Kuliah Maghrib

Said bin amir
Salah seorang sahabat Nabi saw yang
Mengutamakan Allah dan rasul dalam kehidupannya.

Menghayati perjuangan Nabi saw dan sahabat sahabat Nabi saw

Kehidupan yang sebenar adalah menjaga akidah hingga ke akhir hayat.

Beliau hidup di zaman Rasulullah saw, Abu Bakar dan Umar dan telah berkhidmat dengan ketiga tiganya.

Di zaman Khalifah Umar beliau telah dilantik menjadi gabenor di sebuah tanah jajahan kerajaan Islam. Namun demikian beliaulah yang paling miskin sekali di tempat itu.

Waktu pagi beliau memperuntukkan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarganya, dan hanya waktu tengahari beliau keluar berjumpa dengan rakyatnya.

Waktu malamnya hanya diperuntukkan untuk beribadat kepada Allah dan tidak melayan sebarang masalah dari rakyatnya.

Sebulan sekali tak keluar berjumpa rakyatnya kerana di hari itu beliau mencuci pakaiannya. Beliau hanya akan keluar di waktu petang setelah pakaiannya kering. ( Beliau hanya mempunyai sehelai pakaian sahaja)

Selalu pengsan di majlis majlis orang ramai kerana teringatkan tragedi ngeri semasa salah seorang sahabat Nabi saw, Ubaid yang telah dibunuh dengan kejamnya oleh kaum musrikin semasa beliau masih belum memeluk Islam.

Wallahualam






0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week