Silat Seni Gayong dicipta dan diasaskan oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman
bin Uda Mohd.Hashim. Beliau dilahirkan pada tahun 1915, dan
berketurunan Bugis(cicit kepada Daeng Kuning/Panglima Hitam). Meor Abdul
Rahman mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun
daripada nenda sebelah bondanya, iaitu Tuan Syed Zainal bin Syed Idris
Al-Attas. Syed Zainal merupakan salah seorang hulubalang Pahang yang
turut sama berjuang menentang campur tangan Inggeris di negeri Pahang.
Syed Zainal mewarisi ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok,
seorang pahlawan Bugis yang tinggal di Jambi, Sumatera.
Selama
tiga tahun Meor Abdul Rahman berlatih bersama-sama dengan murid-murid
Syed Zainal yang lain. Ketika berusia 18 tahun, Meor Abdul Rahman telah
berjaya menguasai selok-belok ilmu Silat Seni Gayong, termasuklah
adat-istiadatnya. Walaupun demikian, nenda beliau tidak dapat
mengkhatamkannya kerana menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul
Rahman akan dikhatamkan oleh “orang ghaib” di suatu tempat yang terletak
di sempadan negeri Siam-Tanah Melayu.
Ketika
beliau berusia 19 tahun, beliau telah dikhatamkan oleh “Datuk Laksamana
Hang Tuah” di dalam mimpinya ketika beliau tertidur di atas sebuah batu
hampar hitam di tebing sungai dalam kawasan hutan Menam, Thailand.
Beliau telah dicurahkan segala rahsia ilmu kepahlawanan dan
mempertahankan diri, seterusnya diamanahkan untuk mengembangkan Silat
Seni Gayong ini seluas-luasnya, dengan mengikut syarat-syarat tertentu,
pada masa-masa tertentu
High Risk JobMenebang pokok kelapa di kawasan yang padat dengan rumah dan kenderaan memerlukan kepakaran dan perancangan yang teliti.
Ia bertujuan untuk mengelak ... readmore
Penggemar KucingBila dah mempunyai perasaan sayang dan minat terhadap kucing, perlakuan memeluk, membelai dan mencium dengan kucing adalah perkara biasa.
Begitulah ... readmore
Mogok 2 Oktober 2012Jam telah menunjukkan pukul 8 pagi, namun pintu Anjung Cafe masih lagi belum dibuka. Pelanggan pelanggan ramai yang menunggu di luar begitu juga deng ... readmore
Pameran FeskIPameran ini sedang di adakan di Dataran Pelajar USM Kampus Kesihatan. Berbagai kisah para sahabat, negarawan, ilmuan Islam di pamerkan.
Antara yang ... readmore
Tomoi
Boksing Siam, Tomoi atau Muay Thai ialah tiga nama yang diberikan bagi merujuk sukan tempur dari Thailand.
Di Kelantan, penduduknya memanggil ... readmore
0 comments:
Post a Comment