Mengumpat- sambungan

Sebab sebab mengumpat

1. Untuk memuaskan hati 
2. Menurut kemahuan kawan untuk menyedapkan lagi cerita
3. Menunjuk nunjuk kelebihan peribadi dan merendahkan martabat orang lain
4. Timbul perasan hasad dan irihati serta menyimpan perasan yang tidak baik.
5. Banyak menghadiri majlis yang banyak gelak ketawa dan sukaria. 
6. Mengejek ngejek seseorang dengan tujuan untuk menghinanya.
7. Sebab sebab utama adalah dari desas  desus syaitan dengan hasutannya untuk menyesatkan manusia.


Apabila melakukan kesalahan akibat mengumpat seseorang sebaliknya hendak berjumpa dan memohon maaf daripada orang yang yang kita umpat itu. Sekiranya tidak mampu maka hendak kita memohon ampun kepada Allah dengan beristighfar sebanyak banyaknya.

Jika berkata dengan belas kasihan dan dari perasaan yang tulus ikhlas dari lubuk hatinya, ini juga dikategorikan sebagai mengumpat.

Bila merasa sangat marah apabila melihat kemungkaran berlaku dihadapan nya, lalu dilahirkan sifat marahnya itu Dan memberitahu kemungkaran yang dilakukan oleh sesorang itu kepada orang lain juga dikatakan mengumpat 

Wasiat Nabi saw 
- takutkan Allah 
- bercakap benar
- pegang amanah 
- tunaikan janji
- banyakkan bersedekah 
- merendah diri

Wallahualam 
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Pengertian mengumpat dan batas batasnya - sambungan

Batas mengumpat adalah dengan menyebut sesuatu yang menimbulkan kebencian dan kemarahan seseorang itu apabila dia mendengarnya. Samada yang disebutkan itu adalah kekurangan pada badannya atau rupanya atau perangainya atau keturunannya atau pakaiannya atau  keluarganya atau perbuatannya dan segala miliknya. 


Balasan kepada pengumpat itu adalah pahala si pengumpat itu akan diambil oleh orang yang diumpatinya di akhirat kelak. 

Menyebut perihal seseorang itu dengan lidah iaitu mendedahkan perkara yang dibencinya itu kepada orang lain. 

Membuat sindiran samada dengan lidah atau perbuatan atau isyarat atau berbisik bisik atau mengenyit mata atau menulis dalam media sosial adalah tergolong dalam perbuatan mengumpat, maka ialah haram dan berdosa.

Menulis tentang keaiban seseorang adalah mengumpat juga.

Wassalam, 

Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.


Tafsir Surah Al Khujurat ayat ke 2

Wahai orang orang yang beriman, Janganlah kamu meninggikan suara melebihi suara Nabi, jangan berkata kata dengan suara yang keras seperti kamu bercakap dikalangan kamu, ditakuti dengan perbuatan itu Allah swt akan membatalkan semua amalan kamu, sedang kan kamu tidak mengetahui.

Ayat ini diturunkan rentetan dari peristiwa 19 orang dari kalangan orang badwi datang untuk berjumpa dengan Rasulullah . Ketika itu Rasulullah sedang berehat dengan isteri beliau di dalam bilik. Saidina Abu Bakar dan saidina Omar bertengkar antara satu sama lain semasa memilih seorang untuk dijadikan ketua dari kalangan mereka untuk dibawa bertemu Nabi. Pertengkaran itu menyebabkan Nabi keluar dari bilik dan turunlah ayat ayat ini yang menyanggah perbuatan kedua dua sahabat nabi itu.


Teguran 
1. Jangan buat sesuatu Keputusan sebelum mendapat persetujuan dari Nabi
2. Bila bercakap dengan Nabi jangan meninggikan suara - ditujukan kepada kedua dua sahabat nabi.
3. Jangan bercakap keras kepada Nabi - ditujukan kepada orang badwi.

Kepada kita yang tidak hidup di zaman Nabi 
- percakapan kita supaya jangan  meninggikan suara atau bercakap cakap semasa diperdengarkan hadis Nabi atau ayat ayat al quran. 
- perumpamaan nya sama seperti sahabat sahabat yang tidak bercakap semasa Nabi bercakap. Mereka mengambil perhatian dan menghormatinya.
- supaya kita mendapat kasih sayang dari Allah swt.
- hadis Nabi itu adalah juga datang dari Allah swt untuk menjadi panduan kepada kita.

Riwayat 
Seorang sahabat bernama Sabit merasa ayat ini ditujukan kepadanya kerana dia suka bercakap kuat, menyebabkan dia rasa sangat sedih. Maka dia terus berkurung dan bertafakur di dalam rumah dan tidak keluar rumah hingga tak pergi ke masjid. Perkara ini disedari oleh Rasulullah. 
Bila dia datang berjumpa Rasulullah dia menceritakannya kepada Rasulullah. Nabi memujuknya dengan berkata Allah  tidak tujukan kepadanya, suatu masa nanti kamu akan jadi orang yang terpuji, akan mati syahid dan seturusnya akan masuk syurga.
Akhirnya Sabit  syahid dalam peperangan melawan kaum murtad dan nabi palsu semasa zaman khalifah Abu Bakar.
Cara dia berperang dia menanam kakinya didalam tanah supaya dia tidak berundur atau lari dari peperangan tersebut.

Wallahhualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan

Mengumpat

Celaan terhadap mengumpat seseorang ada disebutkan di dalam al Quran dan menyamakan mereka yang mengumpat ini sebagai mereka yang memakan daging saudaranya sendiri.

Tiap tiap orang Muslim di atas Muslim yang lain adalah haram darahnya. Tidak boleh membunuh mereka tanpa hak. Haram untuk merampas hartanya.


Mengumpat itu adalah memalukan seseorang.

Bagi mereka yang telah beriman lidahnya tapi belum beriman hatinya, janganlah kamu mengumpat dan mencari cari kelemahan atau keaibannya mereka. Jika kamu berbuat demikian maka Allah akan mengintip dan mendedahkan keaiban kamu di akhirat kelak

Celakalah untuk setiap pengumpat dan pendusta. 

Menikam peribadi seseorang dengan kata kata yang memburukkan dan menyakitkan hatinya.

Ibadat itu bukanlah setakat puasa dan solat sahaja tetapi menahan diri dari mengumpat orang lain juga dikira ibadat juga.

Dari membuka keaiban orang lain maka sebaliknya kita membuka keaiban diri kita sendiri terlebih dahulu.

Batas batas mengumpat itu ialah apabila seseorang itu menyebut sesuatu perkataan yang akan menimbulkan kemarahan dan kebencian saudara kita bila dia mendengarnya. seperti kekurangan pada dirinya, keluarganya, hak miliknya, keturunanya perbuatannya dan sebagainya.

Wallahhualam
Tulisan ini adalah mengikut kefahaman saya dan tidak boleh dijadikan rujukan.

Berdusta - sambungan

Apabila orang yang paling dibenci datang mencari di rumah, maka di suruh khadamnya supaya memberitahu orang itu mencarinya di masjid dan bukan mengatakan dia tak ada. Ini untuk mengelakkan dari berkata dusta. Alasan yang diberikan adalah supaya mengecilkan hati orang yang mencarinya itu. 

Nabi saw pernah bergurau dengan mengatakan bahawa orang tua tidak akan masuk syurga.

Berbohong dengan menceritakan sesuatu mimpi yang tidak benar maka ia juga di kita satu dosa yang besar.

Bila seseorang anak itu di Bin kan dengan nama seseorang yang bukan bapanya, ia adalah sebesar besar dosa.

Berbohong dengan memberitahu seseorang yang dia bermimpi berjumpa nabi saw.

Berbohong dengan hadis palsu tapi dikatakan dari nabi saw
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week