Pesanan untuk saya

1. Kenapa saya suka menyalahkan orang lain?
    Adakah saya buat begitu kerana nak menutup kesalahan saya.

2. Kenapa saya suka memburukkan orang lain apabila saya tak sependapat dengannya?
    - Kan lebih baik kalau saya ceritakan perkara-perkara yang dia sependapat dengan saya.

3. Kenapa saya suka bercerita keburukan orang lain?
    - Alangkah baiknya kalau saya ceritakan kebaikannya.
    - Takkan tak ada langsung kebaikan dalam dirinya.

4. Kenapa bila saya sukakan seseorang itu saya akan agongkannya?
     - Macam segala yang dia buat dan dia cakap betul semuanya.
     - Bukankan dia juga adalah manusia biasa dan tak terlepas dari melakukan kesalahan.
     - Saya perlu berfikir sejenak sebelum mengikut apa yang dia buat / kata.

5. Kenapa apabila saya bencikan seseorang, saya tutup minda saya kepada kebaikan yang dilakukannya?
    - Adakah semua yang dia buat menimbulkan kebencian saya?
    - Tak bolehkah saya puji akan kebaikannya yang dilakukannya?
    - Kan boleh kalau saya hanya benci pada apa yang saya tak suka sahaja.

6. Kenapa apabila saya tak sukakan sesuatu perkara saya akan cari dan gali segala keburukan dan kecacatan yang ada padanya?
    - Bukankah lebih elok saya berfikiran positif.
    - Tak bolehkah saya berfikir orang yang berbuat perkara itu telah memerah otaknya sebelum  mengedarkan perkara itu.
    - Adakah saya merasakan saya lebih superior darinya?
    - Tiada yang lebih agong dan superior selain dari Allah Yang Esa

7..... Banyak lagi saya terima pesanan untuk saya.... antaranya.....

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week