Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 29-6-2012: Kehidupan Selepas Mati

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan saya menyeru kepada sidang Jumaat sekelian marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt deng sebenar benar taqwa serta melaksanakan perintahnya dan menjauhi segala larangannya.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seseorangpun yang boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Apabila ajal seseorang itu telah sampai Malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al Jumu'ah

A008
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat sekelian
Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya maka tinggallah segala apa yang dimiliki samada ahli keluarga, anak anak, sanak saudara mara, pangkat, harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu terpisahlah dia ke alam yang lain iaitu alam kubur atau alam barzah sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat.

Saudara kaum muslimin
Menurut kamus, Alam kubur adalah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum kita di himpunkan di padang mahsyar daripada waktu mati hinggalah di bangkitkan atau juga dia bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang hinggalah waktu dia dibangkitkan.

Sesiapa yang mati bermakna dia memasuki alam barzah atau alam kubur. Alam kubur juga adalah tempat permulaan seseorang manusia itu dihukum berdasarkan amalannya semasa hidup di dunia ini.

Firman Allah swt dalam surah Al An'aam

A062
Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung

Saudara kaum muslimin sidang jumaat yang berbahagia,
Ketika berada di alam kubur, seseorang itu akan dapat menjangkakan samada dia akan mendapatkan kenikmatan  atau kesengsaraan di akhirat nanti.

Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Attirmizi, Rasulullah saw bersabda sebagaimana maksudnya Sesungguhnya kubur itu adalah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari siksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya adalah lebih mudah lagi. Dan seandainya seseorang itu tidak terlepas yakni terkandar daripada siksaannya maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar dan keras.

Saudara kaum muslimin
Bagi orang yang beriman, kehidupan mereka di alam kubur penuh dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah swt, Sebaliknya bagi orang yang syirik, orang yang kufur, orang yang ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah, sudah pasti siksaan dan azab kubur diterima sepertimana tanda hukuman yang akan diterima di akhirat kelak.

Sahabat Nabi saw yang bernama Ubai pernah berkata Setiap mayat yang hendak meninggal pasti liang lahat di mana mayat itu akan dikuburkan memanggilnya Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri, jika waktu hidupmu engkau taat kepada Allah swt maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu manakala jika engkau derhaka maka hari ini aku akan menjadi siksa bagimu.

Sesiapa yang memasukinya dengan taat akan keluar dengan bahagia dan sesiapa masuk dengan derhaka dia akan keluar dengan penuk penyesalan.

Saudara kaum muslimin
Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan diyakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

Saudara kaum muslimin
Berdasarkan kepada pemerhatian, ramai umat manusia pada hari ini melupai hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur.

Ramai di antara kita leka dengan kehidupan dunia, jika ada di antara kita yang mengingati kematian itu pun, hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gerun tentang kedahsyatan alam kubur itu.

Saudara kaum muslimin
Mengapakah ini berlaku? Hal ini berbunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan terlalu sibuk dengan hal dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap gelita.

Saudara kaum muslimin
Ingatlah bahawa jalan Allah swt tidak dapat kita tempuhi dengan tapak kaki tetapi ia ditempuhi dengan kekuatan dan kesucian hati.

Saudara kaum muslimin
Jika kita merasakan hati kita keras dan tepu, rawatilah dengan melaksanakan beberapa perkara seperti berikut:

  1. Gunakanlah masa yang berkualiti ini dengan membaca Al Quran dan berzikir 
  2. Bersikap tawadduk dan sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah swt
  3. Menghadiri majlis majlis ilmu, semakin tinggi ilmu agama seseorang itu akan semakin takut ia kepada Allah swt. Elakkan diri dari menghadiri majlis majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa.
  4. Mengingati mati, seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu ke Alam Akhirat sekali gus meringankan dunia dan tidak panjang angan angannya.
  5. Menziarahi kubur, jika hati kita tidak dapat dilembutkan dengan cara yang sebelum ini, maka inilah cara yang paling berkesan untuk mengubati hati yang keras.
Saudara kaum muslimin.
Sebagai mengakhiri khutbah pada kali ini marilah sama sama kita menghitung diri kita bagaimana nasib kita di alam kubur nanti. Adakah kita sebahagian dari umat yang akan dirahmati atau akan diazab oleh Allah swt. Renungilah kehidupan kita selama ini, Adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini?, bagaimanakah dengan amalan kita? Adakah sudah mencukupi untuk bertemu dengan Allah swt di akhirat nanti? 

Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah swt. 

Firman Allah swt dalam Surah Al Zalzalah

A007
A008
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Wassalam

Kuliah Maghrib 27-06-2012

Sambungan ulasan ayat 4 Surah As Sajadah


A004
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)

Keterangan,
Hakikat Apabila bita kembali kepada Allah swt iaitu ketika dihimpunkan di Padang Mahsyar, kita tidak akan mendapat pertolongan dari sesiapa pun selain dari Allah swt.

Penentu kepada kejayaan kita ialah dengan cara hidup kita semasa di dunia ini.

Sabda Rasulullah saw Manusia apabila bangun dari tidur, 2 perkara akan dilakukannya iaitu samada membawa dirinya kepada api neraka atau menyelamatkan dirinya dari api neraka. 

Apabila bangun dari tidur, kita bersyukur kepada Allah swt, kemudian ke masjid 

Firman Allah swt: Pada hari tersebut iaitu di Padang Mahsyar dari Nabi Adam hinggalah kepada manusia yang terakhir semasa kiamat, tidak ada yang dapat memberi syafaat melainkan orang yang Allah izinkan kepadanya untuk memberikan syafaat iaitu Nabi Muhammad saw.

Siapakah yang akan dapat syafaat dari Nabi? 
Dalam satu hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Hurairah bertanya Nabi saw Siapakah manusia yang paling gembira di negeri akhirat kelak kerana mendapat syafaat mu wahai Rasulullah?  Rasulullah saw bersabda Wahai Abu Hurairah soalan yang kamu tanyakan ini tidak pernah ditanya oleh orang lain. Manusia yang paling bahagia kerana mendapat Syafaat aku di negeri Akhirat kelak ialah orang yang mengucap kalimah Laila haillallah dengan benar benar ikhlas dari hatinya. Sahabat bertanya lagi Apakah yang dikatakan sebagai ikhlas apabila menyebut Laila haillallah? Rasulullah swt bersabda Tanda orang yang ikhlas orang yang sentiasa berusaha untuk menghalang dirinya dari melakukan perkara yang di haramkan oleh Allah swt.

Firman Allah swt Sesungguhnya pasti akan berjaya orang yang menyucikan dirinya, dan banyak menyebut nama tuhannya dengan sebutan bukan sekadar di mulut. Ketika disebut nama Allah hatinya hidup dan khusuk. Tetapi kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia.

Syafaat Nabi Muhammad saw ada 6

1. Syafaat Al Qubra ( Syafaat yang besar )
Semasa di Padang Mahsyar ketika semua makhluk dari Nabi Adam hingga manusia yang terakhir sebelum kiamat berada dalam keadaan huru hara dan derita. Segolongan manusia berjumpa dengan nabi nabi supaya memohon kepada Allah untuk disegerakan proses hisab. Mereka berjumpa dengan Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. Namun mereka semua tidak mampu dan tidak sanggup. Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw pergi ke bawah Arash, sujud dan berdoa kepada Allah untuk disegerakan hisab.

2. Syafaat untuk orang masuk syurga tanpa hisab
Syarat untuk golongan yang mendapat syafaat ini adalah dari umat Nabi Muhammad.

3. Syafaat Nabi Muhammad kepada segolongan manusia yang melakukan maksiat.
Walaupun dengan amalan mereka semasa hidup yang sepatutnya dimasukan ke dalam neraka tetapi dengan syafaat Nabi Muhammad mereka terlepas daripada neraka. Golongan ini berkemungkinan dari golongan yang sangat ikhlas ketika berselawat kepada Nabi, begitu terharu dan sedih apabila teringat kepada Rasulullah saw.Dengan syarat mereka mati dengan Lailahaillah, iaitu mati dalam iman.

4. Syafaat Nabi Muhammad kepada orang yang telah masuk neraka 
Dengan syafaat Nabi saw membolehkan golongan ini keluar dari neraka dan seterusnya masuk ke dalam syurga. Mereka ini juga adalah dari golongan yang beriman tetapi melakukan dosa semasa hidup. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud dari Anas bin Malik Aku pernah dengar Nabi bersabda Aku ( Nabi Muhammad saw ) keluar dari syurga untuk memberi syafaat kepada ahli neraka kemudian memasukkan ahli neraka tadi ke dalam syurga Allah swt. 

Syarat untuk golongan yang boleh keluar dari neraka tadi adalah bukan dari golongan yang kekal dalam neraka. Golongan yang kekal dalam neraka adalah golongan yang kufur yang tidak mengucap dua kalimah syahadat yang menolak terus Allah swt. 

5. Syafaat Nabi Muhammad kepada ahli syurga 
Syafaat untuk dinaikkan darjat syurga ke darjat yang lebih tinggi lagi

6. Syafaat Nabi Muhammad kepada orang kafir
Orang yang mati dalam kekafiran yang menolak kalimah Lailahaillalah. Golongan ini akan diringankan azab ketika dalam neraka. Antara yang mendapat syafaat ini adalah bapa saudara nabi iaitu Abu Talib dan juga golongan orang kafir yang tinggalkan dunia ini dengan banyak amalan kebajikan yang memberi munafaat kepada orang ramai. 

Mudah mudahan kita tergolong dari golongan yang ke 2, 3 dan ke 5 dan dijauhi dari golongan yang ke 4 dan ke 6. Insyaallah....

Wallahualam


Euro 2012 Milik Sepanyol

Sepanyol telah menjuarai Euro 2012 dengan membenam kekentalan Itali dengan jaringan terbesar pada mana mana pertandingan akhir Euro dengan jaringan 4-0.

Selaku pasukan terbaik dunia buat dekad ini Sepanyol merupakan pasukan pertama yang dapat mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut turut.

Empat tahun lalu mereka telah mengalahkan Jerman 1-0.

Walaupun temasya pada kali ini dikatakan amat menarik sekali, namun tiada satu perlawanan pun yang aku tonton secara live.

Waktu pertandingan tersebut berlangsung adalah waktu aku tidur. Jadi hanya highlight perlawanan sahaja yang aku sempat tonton.

Walaubagaimanapun tahniah buat pasukan Sepanyol. Insyaallah pasukan Kelantan juga akan berjaya pada tahun ini dengan merangkul Piala FA, Liga Super dan seterusnya Piala Malaysia

Wassalam

Liga Super: Kelantan vs Selangor

Penentuan untuk The Red Warrior untuk menguasai takhta Liga Super pada malam ini. Adakah ia akan menjadi kenyataan?

Buat penyokong pasukan Kelantan malam ini adalah malam penentunya.

Tanpa mengira kaum atau pegangan parti politik, mereka sama sama akan memberi sokongan padu ada pasukan kesayangan mereka.

Sama samalah kita berdoa agar ianya menjadi kenyataan.

Kuliah Maghrib 24-06-2012: Hadis 3

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim 


Pokok Perbincangan Hadis :

Binaan Islam : Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
- Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya
- Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
- Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
- Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
- Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

Matlamat Ibadat :
- Syahadah : syarat diterima amalan lain.
- Solat : penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab.
- Zakat : suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
- Haji : tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
- Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
- Puasa : syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


Ulasan 


Hadis yang penting kerana ia menyatakan asas dalam Islam untuk kita amalkan.


Dibinanya Islam melalui landasan yang kuat iaitu 5 perkara.


1. Mengucap 2 kalimah syahadat 
Ia merupakan satu akidah. Sabda Nabi saw, Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap 2 kalimah syahadat. Maksudnya apabila agama Islam itu tertegak, orang Islam tidak boleh berdiam diri supaya amalan 2 kalimah syahadat itu menjadi syiar dan boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Sebagai seorang Islam perla beramal yakin dan menyereru orang bukan Islam untuk mengucap 2 kalimah syahadat


Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda Sesiapa yang mengucap 2 kalimah syahadat dengan ikhlas dia akan masuk syurga. Ikhlas memerlukan mujahadah untuk mendapatkan pengakuan dari hati dan anggota anggota zahir yang lain. 


2. Mendirikan solat
Ia merupakan satu syariat. Memelihara dan menunaikan solat tepat pada waktunya. dan menyempurnakan setiap syarat dan rukunnya dann kita juga kena jaga dan sempurnakan semua amalan sunat sunatnya dengan susun atur yang cantik dan tidak tergesa gesa untuk mendapatkan kemanisan dalam solat. 


Firman Allah swt 
A045
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan


Apabila solat berjemaah, kedudukan didalam syaf itu amat penting sekali, pesanan dari imam untuk, penuhkan syaf, betulkan syaf dan rapatkan syaf perlu diikuti dan dipatuhi. Amalan para sahabat dan ulamak ahli sunnah yang terdahulu adalah berebut rebut untuk mendapatkan syaf di hadapan sekali. 


Pengiraan rapatnya syaf itu mengikut sabda Nabi saw adalah Bahu bersentuhan dengan bahu dan tumit bersentuhan dengan tumit. Manakala pengiraan syaf yang lurus adalah dikira dari hujung tumit ke hujung tumit. 


Sabda Nabi saw lagi Perbezaan antara orang kafi dan muslim adalah meninggalkan solat. Sabda Nabi saw lagi Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia itu kafir yang nyata. Sabda Nabi saw lagi Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat dia mendirikan agama manakala sesiapa yang meninggalkan solat dia meruntuhkan agama.


3. Mengeluarkan zakat
Zakat yang paling asas adalah zakat fitrah. Yakni zakat semulajadi untuk tubuh badan kita yang mana berbeza setiap tahun mengikut makanan asasi di sesuatu tempat itu. 

Sementara zakat zakat yang lain perlu dibayar apabila telah cukup nisab (kuantiti yang ditetapkan) dan haul (tempuh masa satu tahun). Zakat ialah ibadat yang berkaitan dengan harta untuk memberikan kesamarataan pada umat Islam. Zakat boleh memenuhi keperluan fakir miskan untuk mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayang di antara mereka. Sabda Nabi saw Orang fakir itu hampir hampir kepada kufur. 

4. Mengerjakan Haji di Mekkah
Bulan haji adalah bermula dari bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ibadat Haji ini seperti firman Allah dalah surah Al Haj. Ibadat haji ini adalah satu pengorbanan harta dan jiwa. Syarat syarat haji adalah kena ada kemampuan, tubuh sihat dan perjalanan tiada fitnah atau perjalanan yang selamat dari marabahaya.

Ada kemampuan, perlu ada duit dan haji yang mabrur itu amat besar balasannya. Sabda nabi saw Haji yang mabrur tidak ada balasannya selain dari syurga. Ibarat orang yang mendapat haji yang mabrur adalah seumpama dia baru dilahirkan oleh ibunya. 


Ibadat haji adalah ibadat yang paling mudah kerana tidak ada rukun qauli (bacaan) dalam ibadat haji. Semua bacaan bacaan dalam ibadat haji adalah sunat.


Dalam surah al Imran Allah berfirman Mengerjakan ibadat haji adalah kewajipan manusia kepada Allah iaitu ke atas orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah, Mekah. 


5. Puasa 
Firman Allah dalam surah Al Baqarah merupakan dalil untuk kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Puasa dapat meninggikan darjat Roh kita kerana nafsu ditekankan ke bawah. Ia memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Ia juga boleh menjadi pendinding diri dari melakukan maksiat. 


Sabda Nabi saw Puasa itu perisai terhadap melakukan maksiat. Manakala ganjaran untuk orang orang yang berpuasa adalah Allah swt sahaja yang mengetahui. Firman Allah swt Puasa ini Aku akan ganjarkan sendiri 


Dengan adanya rukun teras ini kita boleh membina kesatuan umat Islam. 
Peliharalah sunah sunah Nabi dari sekecil kecil sunah hingga sebesar besar sunah.


Tujuan utama beribadat adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt


Islam adalah Akidah dan Syariat, Kedua dua itu saling memerlukan antara satu sama lain. Akidah tidak akan sampai ke mana jika syariat tidak betul. 


Wallahualam

Jamuan Makan Tengahari

Bertempat di Mukim Parit berhampiran dengan rumah bekas Menteri Besar Kelantan Dato Muhammad Nasir telah diadakan jamuan makan tengahari untuk semua penduduk mukim Parit dan mukim mukim yang berhampiran.

Jamuan yang diadakan selepas solat Jumaat hingga ke waktu malam telah mendapat sambutan yang menggalakan dari penduduk setempat.

Saya juga tidak ketinggalan untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut.

Wassalam

Persediaan Untuk Hari Keluarga Jabatan Radiologi 2012

Hari keluarga Jabatan Radiologi datang lagi, kali ini akan di adakan di Tasik Kenyir. Kepada keluarga yang dapat hadir pada sambutan tersebut diharapkan akan gembira dan ceria sentiasa.

Kepada keluarga yang tidak dapat hadir, mungkin di tahun hadapan perlu ditambah usaha supaya segala rintangan dan ranjau yang menghalang akan dapat diatasi.

Tahniah kepada AJK KKMI yang telah bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan hari keluarga pada tahun ini.

Wassalam

Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 22 Jun 2012: Solat Tiang Agama

Firman Allah swt yang bermaksud Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mancuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat, maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala walau sedikit pun.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Hari ini kita berada di 2 haribulan Syaaban, yang mana bulan Rejab telah meninggalkan kita di mana sebulan di bulan Rejab kita mendengar ceramah ceramah agama berkenaan dengan Israq dan Mikraj dan kita mendengar forum forum dan kuliah kuliah berkenaan dengan Israq dan Mikraj. Tetapi sejauh manakah yang kita mengambil pengajaran atau iktibar dari peristiwa Israq dan Mikraj.

Yang mana di sini ingin saya menyebut di antara perkara perkara yang penting walaupun kesemuanya adalah penting tetapi yang lebih penting ialah di dalam peristiwa Israq dan Mikraj itu Allah swt telah menfardhukan sembahyang kepada Nabi Muhammad saw dan juga umatnya yakni kita semua.

Saudara kaum muslimin
Marilah sama sama kita bertaqwa kepada Allah swt dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan semua larangannya, mudah mudahan kita diberi kejayaan oleh Allah swt di dunia dan juga di akhirat kelak.

Saudara kaum muslimin
Ketahuilah bahawa perintah mengerjakan solat itu sdalah satu perintah yang agong di dalam agama Islam kerana kebesaran itulah orang yang mengerjakannya di panggil Ahli Kiblat dan Ahli Solat. Semua ini adalah kerana kebesaran solat dalam agama Islam.

Kewajipan mengerjakan solat ini tidak gugur dari seorang mukallaf walaupun berada di medan peperangan selama ia memiliki ingatan kecuali wanita ketika haid dan nifas.

Sembahyang adalah tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud Bermula sembahyang itu adalah sebagai tiang agama, barang siapa yang mendirikan sembahyang bererti ia mendirikan agama dan barang siapa yang meninggalkan sembahyang bererti dia meruntuhkan agama. 

Di mana diwajibkan kepada kita 5 kali sehari semalam dan diikhlankan seruannya setiap fardhu 5 kali sehari dengan suara Azan.

Ibnu Abbas menceritakan: Aku bertanya Rasulullah saw tentang maksud mereka yang lalai dalam solat. Jawab Baginda Rasulullah saw Mereka itu ialah orang yang mentakhirkan sembahyang daripada waktunya, mereka dinamakan orang yang bersembahyang  sedangkan mereka mempersendakan sembahyang. Akibatnya mereka akan dimasukkan oleh Allah swt ke dalam neraka jahannam yang kepanasannya mencairkan bukit bukau di dunia ini dan itulah tempat mereka yang mempermainkan sembahyang.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia.
Perlu diingatkan bahawa, amalan pertama yang akan dihisab di alhirat kelak ialah sembahyangnya. Sekiranya ini berjaya maka yang selepasnya akan mudah dan berjaya. Sekiranya gagal maka yang selepasnya akan rugi  dan binasa.

Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka maka jawabnya orang yang meninggalkan sembahyang kerana kami tidak mendirikan solat.

Saudara kaum muslimin
Di sana terdapat terlalu banyak amalan daripada Allah swt tentang mereka yang tidak mengerjakan sembahyang.

Di antaranya sabda Rasulullah saw yang bermaksud Perbezaan seorang muslim dengan orang kafir adalah meninggalkan sembahyang.

Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka terlepaslah dia dari jaminan atau naungan Allah swt.

Sesiapa yang meninggalkan sembahyang Asar maka gugurlah amalannya

Saudara kaum muslimin
Ibnu Omar Al Khattab ra berkata Tidak ada bahagian dalam Islam bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Allah swt telah meletakkan martabat seorang manusia di tempat yang tinggi. Ketinggian dan keagongan darjat seseorang itu bergantung kepada setinggi mana ia mengagongkan kebesaran Allah swt.. Di zaman kita ini banyak syiar Islam diabaikan tetapi dengan kelebihan dan kebesaran Allah swt masih kekal bersama kita beberapa ibadat syiar yang diketuai oleh ibadat sembahyang, kerana kelebihan ibadat sembahyang itulah  maka kita tidak boleh walau seorangpun mengabaikannya.

Saudara kaum muslimin
Alangkah ruginya seorang hamba yang tidak rukuk dan tidak sujud. Orang yang mengerjakan sembahyang walaupun ada melakukan kesalahan adalah lebih baik dari orang yang tidak mengerjakan sembahyang. Kerana ulamak berkata Mereka yang memelihara solat hampir kepada rahmat Allah azzawajalla berbanding dengan mereka yang tidak mengerjakan sembahyang.

Seorang yang tidak mengerjakan sembahyang hukumnya terlalu berat dan sentiasa terdedah kepada kemungkaran Allah swt.

Para ulamak tidak berselisih pendapat bahawa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja telah melakukan dosa yang sangat besar dan dosanya di sisi Allah lebih besar dari membunuh seorang manusia, merompak harta, berzina, mencuri, minum arak  dan terdedah kepada balasan Allah swt dan kemurkaannya di dunia dan juga di akhirat kelak.

Saudara kaum muslimin
Ulamak tidak berselisih pendapat bahawa seseorang meninggalkan sembahyang adalah fasik, jahat dan berhak mendapat hukuman Allah swt. Para ulamak mengakui akan orang yang meninggalkan sembahyang sedangkan dia mengetahui hukumnya sehingga keluar waktunya maka dia adalah orang yang fasik. Orang yang jahat, tidak boleh diterima kesaksiannya, tidak boleh menjadi saksi dan berhak mendapat siksaan Allah swt.

Al Amam Ibnu Nasab berkata Tidak ada perselisihan dikalangan ulamak Islam bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah fasik, tetapi mereka berselisih pendapat untuk mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang tanpa mengingkari kewajipannya.

Saudara kaum muslimin
Ketahuilah bahawa orang yang meninggalkan sembahyang ini ada beberapa perkara:

  1. Meninggalkan sembahyang dengan mengingkarinya, ini dihukumkan kafir oleh ulamak tanpa khilaf. 
  2. Meninggalkan sembahyang dengan terlupa, pelakunya tidak kafir dan tidak fasik dengan ithjimak ulamak dan mewajibkannya Qada' dengan segera 
  3. Meninggalkan dengan sengaja tetapi tidak mengingkari wajibnya. Inilah yang paling banyak dibahas  dan diperselisih oleh ulamak, Adakah menjadi kafir atau tidak?. Imam Shafie dan beberapa ulamak lain mengatakan bahawa mereka tidak kafir selama mana tidak mengingkari kewajipannya, Tetapi mereka dituntut agar bertaubat dalam masa 3 hari, 
Saudara kaum muslimin
Allah swt memerintahkan kita mengerjakan solat kerana dia mempunyai faedah yang sangat besar dalam kehidupan manusia sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Dan peliharalah kamu akan sembahyang, (semua sembahyang} terutamanya sembahyang wusta ( Sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah di dalam solat kamu dengan taat dan khusuk. 

Solat sebenarnya adalah munajat seorang hamba kepada Allah swt dengan penuh khusyuk dan tawadduk yang hasilnya akan dikurniakan oleh Allah swt ketenanyan dan kerehatan jiwa lebih lebih lagi jika sembahyang itu dikerjakan secara berjemaah.

Saudara kaum muslimin
Sayugia bagi kita semua dan sebagai seorang muslim bersyukur dan berterima kasih kita kepada Allah swt dengan taufiknya kita dapat mengerjakan dan menjaga sembahyang serta tidak mencuaikannya. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud Sesungguhnya manusia dijadikan resah gelisah lagi bakhil dan kedekut apabila dia di timpa kesusahan dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan dia sangat bakhil dan kedekut kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. 



Wassalam

Program 5S Di Jabatan Radiologi

Program 5S di Jabatan Radiologi HUSM sedang diamalkan oleh staf Jabatan Radiologi. Mereka bertungkus lumus menjalankan aktiviti yang telah direncanakan sebelum ini oleh PIC masing masing.

Perubahan yang amat ketara kelihatan pada persekitaran tempat kerja sehingga mendapat pujian dari pesakit dan pelawat yang berurusan di Jabatan Radiologi.

Kuliah Maghrib 17-6-2012: Sambungan Huraian Hadis 2

Apakah ia Ehsan?

Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 


Sesungguhnya Allah swt memfardhukan Ehsan itu di atas setiap sesuatu


Amal ibadat  yang kita kerjakan hendaklah dibuat dengan bersungguh sungguh dan ikhlas hanya kerana Allah swt dan bukan kerana makhluk


Allah swt adalah maha mendengar dan maha melihat  walaubagaimanapun kuasa dan zat Allah itu tidak sama dengan apa yang ada pada makhluk ciptaannya.


Islam bererti tunduk dan patuh kepada Allah dengan ikhlas


Allah tidak sesekali membebankan seseorang manusia itu kecuali mengikut kemampuan mereka. 


Seafdal afdal amalan disisi Allah ialah amalan yang konsisten (berterusan) dan ehsan (ikhlas serta bersungguh sungguh)




Tanda tanda Kiamat


Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)


Fakir itu hampir hampir kepada kufur


Orang yang susah tetapi berterusan mengejar dunia dan melupakan akhirat.


Kerosakan zaman, dunia menjadi rosak kerana buruknya akhlak manusia tak kira muda atau tua kerana tersangat jauh dari didikan agama Islam.


Antara sebab sebab doa tidak berkat dan tidak dimakbulkan adalah kerana kita terlalu banyak berbuat dosa.


Pada zaman ini ramai anak anak menjadi durhaka kepada ke dua ibubapa, inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw "Hamba perempuan yang melahirkan tuannya".


Motif utama diutuskan Rasulullah selain dari nak menjauhkan diri dari Taghut, adalah untuk membentuk adab dan akhlak yang mulia.


Ilmu yang tinggi itu tidak mencerminkan seseorang itu berakhlak yang baik tanpa disusuli dengan keinsafan, kesedaran hati dan kewibawaan bahawasanya mereka benar benar makhluk Allah.


Di akhir zaman ini banyak berlaku huru hara di mana mana sahaja di dunia ini tanpa mengira tempat.

Di akhir zaman ini terdapat ramai orang yang bodoh atau jahil daripada orang yang cerdik atau pandai atau alim. Dalam kata lain orang yang tidak tahu lebih ramai daripada orang yang tahu. Ada juga keadaan orang yang tidak tahu tetapi buat buat tahu dan ini adalah amat membahayakan.

Orang yang miskin semakin miskin dan semakin tidak terbela manakala orang yang kaya bertambah tambah lagi kekayaannya.

Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Janganlah kita jadikan pengetahuan agama yang ada didalam diri kita ini dijadikan senjata untuk bertempur dengan rakan yang seagama dengan kita. 

Kata Iman Shafie; "Mazhab aku, pegangan aku adalah betul tetapi boleh jadi ada juga salah. Mazhab lain, pendapat lain atau pandangan lain salah tetapi boleh jadi ada juga yang betul."

Mereka boleh menghormati pegangan atau pendapat orang lain (yakni yang tidak salah tetapi hanya bercanggah pendapat sahaja)  antara satu sama lain apabila berada di tempat mereka. Mereka merendah diri  antara satu sama lain.

Sekiranya kita tidak tahu akan jawapan yang ditanya kepada kita, hendaklah kita mengaku dengan jelas bahawasanya kita tidak tahu. Kita hendaklah menjawab permasalahan yang kita benar benar tahu sahaja terutama kepada pertanyaan yang melibatkan hukum syarak.

Janganlah kita bawa penyakit penyakit ini dalam kehidupan kita.

Apabila berbahas hendaklah berasaskan kepada ilmu dan bukan dengan sikap amarah

Firman Allah swt Tidaklah aku berikan ilmu itu kepada kamu kecuali sebesar secubis kuku sahaja. 

Wallahualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya sahaja dan tidak boleh dijadikan rujukan.




Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 15 Jun 2012:Hikmat Dari Peristiwa Israq Mikraj

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian,
Alhamdilillah, kita sekelian memanjat syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik dan hidayahnya kepada kita semua. Di mana kita masih diberi peluang untuk kita meneruskan amal bakti kita kepada Allah swt sebanyak yang mungkin dan sekaligus dapat kita menjauh diri dari segala larangannya.

Saudara kaum muslimin sidang Jumaat yang dihormati lagi dikasihi sekelian,
Di hari dan di bulan Rejab yang mulia ini, marilah kita merenung kembali ke atas peristiwa yang amat besar yang menggemparkan seluruh dunia sebagaimana yang telah diketahui iaitu peristiwa Israq dan Mikraj.
Peristiwa Israq dan Mikraj yang berlaku keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw pada tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah kira kira  lebih 1400 tahun dahulu. Demi untuk kita mengambil hikmah hikmah dan pengajaran pengajaran yang terkandung di dalamnya untuk kita amal bagi diri kita, bagi keluarga kita, bagi masyarakat kita dan negara kita.

Saudara kaum muslimin sidang Juamaat yang berbahagia.
Bahagialah umat manusia yang mempunyai dan mengambil pengajaran daripadanya dan binasalah umat manusia yang tidak percaya atau meraguinya. Peristiwa besar yang dicatatkan di dalam kitab suci Al Quran nil Karim sebagaimana firman Allah swt dalam surah al Israk

Bismillah
A001
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Saudara kaum muslimin
Allah swt menjalani hambanya dalam masa yang begitu singkat, tak sampai semalaman, bukan sahaja setakat Masjidil Aqsa di Palestin tetapi lebih jauh daripada itu dijalaninya melintasi 7 lapis langit seterusnya dibawa ketempat yang bernama Siddaratul Muntaha. Di sana nabi besar Muhammad saw dapat melihat malaikat Jibrail pada rupa bentuknya yang sebenar. Sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud Demi sesungguhnya Nabi Muhammad talah melihat Malaikat Jibrail pada rupa bentuknya yang sebenar di Siddaratul Muntaha pada malam Israq dan Mikraj. 

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah
Sedia maklum bahawa peristiwa Israq Mikraj junjungan besar Nabi Muhammad saw itu mengandungi beberapa hikmat hikmat dan pengajaran pengajaran yang amat besar  bagi membangun individu individu muslim kepada jiwa besar, masyarakat yang bertamaddun dan negara Islam yang terkemuka di muka bumi ini yang diredhai oleh Allah swt. 

Di antara hikmat hikmat dan pengajaran yang dipetik daripada peristiwa Israq dan Mikraj yang mesti kita menghayatinya supaya kita dapat mencapai mesej pembangunan Islam yang tersebut iaitu:
  1. Pembangunan rohani, dengan memperlihatkan tanda tanda Allah melalui Alam Bawahan dan Alam Atasan supaya umat manusia sentiasa mengenal kebesaran Allah swt dan bertaqwa kepadanya dengan memenuhi segala seruhan dan menjauhi segala larangan.
  2. Perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang singkat sahaja sebagai mencabar daya usaha rekaan  kekuasaan umat manusia yang dikatakan canggih dan morden dewasa ini. Semoga umat manusia menyaksi kekuasaan Allah swt dan ciptaannya lebih canggih daripada segala segalanya
  3. Kemuncak tempat yang sampai iaitu Siddaratul Muntaha yang tertinggi, sekaligus mengiklankan bahawa urusan Allah swt, agama Islam dan umat Islam adalah lebih tinggi daripada urusan yang lain, peraturan peraturan yang lain dan daripada orang orang yang bukan Islam, semoga umat Islam sentiasa sedar serta mengorak lagkah bagi mencapai pangkat khalifah yang menguasai mukabumi ini.
Saudara kaum muslimin
Di antara hikmat hikmat dan pengajaran pengajaran yang tersebut marilah kita petik salah satu daripadanya untuk kita sama sama menjalani serta menghayatinya iatu mengenai pembangunag rohani. Pembangunag rohani

ialah merupakan satu formula yang wajib dilakukan oleh setiap muslim. Dengannya individu muslim akan jagi orang yang berjuwa besar, mengagong kebesaran Allah, mematuhi segala arahan Allah dan mampu mentadbir diri sendiri,masyarakat dan negara.  

Jika ramai individu muslim yang berjiwa besar akan lahirlah masyarakat dan negara yang berjiwa besar. Mereka layak menjadi khalifah yang menguasai muka bumi ini. Dalam pada itu satu perkara yang mendukacitakan yang menjadi persoalannya mengapakah umat Islam hari ini menjadi umat yang dikuasai dan bukan umat yang berkuasa. Sebahagian dari negara Islam dirampas, ekonomi umat Islam ditekan, sebahagian dari alat senjata 
canggih disiasat untuk dimusnahkan sepaya umat Islam tidak akan bangun selama lamanya.

Saudara kaum muslimin
Bagi menjawab persoalan sebab kelemahan umat Islam itu ialah kerana ramai umat Islam yang tidak menghayati ajaran Islam terutama dalam bidang membangun rohani. Rohani mereka ditawan  dan dipengaruhi oleh sifat sifat mazmumah yakni sifat yang tercela, dan sifat sifat syaitanniah, di mana ia merupakan sebagai virus yang amat bahaya yang akan menyebabkan rohani menjadi kerdil dan tidak mampu untuk membangun.

Saudara kaum muslimin
Sifat sifat mazmumah, sifat sifat yang tercela yang dimaksudkan itu di antara lain ialah ego, membesarkan diri, memandang rendah kepada orang lain, dendam kesumat, suka berseteru, suka membuat fitnah dan melaga lagakan orang. tamak pada harta tanpa mengira haram atau halal , tidak memadai dengan pendapatan harta yang halal, memandang hina kepada fakir miskin, kurang maruah agama, kasih kepada mashyur, berebut rebut untuk menjadi ketua dan banyak lagi yang menyebabkan rohani mereka menjadi rosak, diri rosak, masyarakat rosak dan  umat Islam rosak yang mana dikuasai oleh orang bukan Islam.

Saudara kaum muslimin
Berketepatan dengan sabda junjungan besar kita nabi Muhammad saw yang bermaksud Bahawa sesengguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baik ia, baiklah seluruh anggota dan apabila rosak ia, pasti rosaklah seluruh anggota.  Ketahuilah itulah dia hati.

Saudara kaum muslimin
Oleh yang demikian marilah kita sama sama menebus kembali maruah kita umat Islam dengan kita sama sama kembali kepada ajaran Islam dan kita sama sama bermuhasabah memeriksa diri kita masing masing. Apakah rohani kita telahpun membangun  atau pun rohani kita penuh dengan virus virus dan penyakit yang amat tenat. 

Maka jika persoalah ini kita dapat memberi jawatan yang baik, hendaklah kita bersyukur kepada Allah swt di atas taufik dan hidayahnya itu. Andainya persoalan itu tidak dapat memberi jawapan yang baik, ketika itu wajiblah kita berusaha sedapat yang mungkin mengubati dengan riadah dan mujahadah yang bersungguh sungguh mengikis buang segala sifat sifat mazmumah, sifat yang tercela daripada jiwa kita serta berusaha dengan bersungguh sungguh disematkan dalam jiwa dengan segala sifat sifat mahmudah yakni sifat yang terpuji. Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk menunjukkan jalan yang benar kepada sesiapa yang bersungguh sungguh bermujahadah.


Sebagaimana firman Allah swt dalam surah An Ankabut


A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Wassalam



Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week