Kuliah Maghrib 17-6-2012: Sambungan Huraian Hadis 2

Apakah ia Ehsan?

Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 


Sesungguhnya Allah swt memfardhukan Ehsan itu di atas setiap sesuatu


Amal ibadat  yang kita kerjakan hendaklah dibuat dengan bersungguh sungguh dan ikhlas hanya kerana Allah swt dan bukan kerana makhluk


Allah swt adalah maha mendengar dan maha melihat  walaubagaimanapun kuasa dan zat Allah itu tidak sama dengan apa yang ada pada makhluk ciptaannya.


Islam bererti tunduk dan patuh kepada Allah dengan ikhlas


Allah tidak sesekali membebankan seseorang manusia itu kecuali mengikut kemampuan mereka. 


Seafdal afdal amalan disisi Allah ialah amalan yang konsisten (berterusan) dan ehsan (ikhlas serta bersungguh sungguh)




Tanda tanda Kiamat


Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)


Fakir itu hampir hampir kepada kufur


Orang yang susah tetapi berterusan mengejar dunia dan melupakan akhirat.


Kerosakan zaman, dunia menjadi rosak kerana buruknya akhlak manusia tak kira muda atau tua kerana tersangat jauh dari didikan agama Islam.


Antara sebab sebab doa tidak berkat dan tidak dimakbulkan adalah kerana kita terlalu banyak berbuat dosa.


Pada zaman ini ramai anak anak menjadi durhaka kepada ke dua ibubapa, inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw "Hamba perempuan yang melahirkan tuannya".


Motif utama diutuskan Rasulullah selain dari nak menjauhkan diri dari Taghut, adalah untuk membentuk adab dan akhlak yang mulia.


Ilmu yang tinggi itu tidak mencerminkan seseorang itu berakhlak yang baik tanpa disusuli dengan keinsafan, kesedaran hati dan kewibawaan bahawasanya mereka benar benar makhluk Allah.


Di akhir zaman ini banyak berlaku huru hara di mana mana sahaja di dunia ini tanpa mengira tempat.

Di akhir zaman ini terdapat ramai orang yang bodoh atau jahil daripada orang yang cerdik atau pandai atau alim. Dalam kata lain orang yang tidak tahu lebih ramai daripada orang yang tahu. Ada juga keadaan orang yang tidak tahu tetapi buat buat tahu dan ini adalah amat membahayakan.

Orang yang miskin semakin miskin dan semakin tidak terbela manakala orang yang kaya bertambah tambah lagi kekayaannya.

Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Janganlah kita jadikan pengetahuan agama yang ada didalam diri kita ini dijadikan senjata untuk bertempur dengan rakan yang seagama dengan kita. 

Kata Iman Shafie; "Mazhab aku, pegangan aku adalah betul tetapi boleh jadi ada juga salah. Mazhab lain, pendapat lain atau pandangan lain salah tetapi boleh jadi ada juga yang betul."

Mereka boleh menghormati pegangan atau pendapat orang lain (yakni yang tidak salah tetapi hanya bercanggah pendapat sahaja)  antara satu sama lain apabila berada di tempat mereka. Mereka merendah diri  antara satu sama lain.

Sekiranya kita tidak tahu akan jawapan yang ditanya kepada kita, hendaklah kita mengaku dengan jelas bahawasanya kita tidak tahu. Kita hendaklah menjawab permasalahan yang kita benar benar tahu sahaja terutama kepada pertanyaan yang melibatkan hukum syarak.

Janganlah kita bawa penyakit penyakit ini dalam kehidupan kita.

Apabila berbahas hendaklah berasaskan kepada ilmu dan bukan dengan sikap amarah

Firman Allah swt Tidaklah aku berikan ilmu itu kepada kamu kecuali sebesar secubis kuku sahaja. 

Wallahualam

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya sahaja dan tidak boleh dijadikan rujukan.




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
Loading...

Follow by Email

 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week