Khutbah Jumaat: 5 Ogos 2011 - Masjid Amri Kg Telaga Bata - Amalan Bulan Ramadhan

Minggu ini saya menunaikan solat Jumaat di kampung Telaga Bata

Ikwanul muslimin
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga kepada sidang Jumaat sekelian marilah kita sama sama bertaqwa kepada Allah swt dengan sebenar benar taqwa, Semperna bulan ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengambil peluang keemasan untuk menghasilkan ibadat ibadat yang memberi kualiti yang telah ditentukan oleh Allah swt mudah mudahan ramadhan kali ini kita menjadi insan yang dikasihi oleh Allah swt membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.

Ikwanul muslimin
Ramadhan adalah bulan yang teristimewa berbanding dengan bulan bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana didalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti sembahyang sunat terawih, sembahyang sunat witir, membaca Al Quran beristikharah, berzakat serta melakukan amalan amalan kebajikan yang lain. Setiap ibadat khusus ini mempunyai kelebihan dan pahala tersendiri, pahala tertentu yang boleh merangsangkan kita menjadi insan yang soleh. Sempena bulan yang suci ini, Allah swt menjanjikan rahmat, pengampunan dan seterusnya jaminan syurga. Berdasarkan jaminan ini maka Rasulullah saw merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan disampaikan kepada sahabat sahabat beliau sebagaimana sabdanya yang bermaksud Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan.

 Ikwanul muslimin
Allah swt memfardhukan ke atas kamu puasa.Di bulan ini juga di buka segala pintu pintu syurga dan dikunci segala pintu pintu neraka dan syaitan dibelenggu. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Barang siapa yang beribadat kepada Allah swt pada malam itu maka sesungguhnya dia telah di jauhkan dari api neraka. Firman Allah swt yang bermaksud. Wahai orang orang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang orang yang terdahulu, mudah mudahan kamu bertaqwa. Taqwa merupakan buah atau hasil dari ibadat puasa, buah tersebut akan menjadi bekalan kepada orang orang yang beriman dan menjadi perisai atau dinding kepada manusia agar jauh dari perbuatan maksiat. Maka orang yang bertaqwa kepada Allah swt, dia akan melaksanakan Islam secara total, dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara perkara yang di haramkan atau di tegah oleh Allah swt. dia hanya melakukan sesuatu perkara yang dituntut dan dibolehkan oleh Allah swt. Dia hanya berada di tempat yang di sukai oleh Allah dan menjauhkan diri dari tempat tempat yang di benci oleh Allah swt. Rasulullah saw bersabda Barang siapa mengambil hak seseorang muslim maka Allah mewajibkannya masuk neraka dan mengharamkan masuk syurga. Sahabat bertanya walaupun benda yang diambil itu hanyalah benda yang kecil, jawab Rasulullah Ya, walaupun hanya sekecil kayu untuk mencungkil gigi. Dengan demikian mengikut hadis ini kita mesti berwaspada jangan mengambil hak orang lain atau melanggar amanah yang telah diamanahkan kepada kita.


Ikwanul muslimin
Firman Allah swt yang bermaksud Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu dan taatlah dan membelanjakan harta kamu ke jalan kebaikan adalah yang terbaik untuk diri kamu dan sesiapa yang menjaga dirinya dari terpengaruh dari perangai bakhil maka merekalah orang yang berjaya. Orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu. Pertembungan antara taqwa dengan kehendak gelojoh hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan pertentangan dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan manusia. tetapi untuk mencapai kecermelangan taqwa ini seseorang intu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan berjihat dalam melawan nafsu. Jika gagal kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu. Salah satu perjuangan yang wajib bagi kita adalah puasa wajib ramadhan, puasa adalah ibadat yang sukar memerlukan perjuangan yang senyap untuk melawan hawa nafsu. Perjuangan ini adalah rahsia antara seseorang hamba dengan tuhannya, kerana gerak geri atau amalan puasa tidak dapat di nilai olaeh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan semulajadi tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan seterusnya kemaluan kita hendaklah turut berpuasa. Kita perlu memperbanyakkan ibadat yang lain dengan mengisi ruang ruang yang ada seperti bersembahyang terawih, bertadarus membaca al quran, bersedakah, beriktikaf dalam masjid sekurang kurangnya seperti di hari jumaat ini kita datang awal ke masjid kita niat beriktikaf di dalam masjid walau pun ianya adalah sunat tetapi Allah swt akan membalasnya dengan pahala yang besar. Kita juga perlu menuntut ilmu yang sepatutnya untuk membezakan puasa yang mencapai tahap taqwa atau puasa yang hanya berlapar dan dahaga sahaja.


Ikwanul muslimin
Antara wajib dan sunat yang padanya memberi tumpuan kepada membersihkan hati, pembersihan dalaman, mendisiplinkan diri, mengukuhkan akhlak yang mulia dan  mencegah penyaki. Oleh sebab itu terdapat 2 penanda aras yang dapat menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa ramadhan kita semata mata hanya untuk menahan diri dari lapar atau dahaga atau juga berpuasa dengan tujuan untuk membersihkan hati dan akhlak kita. Rasulullah saw bersabda Barang siapa berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan pahala nescaya Allah akan ampun segala dosa dosanya yang telah lalu. Riwayat Bukhari.

Ikwanul muslimin
Selari dengan perinsip keluarga yang bertaqwa dan soleh yang bermula di rumah, maka sewajarnya marilah sama sama para jemaah ibu bapa serta umat islam sekelian menghiasi, membentuk peribadi kita menjadi insan yang bertaqwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan di tambah pula dengan amalan amalan sunat samada siang atau malam serta memilih makanan dan premis yang halal di sepanjang ramadhan. Dengan itu bulan ramadhan ini menjadi bulan anugerah kepada umat manusia dan ianya hanya datang setahun sekali. Kita hendaklah meluangkan masa dengan melakukan perkara perkara kebaikan kerana mungkin ramadhan pada tahun mendatang tidak akan menemui kita lagi. firman Allah swt yang bermaksud Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki atau perempuan, sedari yang beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Sekian

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week