Khutbah Jumaat kali ini di sampaikan oleh Tuan Guru Menteri Besar Kelantan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian
Firman Allah swt yang bermaksud Wahai Muhammad, tolong peringatkan kepada manusia keseluruhannya bahawasanya peristiwa penting suatu hari nanti akan berlaku segala bukit bukau, gunung ganang, Aku akan perintah dia supaya dia berjalan. Ketika itu kamu akan lihat bumi akan terang benderang, tiada sebarang halangan mata, terang. Bukit telah ditolak telah di gondol, sungai dan laut telah dikambus untuk tipu semua manusia.
Sidang Jumaat yang dihormati sekelian
Sekali dalam seminggu kita telah di kerah oleh Allah supaya kita datang beramai-ramai ke rumah Allah, ke masjid atau surau, yang penting kita sebagai seorang manusia tanpa mengira pangkat, keturunan atau status, wajib datang kerumah Allah swt. Tujuannya ialah untuk mengingati Allah swt . Firman Allah swt yang bermaksud, Bila di laungkan Azan pada hari Jumaat hendaklah kamu bergegas dan ingat kepada Allah swt melalui solat sunat, khutbah Jumaat, solat Jumaat, zikir atau apa sahaja perbuatan dan perkataan yang membuatkan kita mengingati Allah swt. maka kita diminta untuk membuatnya.
Hadirin sekelian
Ingat kepada Allah sepertimana kita ingat kepada rumah kita, ingat kepada kebun kita, ingat kepada anak bini kita, Kalau kita ingak kepada rumah kita, kalau lupa nak tutup pintu, kita balik cepat cepat. tanda kita ingat bahawa kita tak kunci, kita balik cepat. Ingat kepada kebun kita, kita cari baja, kita buat pagar, kita tebas. Ini adalah cara kita ingat kepada kebun kita. Ingat kepada anak cucu kita, ingat kepada sakit demam dia, ingat kepada pelajaran dia, ingat kepada makan minum. Ini adalah contoh contoh manusia ingat kepada sesuatu dan apabila ingat dia akan buat. Sekarang kita nak minta ingat kepada Allah, nak buat macam mana untuk ingat kepada Allah. Kita nak ketuk pintu Dia tak dok rumah, cari baja bukan nak kepada baja, Ingat kepada Allah adalah buat apa yang dia suruh dan tinggal apa yang dia larang. Ini adalah tanda ingat kepada Allah. Allah adalah tuhan yang bersifat Arrahman dan Arrahim. Terlampau banyak sifat dia 99, Satu daripadanya adalah Arrahmannirrahim. Dia amat murah lagi amat kesian belas. Bila dia kesian kepada kita dia akan beritahu kepada kita mengapa, sakitnya mengapa, mudaratnya mengapa, bahaya, begitu juga menafaat, benda apa yang bemberi munafaat kepada kita. dan kebetulan dunia ini, Allah yang buat bukan kerajaan yang buat, bukan syarikat yang buat dan Dia akan letupkan dunia ini, dunia yang ada pada hari ini dengan langit dan bumi dia akan letup . Kita mesti percaya kerana yang buat dunia ini adalah Allah, Allah al Khalid, yang membuat.
Oleh yang demikian apabila kita ingat kepada Allah, kita ingat bagaimana keadaan aku bila sampai ke sana. Nabi kita Muhammmad sebagai Mahaguru sebagai ahli tafsir al Quran, di telah beritahu kita apabila kita mati akan hudip balik, banyak orang tak percaya, Pak Saudara dia tak percaya, keluarga dia tak percaya, orang kampung dia tak percaya. Samada percaya atau tidak yang akan buat benda ini adalah Allah, Allah yang buat langit, bumi kita dan segala-gala. Allah akan letupkan dunia ini dan perhidupkan kita kembali. Firman Allah Aku akan kumpul sekelian manusia dan tak ada seorang manusia yang akan tertinggal. Aku beri jaminan semua manusia Melayunya, Cinanya, Indianya, Inggerisnya akan hidup balik dan tak ada sesiapa yang akan tertinggal.
Untuk apa? Allah swt perhidup kita balik untuk apa? Empat kertas soalan akan disoal. Yang pertamanya umur, Dari pada akhil baligh sehingga mati mu buat apa? umur bukan boleh kita buat, bukan boleh kita pinjam daripada orang lain, ia adalah kurnia Allah, Beri kepada kita umur untuk apa, Tak kira kita bangsa melayu, cina, india ada apa pun bangsa keturunan kita sekali pun, ia tak akan disoal. Mu buat apa untuk Aku? Sekarang ahli jumaah bila kita berada di masjid satu dari perkara yang kita kena ingat adalah nak jawab macam mana bila di soal. Bila orang soal kita wajib kita kena jawab. Kalau polis soal kita, masyarakat, orang kampung soal kita. Tiada orang bila di soal dia kena diam , bila di soal kita kena jawab. Akhirat kelak bila disoal kena jawab, jawab ni mesti serupa dengan hak nabi Muhammad ajar. kerana nabi Muhammad ini Muallim, Tok Guru, pensyarah, apa sahajalah dia lah. Sebarang soalan Allah di akhirat kelak mesti di soal mengikut apa yang Tok Guru ajar. Nabi Muhammad saw serupa yang nabi ajar selamat, tak serupa kena. Ingat molek molek waktu kita duduk kat masjid.
Yang keduanya ialah harta, harta dari mana kamu cari dan bila buleh harta kamu buat apa dengan harta tersebut. Harta yang kita cari puncanya dari mana, punca yang halal atau punca yang haram. seterusnya bila kita dapat harta tersebut, apa yang kita buat dengan harta tersebut, buat judi ke? beli rokok ke? beli dadah ke? itu ke ini ke?. Itu semua mesti ada soalan dan kena jawapannya.Dan jawapan tersebut di akhirat kelak mestilah sama dengan apa yang diajar olen Nabi Muhammad saw.
Yang ketiga ialah ilmu, setiap manusia mesti ada ilmu. Orang kampung dengan ilmu cara kampungnya, orang bandar dengan ilmu cara bandarnya. orang tua dengan ilmu cara tuanya. Tiada orang yang tiada ilmu. baik Aku beri kepada mu mata, telinga, otak semua alat ini adalah untuk cari ilmu. Mata untuk tengok, kita dapat ilmu, putih hitam, lelaki perampuan, semua itu boleh di lihat oleh mata, Satu lagi telinga pun diguna untuk dapat ilmu, kita boleh dengar semua benda, kita dengar suara Mamat ke?, suara Minah ke? semua suara suara yang keta dengar dengan telinga ini kita dapat ilmu. Pada peringkat otak, ilmu itu akan di simpan macam komputer. Ilmu kamu dapat dari mana, ilmu ini sampai keperingkat mu kenal Aku atau mu jauh dari Aku atau nu lawan Aku. Allah, Aku ini manusia mudah lupa akan Aku ini, sebabnya tak dapat nak tengok, tak dapat nak rasa, nak hidu bau pun tak dapat, nak dengar tak dapat. tubuh tak boleh nak di jamah. Soalna mu ingat kepada aku atau tidak. setiap kali mu makan, ingat kah kepada Ku, setiap kali minum, tidur, bangkit dari tidur, ingat kah kau akan Aku. Mana boleh kamu makan nasi, beras ni Aku buat, mu hanya tabur padi, padi ni Aku buat benihnya secara turun temurun. Bila makan mu sebut kah Bismillah, bila selesai makan sebutkah Alhamdulillah? ada duit lebih, bagi sedekah ke kat fakir miskin, Bayarkah zakat, bayar kah hutang? soalan soalan ini tetap akan di tanya oleh Allah pada kita di akhirat kelak dan jawapan kita mestilah serupa dengan apa yang telah di ajar oleh Nabi Muhammad saw.
Yang akhir sekali adalah tenaga, tenaga mata boleh lihat, tenaga telinga boleh dengar .Tenaga yang aku beri apakah yang telah kau buat untuk Aku. Jadi empat kertas soalan ini perlu kita siapkan jawapannya di akhirat kelak. Tiada orang tiada harta, tiada orang tiada ilmu, tiada orang tiada tenaga , tiada orang tak ada masa (umur). Semuanya ini kita mesti jawap seratus peratus. Bagaimanakah kita menguruskan masa (umur), harta, ilmu, tenaga sebagaimana yang Allah swt kehendaki
Jadi dengan empat perkara ini, saya serahkan kepada sidang Jumaat sekelian untuk memikirkan dan mengkaji segala jawapan yang patut kita kemukan kepada Allah swt di Akhirat kelak.
Sekian
PS: Sebahagian besar dari khutbah Jumaat yang disampaikan adalah dalam bahasa daerah Kelantan, oleh itu kebanyakannya telah saya ubah ke dalam bahasa baku. Saya telah cuba dengan sedaya upaya saya agar tiada perbezaan dari maksud yang hendak disampaikan. Sekiranya ada kesalahan semuanya adalah kerana kelemahan saya sendiri