Penglibatan saya dalam IT di HUSM ( Part 1 )

Sejarah  Penggunaan PACS di  Jabatan  Radiologi HUSM
Julai 1998
1.   Bermulanya era digital Radiografi dengan Local area network di wujudkan untuk menghubungkan  antara modality MRI,  DSA LCA dan Fluoroscopy  Lagacy dengan dua workstation Advantage 3.1  dan juga dua wet laser Kodak printer.
2.   Sistem KENI to KENI di gunakan untuk menghubungkan kedua-dua printer tersebut.
3.   Imej pada kedua-dua workstation tersebut disalin kedalam CD untuk simpanan dan rujukan bila diperlukan.

Oktober 1999
1.   Peralatan ultrasound digital HDI3500 diperolehi , Namun imejnya hanya di simpan di dalam optikal disk






Disember  2000
1.       Central archiving telah diperkenalkan dengan penggunaan perisian Pathspeed  7.12 .
a.       Kapasiti storage yang diperolehi pada waktu itu adalah 144 gigabit.
b.      3 unit G4 digunakan sebagai Modality interphase unit
c.       System networking menggunakan 2 switch cajun dan 1 switch 3com.

2.   Modaliti digital yang diperolehi seterusnya adalah CT 4 slices Lightspeed plus.
3.   Imej dari CT, MRI, angio,ultrasound dan fluoroscopy telah dihantar ke central archiving yang  juga dikenali sebagai mini PACS.
4.   Local area network telah di tambah baik lagi dengan penambahan switch dan juga dihubungkan dengan talian intranet dan juga internet.

5.   Beberapa peralatan dan workstation juga telah diperolehi dalam proses upgrade ini.
a.   Dua unit Diagnostic workstation yang menggunakan Barco monitor jenis CRT telah digunakan untuk reporting.
b.   Dua unit reconstruction workstation jenis ADW4.0
c.   Satu unit digitizer dengan perisian radwork
d.   15 apple computer digunakan untuk pendaftaran pesakit dan juga reporting dengan menggunakan perisian PARIS.
e.   Satu unit dry laser 8100
Pathspeed 8.1, network switching , webserver dan modality interphase unit


Julai 2001
1.   Peralatan Ultrasound Sonoline Elegra diperolehi dan imejnya terus dihantar ke central archiving.
Ogos 2001
1.   Digital Multipurpose Fluoroscopy menambahkan lagi bilangan modality yang imej digitalnya berjaya dihantar ke PACS dengan menggunakan easy vision workstation.
2.   Imej dari bone X-Ray absorptionometry pada waktu itu tidak berjaya dihantar ke PACS, imejnya hanya disimpan di dalam CD.

Mac 2002
1.   Kesan dari penambahan bilangan modality dan juga bilangan pemeriksaan yang dijalankan,  kapasiti storage telah mencapai tahap kritikal.
2.   Long term storage (Plasmon)  yang menggunakan MOD ( magneto optical disc)  telah di pasang.
3.   Sebanyak 104 MOD berkapasiti 5.2 dan 9.1 gigabit telah di masukkan kedalam Plasmon.
4.   Perisian Arc Controller telah digunakan untuk mengintegrasi long term storage dengan short term storage.
5.   Dengan penambahan lebih dari 1 terabyte kapasiti storage ini, sebahagian dari pemeriksaan MRI lama yang disimpan dalam CD juga telah dihantar ke PACS.
April 2002
1.    Pathspeed 7.12 telah dinaik taraf ke versi yang baru iaitu Pathspeed 8.1.
2.    Proses menaik taraf ini telah mengambil masa selama satu minggu.
3.    Beberapa perisian dan juga hardware telah ditukar dalam proses naik taraf ini.
a.   Pendaftaran dan reporting yang menggunakan perisian PARIS di computer imac telah ditukar kepada web base RIS yang menggunakan windows operating system .
b.   Perisian virtual PC telah digunakan untuk membolehkan imac digunakan.
4.     Web server untuk pengguna di luar Jabatan Radiologi telah dipasang.
a.   System ini telah membolehkan pengguna di luar Jabatan Radiologi untuk view true resolution radiology images.
b.   User ID dan Password untuk PACS system telah perluas kepada semua pensyarah-pensyarah,
c.   Perisian ini juga digunakan sepenuhnya semasa radiology conference.
5.    3 unit diagnostic workstation dengan barco monitor untuk reporting dan 3 unit radiographer workstation untuk viewing juga diperolehi.
6.    DICOM box telah digunakan untuk menghantar imej ultrasound yang bukan DICOM dari peralatan Toshbee.
7.   Pada bulan ini juga filmless ultrasound telah diperkenalkan dengan imej dari 3 unit ultrasound telah dihantar ke PACS.
End of Part 1

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week