Khutbah Aidil Fitri Masjid Al Amri 30-8-11: Kembalinya Kita Kepada Fitrah & Erti Kemerdekaan


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia,
Sebagai umat manusia yang dicipta untuk beribadat kepada Allah, dan bertugas untuk memakmurkan bumi ini sebagai khalifah. Marilah kita mempertingkatkan sifat taqwa kita kepada Allah swt dengan berusaha sehabis daya dan tenaga untuk melaksanakan apa apa perintahnya dan menjauhi segala larangannya agar kita mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat nanti . Marilah kita mungungkapkan pujian dan kesyukuran kepada Allah swt yang telah menganugerah rahmat, nikmat kepada kita semua terutama nikmat iman, nikmat Islam dan nikmat hidayah sehingga kita dapat melaksanakan tugas yang besar sebulan lamanya, yakni kita berpuasa di bulan Ramadhan. Selama sebulan kita menjalankan tugas ibadat puasa dengan penuh patuh dan taat, selama sebulan kita menempuh hari yang penuh cabaran dan dugaan Hari ini kita merayaan kejayaan kita. Kita menang dalam jihat besar dalam peperangan hebat iaitu melawan dan menundukkan hawa nafsu jahat. Kita telah berjaya menunduk, menangkis segala dugaan syaitan. Kita telah berjaya membersihkan diri kita, iman kita, rohani kita dari perkara noda dan dosa, lumpur lumpur kemaksiatan dan kemungkaran. Sehinggalah tepat sambutan yang kita adakan pada hari ini yang dinamakan Aidil Fitri. Perayaan kembalinya kita kepada fitrah kepada kesucian lahir dan batin kerana karat karat dosa yang melekat pada rohani kita telah dikikis habis habisan oleh puasa Ramadhan sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw yang bermaksud Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan yang bertunjangkan keimanan dan mengharapkan pahala dan keredhaan Alllah, maka diampunkan dosa dosanya yang telah lalu,


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Muslimin muslimat yang di rahmati Allah sekelian,
Semasa kita menyambut Aidil Fitri, cubalah kita hayati firman Allah swt dalam Surah Rom ayat 30 yang bermaksud Maka hadaplah wajah kamu iaitu diri kamu ke arah agama yang bersih daripada kesesatan ikutlah agama Allah iaitu agama Allah yang telah menciptakan manusia cukup persediaan semulajadi lagi untuk menerimanya tidaklah patut melakukan sesuatu pengubahsuaian pada ciptaan Allah itu itulah agama yang betul dan lurus. Tetapi sayang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Adapun perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam memehami fitrah. Fitrah atau fitri mempunyai maksud yang agak luas iaitu kembali kepada keperibadian manusia yang maknusiawi ataupun kembali kepada kejadian asal menusia atau kembali kepada agama Islam yang tidak menyesatkan. Bila dikatakan aidil fitri maka marilah kita merayakannya dengan kembali kepada kesucian diri, kembali kepada keperibadian manusia yang maknusiawi. Perlu dinyatakan tubuh kita ini terdapat sifat sifat ketuhanan seperti sifat pengasih, sifat penyayang menolong dan sebagainya. Dalam diri kita juga terdapat sifat sifat seperti sifat sifat syaitaniyyah seperti suka berbuat jahat, munafik, syirik dan sebagainya. Juga terdapat dalam diri kita sifat sifat haiwaniyyah seperti bersifat ganas, buas, rakus, tamak, ego dan sebagainya. Keseimbangan sifat sifat tersebut itu maka manusia berkeperibadian yang maksusiawi. Bila kita merayakan Aidil Fitri, marilah kita kembali kepada asal kejadian manusia. Proses kejadian diri kita sejak dari ammah beralih ke alam rahim kemudian berpindah pula ke alam dunia dalam keadaan suci bersih tiada dosa dan tiada noda. Bila kita menyambut Aidil Fitri, jangan sampai kita mencemari kesuciannya dengan dengan program hari raya dengan dosa dan maksiat. Bila kita meraikan Aidil Fitri marilah kita kembali kepada apa yang di ajarkan oleh agama. Setelah kita bersama sama akaduniawi, banyak hikmah, banyak lagi perkara yang kita lakukan bagi mengurus diri bagi mengembalikan diri kita bagi meningkatkan taqwa, latihan latihan daripada akaduniawi yang dapat mewarnai kualiti hidup beragama dapat menjadi modal, dapat menjadi mutu penggerak semagat dalam kehidupann kita, Secara peribadi berkeluarga, bermasyarakat dan bangsa kita dalam mensyariatkan perjuangan bangsa dan umat. Dengan kata lain kita merayaan Aidil Fitri dengan penuh rasa sifat berkeluargaan, penuh dengan rasa bersamaan semangat luhur dan jiwa Aidil Fitri memang kita memperkasakan, memperkuatkan lagi tali persaudaraan dan rasa kebersamaan.


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Muslimin muslimat yang di rahmati Allah sekelian,
Pada kesempatam hari raya pada kali ini kita merasakan cukup bahagia dan cukup bertuah kerana di samping dapat merayakan aidil fitri ini sebagai perayaan keagamaan kita juga dapat merayakan ulang tahun kemerdekaan negara sebagai bangsa, sebagai umat yang beragama baik secara peribadi ataupun sebagai warganegara malaysia selayaknya kita mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang telah di kurniakan kepada kita semua. Satu daripadanya adalah nikmat kemerdekaan, kerana tanpa izin, tanpa restu atau rahmat daripada Allah swt mustahil bangsa kita dapat mengembalikan kemerdekaan yang telah dirampas oleh penjajah.Sebagai mensyukuri nikmat kemerdekaan selayaknya kita meningkatkan keimanan, ketaqwaan, pengabadian diri kepada allah swt. melalui amalan soleh yang dapat membangunkan bangsa, negara dan umat. Mensyukuri nikmat kemerdekaan negara yang kita cintai, sewajarnya kita dokong dan kita beri kesempatan yang sebaik baiknya kepada para pemimpin untuk bekerja dan meneruskan perjuangan untuk menpertabatkan kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara. Mensyukuri nikmat kemerdekaan negara kita perlu menghindarkan diri daripada melakukan tindakan mengikut emosi, membuat perhitungan yang tidak bijaksana, mengambil tindakan berdasarkan kepentingan peribadi atau kelompok. Kita tidak boleh mendekatan yang suka menyalahkan orang lain atau kolompok kelompok yang lain hingga sanggup mencaci maki, mencela, mengutuk, memfitnah dan bermacam macam lagi. Kerana sikap itu bukan boleh menyelesaikan masalah tetapi menambahkan lagi masalah. Terhadap sesiapa pun, kelompok manapun, lebih lebih lagi terhadap pemimpin Islam. Islam tidak membenarkan perbuatan kutuk mengutuk, caci maki, fitnah memfitnah dan sebagainya. Tetapi Islam menganjurkan agar semua kita sebagai individu, sebagai rakyat atau warganegara atau masyarakat untuk mendoakan kebaikan terutama kepada pemimpin kerana kebanyakan pemimpin akan membuat kebaikan kepada rakyat, masyarakat dan keseluruhannya. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Janganlah kamu mencaci maki pemimpin sebaliknya doakanlah kebaikan buat mereka, kerana sesungguhnya kebaikan mereka akan membawa kebaikan kepada kamu semua. Atas dasar cintakan agama bangsa dan negara marilah kita keluarkan semangat perjuangan pembangunan bertunjangkan keimanan yang berlandaskan akhlak yang mulia. Kita perlu bahawa semangat perjuangan dan pembangunan umat, pembangunan bangsa dan negara adalah bertujuan untuk menegakkan kebenaran kerana itu kita tidak boleh bersifat membabi buta, tidak tahu siapa kawan atau siapa lawan kerana hendak menegakkan kebenaran, jangan sampai kita merasakan versi kita sendiri sahaja yang benar. Nanti di kala terjadi kebenaran tiap tiap yang benar dan akan berlaku kebenaran yang akan dipermain mainkan. Mensyukuri niknat kemerdekaan negara, kita perlu menghindarkan diri dari terjebak terperangkap dalam kancah yang menimbulkan keresahan, kekerasan yang boleh memecahkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dikecapi. Mensyukuri niknat kemerdekaan negara kita wajib memperkuatkan semangat persatuan dan kesatuan bangsa dan ummah dengan merapatkan saf, bergerak bersama sama membangun umat, bangsa dan negara. Dan untuk mencapai cita cita besar ini marilah kita memperkasakan rasa ukhwah islamiah, wakhaniah, basariah persatuan umat, penyatuan bangsa agar Agama kita Bangsa kita dan umat Islam seluruhnya tidak mudah terumbang ambing, tidak dipermain mainkan, tidak dipersenda sendakan oleh orang lain yang sememangnya sedang menunggu peluang untuk manjatuhkan martabat bangsa, maruah umat dan kewibawaan agama Islam.


Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar
Muslimin muslimat yang di rahmati Allah sekelian,
Memang tidak boleh dinafikan bahawa persatuan dan kesatuan bangsa dan umat masih banyak menghadapi hambatan, rintangan, cabaran dan persoalan. Namun kita menaruh keyakinan dan benar benar mengharapkan dari semua pihak agar timbul kesedaran untuk memperkukuhkan dan memperteguhkan semangat persatuan dan kesatuan bangsa dan ummah. Sesungguhnya semua warganegara Malaysia, semua komponen kaum yang tinggal di dalam negara ini tidak bersedia untuk meruntuhkan kestabilan, keamanan dan keselamatan yang dinikmati selama ini, lebih lebih lagi umat Islam yang dalam rekod sejarahnya yang berjuang untuk negara ini telah banyak memberi sumbangan untuk membangunkan negara ini, tidak rela dan tidak ingin negara timbulnya  perpecahan. berlakunya kehancuran bangsa, kemusnahan negara, kehilangan wibawa agama Umat Islam tidak seharusnya berputih mata melihat dan membiarkan gejala gejala yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan bangsa dan umat hanya diakhibatkan oleh pencerobohan atal pelanggaran yang dilakukan oleh kelompok kelompok tertentu yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat dan tujuan hanya mereka sahaja yang tahu. Islam tidak membenarkan tindakan pencerobohan dan pelanggaran hak dalam bentuk apa apa dan dalam suasana bagaimanapun. sekiranya tindakan itu mencapai perpaduan persatuan dan kesatuan sebaliknya Islam mewajibkan umatnya menjaga persatuan dan kesatuan bangsa dan umat dan tegas Allah memerintahkan agar kita berpegang teguh kepada tali Allah dalam agama dan semua tindakan yang kita ambil untuk menghindarkan daripada perpecahan. Firman Allah swt dalam surah Al Imran ayat 103 yang bermaksud Berpegang tujuhlah kamu semua dengan tali Allah iaitu agama Islam dan janganlah kamu semua berpecah belah. Islam mewajibkan umatnya untuk menperatkan semangat persatuan dan persahabatan dan persaudaraan yang menghalang perselisihan dan perpecahan kerana perpecahan perselisihan dan permusuhan sesama sendiri akan mengakiibatkan keruntuhan bangsa dan agama. Firman Allah swt dalam yang bermaksud Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berbantah bantahan kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan hilang kewibawaan dan kekuatan kamu. Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama dengan orang orang yang sabar. Lantaran itu di hari baik dan bulan baik ini bersemperna Aidil Fitri dan serentak dengan sambutan kemerdekaan negara yang tercinta ini, marilah kita sama sama kuatkan azam untuk menjadi bangsa yang bersatu dan saling berpegang teguh dengan agama Islam dan tinggalkan perkara atau perbuatan yang boleh membawa kepada perpecahan, permusuhan dan pertelingkahan dan tindakan yang tidak mencerminkan kebijaksanaan. Tingkatkan semangat persatuan dan kesatuan, semarakkan semangat persaudaraan, satukan perjuangan kita hapuskan perasaan dendam, dengki, irihati, kesombongan, ketidakikhlasan, api permusuhan semoga kita menjadi antara orang orang yang bertaubat. Pohonlah ampun kepada Allah swt semoga diberi hidayat  pertolongan serta mendapat keredhaan


 
 
 
 Antara kenalan dan sahabat Almarhum Ayahanda saya

wassalam

0 comments:

Post a Comment

Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week