USM Sedia Jadi Rakan Strategik Bantu Rakyat Palestin



Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia menjadi rakan strategik kepada mana-mana pihak yang mahu menggunakan kepakaran terutama dalam bidang perubatan bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Omar Osman berkata universiti itu sentiasa bersedia untuk menghantar pelajar dan pegawai perubatannya untuk membantu rakyat negara itu termasuk mencari dana pendidikan dan memberikan kursus perubatan.
“USM mempunyai pelbagai kepakaran untuk membantu pihak yang memerlukan termasuk di Palestin ini. Kita ada 400 pensyarah perubatan dan sains kesihatan yang bersedia untuk itu.
Di Palestin banyak anak-anak yang cacat dan tidak boleh pergi ke sekolah dan USM juga mengumpul dana untuk membantu bagaimana pelajar ini boleh meneruskan pembelajaran di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kerusi Roda USM Kepada Yayasan Amal Malaysia Untuk Rakyat Palestin di sini hari ini.
Program itu sempena tamat latihan pembuatan anggota palsu oleh enam pelatih Palestin selama enam bulan di kampus kesihatan universiti itu, di sini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Baca seterusnya di sini

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week