Red Warrior: Tewas Piala FA, Masih Memburu Kejuaraan Liga Super

  1. Perlawanan akhir Piala FA 2011 telah berakhir dengan Pasukan Terengganu telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Pasukan Kelantan 2 - 1 selepas masa tambahan.
  2. Nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan untuk merangkul kejuaraan buat kali pertama setelah hampa dengan gol penyamaan Terengganu di saat-saat akhir perlawanan sebenar setelah  mendahului 1- 0.
  3. Gol kemenangan Pasukan Terengganu telah diperolehi pada separuh masa ke dua di masa tambahan
  4. Pada pandangan saya Terengganu memang layak untuk menang  kerana mereka telah menguasai perlawanan pada malam tersebut. 
  5. Walaubagaimanapun tahniah kepada pasukan Red Warrior kerana telah berjaya beraksi di perlawanan akhir buat kali kedua dalam masa tiga tahun.
  6. Tahniah juga kerana malam tadi Pasukan Kelantan telah berjaya menewaskan pasukan Perak 1-0  untuk terus mendahului Liga Super yang masih lagi berbaki satu perlawanan.
  7. Perlawanan terakhir pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super ialah menentang Pasukan Sabah di Stadium Likas
 Suasana tempat parking kenderaan di Stadium Bukit Jalil jam 4 petang

 Penyokong Pasukan Terengganu

 Penyokong Pasukan Kelantan

 Merah Bergaya

 Hampir semua tempat duduk yang dikhaskan untuk Penyokong Wira Merah telah dipenuhi

 Pukul 6 petang di kampung, lawan main Aji dulu, malam ni tengok bola

 Antara penyokong Wira Merah yang pertama datang 7.40mlm
 Semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung

Penulis bersama Dato' M Karathu ( Jurulatih Pasukan Kelantan )

Wassalam

1 comments:

  • Anonymous says:
    15 June 2011 at 15:06

    semangat poknik kite

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week