin
Suasana di rumah di dalam bulan Ramadhan hendaklah menggambarkan kehidupan secara Islam, pergaulan secara Islam, Orang yang susah, fakir miskin dan anak anak yatim hendaklah disimpati. 


Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan silaturrahim, bulan menyayangi kaum muslimin. Bersyukurlah kepada Allah swt di atas segala nikmatnya dan jauhkanlah daripada membazir kerana orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.


Bantulah orang yang yang berpuasa dengan menyediakan makanan untuk mereka berbuka sekiranya mampu. 


Juallah makanan kepada mereka di bazar bazar Ramadhan dengan makanan makanan yang halal, bersuh, berkualiti dengan harga yang berpatutan semoga diberkati oleh Allah swt.dan Ramadhan disempurnakan ganjarannya.


Saudara kaum muslimin
Berpuasalah dengan sempurna, hayatilah adab berpuasa yang zahir dan batin, jauhkanlah diri dari perkara yang membatalkan puasa atau menghapuskan pahala puasa dan pahala ibadat yang telah dilakukannya.


Tambahlah amal ibadat sebanyak mungkin, hidupkan malam malam Ramadhan dengan sembahyang terawikh, witir, tahajjut dan berzikir, bersitigfar memohon keampunan, berdoa, membaca Al Quran dan berselawat ke atas jungungan besar Nabi Muhammad saw dan perbanyakkan sedekah kepada fakir miskin kerana sebaik baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan.


Saudara kaum muslimin
Pastikan segala sembahyang fardhu dapat di tunaikan dalam waktunya dengan berjemaah khususnya sembahyang Isyak dan Subuh.

Pastikan segala perkerjaan dan tugas dilakukan dengan sempurna dan beramanah tanpa sebarang penipuan didalam bulan Ramadhan ini.

Ambillah kesempatan untuk meninggalkan tabiat yang tidak baik seperti membazir, membuang waktu pada tempat yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menghina orang.

Akhir sekali kita sedang mengumpul pahala amal yang besar dan banyaknya daripada ibadat puasa dan ibadat ibadat yang lain yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan. Jangan lupa dalam masa yang sama hendaklah kita sentiasa menjaga agar amalan dan pahala yang kita perolehi itu jangan sampai terhapus. Oleh itu pastikan diri kita sentiasa berada di dalam keadaan beribadat kepada Allah swt.


A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Wassalam 





0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week