Kuliah Maghrib 24-06-2012: Hadis 3

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim 


Pokok Perbincangan Hadis :

Binaan Islam : Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
- Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya
- Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
- Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
- Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
- Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

Matlamat Ibadat :
- Syahadah : syarat diterima amalan lain.
- Solat : penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab.
- Zakat : suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
- Haji : tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib segerakan.
- Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
- Puasa : syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.


Ulasan 


Hadis yang penting kerana ia menyatakan asas dalam Islam untuk kita amalkan.


Dibinanya Islam melalui landasan yang kuat iaitu 5 perkara.


1. Mengucap 2 kalimah syahadat 
Ia merupakan satu akidah. Sabda Nabi saw, Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap 2 kalimah syahadat. Maksudnya apabila agama Islam itu tertegak, orang Islam tidak boleh berdiam diri supaya amalan 2 kalimah syahadat itu menjadi syiar dan boleh menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat. Sebagai seorang Islam perla beramal yakin dan menyereru orang bukan Islam untuk mengucap 2 kalimah syahadat


Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda Sesiapa yang mengucap 2 kalimah syahadat dengan ikhlas dia akan masuk syurga. Ikhlas memerlukan mujahadah untuk mendapatkan pengakuan dari hati dan anggota anggota zahir yang lain. 


2. Mendirikan solat
Ia merupakan satu syariat. Memelihara dan menunaikan solat tepat pada waktunya. dan menyempurnakan setiap syarat dan rukunnya dann kita juga kena jaga dan sempurnakan semua amalan sunat sunatnya dengan susun atur yang cantik dan tidak tergesa gesa untuk mendapatkan kemanisan dalam solat. 


Firman Allah swt 
A045
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan


Apabila solat berjemaah, kedudukan didalam syaf itu amat penting sekali, pesanan dari imam untuk, penuhkan syaf, betulkan syaf dan rapatkan syaf perlu diikuti dan dipatuhi. Amalan para sahabat dan ulamak ahli sunnah yang terdahulu adalah berebut rebut untuk mendapatkan syaf di hadapan sekali. 


Pengiraan rapatnya syaf itu mengikut sabda Nabi saw adalah Bahu bersentuhan dengan bahu dan tumit bersentuhan dengan tumit. Manakala pengiraan syaf yang lurus adalah dikira dari hujung tumit ke hujung tumit. 


Sabda Nabi saw lagi Perbezaan antara orang kafi dan muslim adalah meninggalkan solat. Sabda Nabi saw lagi Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia itu kafir yang nyata. Sabda Nabi saw lagi Solat itu adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat dia mendirikan agama manakala sesiapa yang meninggalkan solat dia meruntuhkan agama.


3. Mengeluarkan zakat
Zakat yang paling asas adalah zakat fitrah. Yakni zakat semulajadi untuk tubuh badan kita yang mana berbeza setiap tahun mengikut makanan asasi di sesuatu tempat itu. 

Sementara zakat zakat yang lain perlu dibayar apabila telah cukup nisab (kuantiti yang ditetapkan) dan haul (tempuh masa satu tahun). Zakat ialah ibadat yang berkaitan dengan harta untuk memberikan kesamarataan pada umat Islam. Zakat boleh memenuhi keperluan fakir miskan untuk mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayang di antara mereka. Sabda Nabi saw Orang fakir itu hampir hampir kepada kufur

4. Mengerjakan Haji di Mekkah
Bulan haji adalah bermula dari bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ibadat Haji ini seperti firman Allah dalah surah Al Haj. Ibadat haji ini adalah satu pengorbanan harta dan jiwa. Syarat syarat haji adalah kena ada kemampuan, tubuh sihat dan perjalanan tiada fitnah atau perjalanan yang selamat dari marabahaya.

Ada kemampuan, perlu ada duit dan haji yang mabrur itu amat besar balasannya. Sabda nabi saw Haji yang mabrur tidak ada balasannya selain dari syurga. Ibarat orang yang mendapat haji yang mabrur adalah seumpama dia baru dilahirkan oleh ibunya


Ibadat haji adalah ibadat yang paling mudah kerana tidak ada rukun qauli (bacaan) dalam ibadat haji. Semua bacaan bacaan dalam ibadat haji adalah sunat.


Dalam surah al Imran Allah berfirman Mengerjakan ibadat haji adalah kewajipan manusia kepada Allah iaitu ke atas orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah, Mekah. 


5. Puasa 
Firman Allah dalam surah Al Baqarah merupakan dalil untuk kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Puasa dapat meninggikan darjat Roh kita kerana nafsu ditekankan ke bawah. Ia memberikan kesihatan kepada tubuh badan. Ia juga boleh menjadi pendinding diri dari melakukan maksiat. 


Sabda Nabi saw Puasa itu perisai terhadap melakukan maksiat. Manakala ganjaran untuk orang orang yang berpuasa adalah Allah swt sahaja yang mengetahui. Firman Allah swt Puasa ini Aku akan ganjarkan sendiri 


Dengan adanya rukun teras ini kita boleh membina kesatuan umat Islam. 
Peliharalah sunah sunah Nabi dari sekecil kecil sunah hingga sebesar besar sunah.


Tujuan utama beribadat adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt


Islam adalah Akidah dan Syariat, Kedua dua itu saling memerlukan antara satu sama lain. Akidah tidak akan sampai ke mana jika syariat tidak betul. 


Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week