Prestasi 2 Raja Memalukan Harimau Malaya

Kekalahan 0 -3 Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Singapura amat memalukan. Kekalahan ini amat jelas menunjukkan kepincangan pada pengurusan dan pengendali Pasukan Malaysia. Pemilihan pemain pemain yang meragukan serta kelemahan yang amat ketara pada jurulatih adalah penyumbang utama kepada kekalahan ini.

Cakap cakap kedai kopi pada pagi ini menyalahkan 2 raja yang menjadi penyebab utama, Rajagopal dan Raja Ahmad Shah. Punca kekalahan tidak diletakkan kepada pemain pemain tetapi kepada jurulatih dan Presiden FAM.

Mereka berdua semacam tidak sedar dengan prestasi hambar Pasukan Harimau Malaya pada perlawanan perlawanan persahabatan yang baru lalu. Kekalahan demi kekalahan dan keputusan seri yang memalukan dengan pasukan Bangladesh jelas menunjukkan kepincangan kepada Pasukan Harimau Malaya.

Pemilihan pemain pemain yang tidak berkualiti dan tidak menunjukkan semangat yang tinggi serta sikap pilih kasih oleh pengurusan FAM adalah penyumbang utama kepada kekalahan yang memalukan ini.

Mengapa pemain pemain yang menunjukkkan prestasi tinggi dalam Liga Malaysia dan Liga Super seperti Piya, Nur Farhan, Nurul Azwan Roya, Indraputra, Nik Shahrul dan Hairuddin tidak terpilih dalam skuad kebangsaan? Adakah pemilihan pemain pemain hanya difokuskan kepada pilihan dari kacamata 2 Raja ini sahaja?

Jika ini berlaku, Pasukan Bolasepak Malaysia tidak akan maju dan akan terus merudum. Ia bukan sebab kita tidak mempunyai pemain yang berkualiti tetapi kerana kita tidak mempunyai pengurusan bolasepak yang amat tidak berkualiti.

Cuba jadikan contoh kepada pengurusan pasukan Kelantan sekarang ini dan dulunya Pasukan Kedah. Kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai. Hanya dengan pengurusan yang teratur dan sempurna sahaja pasukan bolasepak itu akan maju kehadapan.

Wassalam

Poliklinik Eksekutif USM

Poliklinik Eksekutif USM akan mula menerima pesakit yang pertama pada hari Isnin 26 Nov 2012.

Solat sunat hajat akan dibuat pada petang Ahad 25 Nov 2012.











Bengkel Peningkatan Profesionalisme Dalam Perawatan Pesakit

Bengkel ini diadakan di Dewan Kuliah 1 PPSG pada 23-24 November 2012 anjuran Unit Sokongan Klinikal HUSM dan Unit Pengurusan Sumber Manusia HUSM

Objektif kursus
1. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perubatan.

2. Memantapkan pengetahuan dalam isu-isu perubatan dari aspek perundangan.

3. Memantapkan tahap intergriti dan profesionalisme pegawai perubatan supaya mampu mewujudkan jaringan kerja dan komunikasi berkesan

4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit







Aneka Hidangan Di Restoran D'Sedap Sengoti

Berbagai jenis juadah makanan dan minuman istimewa dihidangkan kepada pengunjung yang datang. Sekali datang pasti akan datang lagi dan lagi.

Sila kunjungi Restoran D'Sedap Sengoti di Neo Cyber Cyberjaya














Suasana Di Restoran D'Sedap Sengoti


Restoran D'Sedap Sengoti yang telah dibuka secara rasminya pada 1 November 2012 telah menarik ramai pelanggang untuk menikmati hidangan yang disajikan. Restoran ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga ke awal pagi ini, selain dari menyediakan berbagai makanan dan minuman yang istimewa juga mempunyai wifi percuma untuk pelanggan dan juga skrin gergasi. 

Kunjungan anda ke Putrajaya dan Cyberjaya tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menjamu selera di Restoran D'Sedap Sengoti yang terletak di Neo cyber






Khutbah Jumaat Masjid Al Qasimi 2-11-2012: Islam Agama Yang Mulia Di Sisi Allah swt

Saudara kaum muslimin yang dihormati lagi dikasihi sekelian
Saya berpesan kepada hadirin sekelian khususnya kepada diri saya sendiri, marilah kita tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah swt. Sesungguhnya sebaik baik bekalan untuk menghadapi fitnah di zaman ini ialah dengan memiliki ilmu yang benar, iman dan taqwa serta amal yang soleh.

Iman dan taqwa hanya ada dalam agama yang diterima oleh Allah swt, tidak ada satupun agama yang benar dan diterima oleh Allah swt selain daripada agama Islam . Tidak ada satu jalan pun yang boleh menyampaikan manusia kepada kesejahteraan hidup di akhirat selain daripada Islam. Oleh kerana itu setiap orang daripada kita hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam serta menghayatinya dengan sempurna.

Hendaklah kita sentiasa berpesan kepada anak anak, keluarga dan masyarakat Islam supaya sentiasa menjaga, memelihara dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Agama Islam adalah agama yang dianuti oleh para nabi dan rasul sepanjang zaman semenjak dari Nabi Adam as sampailah kepada nabi kita Muhammad saw. Semua para nabi dan rasul berada pada jalan yang lurus, di atas jalan inilah mereka menyeru dan mengajar manusia beriman mentauhidkan Allah dan beribadat kepadanya.

Firman Allah swt yang bermaksud Wahai kaumku beribadatlah kepada Allah, tidak ada lagi kamu Tuhan yang selainnya

Saudara kaum muslimin
Nabi Allah Ibrahim as adalah bapa dan datuk kepada nabi nabi dan rasul rasul dari keturunan 2 orang daripada anak anaknya iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Nabi Ibrahim berada di atas agama tauhid yang bersih lagi lurus di atas agama Islam yang dikenali dengan Agama Hanifiah.

Nabi Muhammah saw sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul pernah beribadat kepada Allah swt mengikut  ajaran ibadat Nabi Allah Ibrahim as. Nabi Allah Ibrahim as telah mewasiatkan kepada anak anaknya begitu juga cucu cucunya Nabi Yaakob as yang bergelar Israel turut memberi wasiat dan berpesan dengan pesanan yang sama kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan ajaran Islam sampai ke akhir hayat.

Firman Allah swt
A132
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah 2:132)

Orang orang yahudi telah cuba memesong wasiat dan pesanan ini sebagaimana mereka memesong kebenaran ajaran Nabi Muhammad saw. Mereka yakni kaum yahudi Madinah mandakwa dan berkata kepada Nabi Muhammad saw Apakah kamu tidak mengetahui wahai Muhammad bahawa Nabi Yaakob sebelum wafatnya telah berpesan kepada anak anaknya supaya berpegang teguh dengan agama yahudi? 

Lalu Allah swt menyangkal dan menolah dakwaan yahudi itu dengan menurunkan ayat berikut

A133
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)".
(Al-Baqarah 2:133)

Orang orang yahudi dan nasrani masing masing mendakwa bahawa Nabi Ibrahim menganut agama mereka, dakwaan ini pula disangkal oleh Allah swt dengan firmannya uang bermaksud Ibrahim bukanlah seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani akan tetapi dia adalah seorang yang lurus, muslim dan sekali sekali bukanlah beliau daripada golongan orang orang kafir musrik.

Saudara kaum muslimin 
Apa lagi kebenaran yang masih ada pada agama yahudi dan kristian. Semoga Allah swt sendiri membuka sebarang pembohongan, penyelewengan mengubah dan menyembunyikan segala fakta kebenaran tentang akidah dan ajaran Allah yang sebenar. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al quran malahan perkara ini juga telah diceritakan oleh ulamak ulamak mereka yang telah menganut agama Islam. 

Sebenarnya agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) hari ini sudah terpesong jauh. Akidah dan pegangan mereka telah bercampur syirik kerana mereka percaya kepada banyak Tuhan dan membuat syariat sendiri. Di antara tuhan tuhan Yahudi ialah tuhan yang bernama Yahu. Orang orang Ansrani pula menyatakah Isa adalah anak Tuhan sedangkan orang Yahudi mengatakan Uzair adalah anak Allah. Lebih dari itu orang orang Kristian percaya kepada 3 Tuhan, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Kudus. 3 dalam 1, 1 dalam 3. 

Kemudian mereka memasukkan ke dalam agama mereka khurafat seperti konsep penembusan dosa yang diambil dari falsafah Yunani. Penembusan dosa ini melalui satu majlis yang disebut pembaptisan. 

Lalu Allah swt menolak akidah syirik mereka dengan firman Allah swt 

A030
Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(At-Taubah 9:30)

Firman Allah swt lagi

A072
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(Al-Maaidah 5:72)

Nabi Allah Isa as sendiri berlepas diri daripada fitnah dan tuduhan syirik keatasnya 

Firman Allah swt 

A116
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
(Al-Maaidah 5:116)

Saudara kaum muslimin 
Begitulah sebuah agama tauhid, Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Allah Musa dan Isa as, apabila diwarisi oleh pengikut pengikutnya yang bersifat dengki kepada Nabi Muhammad saw serta pengikutnya, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dengan merubah ajaran nabi mereka yang sebenar. Hingga hari ini mereka tidak puas puas memburuk burukkan Islam dan menjadikan Nabi Muhammad saw, Al Quran nul karim, sunah Rasulullah, Hadis hadis nabi, para para sahabat dan umat Islam sebagai sasaran fitnah dan tuduhan mereka. 

Tuduhan demi tuduhan supaya Islam tidak mengambil tempat dihati manusia. Mereka mengelirukan manusia dengan berbagai cacian ilmiah dan mengubah fakta fakta sejarah serta menyebar fahaman dan ajaran yang palsu supaya menjauhkan orang orang Islam daripada menghayati ajaran Islam yang sebenar serta leka dengan hiburan, keseronokan dan kemewahan hidup di dunia. 

Orang orang Yahudi dan Nasrani berpadu tenaga untuk cuba memadamkan cahaya Allah swt, yakni cahaya agamanya. Tetapi Allah swt telah menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang orang kafir. 

Firman Allah swt yang bermaksud Mereka cuba memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut mulut yakni ucapan mereka tetapi Allah swt menyempurnakannya walaupun dibenci oleh orang orang kafir. 


Wassalam
Listen to Quran
Powered by Blogger.
 

Popular Posts All time

Popular Posts this month

Popular Posts this week